Assalamualaikum wbt.
Aku seorang lelaki. Yang mana masih belum completely move on. Aku berkawan dgn seorang gadis. Perkenalan hampir 10 tahun bermula dari zaman sekolah. Kami pernah bercinta, pernah sama-sama share suka duka. Sepanjang perkenalan tu banyak hal yg dah terjadi. Aku rapat dengan perempuan lain lah, dia bercinta dengan lelaki lain lah. Sampai lah kami clash. Yang masih menjadi kepelikan pada aku pula, walaupun kami dah taka da apa-apa, tapi kami still boleh contact macam biasa. Dan aku pun selesa untuk bersama dia. Aku cuba kaburkan pandangan terhadap alasan-alasan kenapa aku perlu tolak dia dari hidup aku. Tapi aku teruskan dengan satu alasan untuk kekal berkawan dengan dia. Sayang. Ya, aku sayangkan perhubungan ni. Sometimes aku tertanya-tanya, kenapa aku tak boleh nak cuba kenal orang lain, kenapa aku keep bertahan dengan gadis ini? Adakah ego yg buat aku jadi begini?
Aku punya seribu alasan untuk stay dalam situasi macam ni tapi sebaliknya pada dia. Dia memandang bahawa antara kami ini tidak akan boleh bersama. Hal ini disebabkan dia sudah pun tiada perasaan tersebut terhadap aku. Ego kah aku utk tidak menerima kenyataan tersebut? Aku optimis dgn perkara tu sebab aku tahu Tuhan mampu balikkan hati dan perasaan seseorang sekelip mata sahaja. Cuma tugas aku hanyalah perlu berusaha. Bersusah dahulu, kemudian baru rasa nikmat bahagia tu. Ego kah aku?
Hari berganti hari, berselisih bulan dan bertambah tahun, aku teruskan misi aku untuk dapatkan semula hati dia. Aku tak pernah kenal erti putus asa apabila melibatkan dia. Aku tak pernah jemu untuk hadap sakit hati dan sebagainya. Sebab ini jalan yang aku pilih. Ego kah aku? Aku berjanji pada diri aku sendiri, selagi gadis ini belum ada apa-apa official relationship dengan siapa-siapa, selagi itu peluang untuk aku dapatkan semula hati dia masih terbuka. Ego kah aku?
Aku sedar, kita tidak boleh memaksa, sama macam kita, tak suka dipaksa. Tapi setiap kali duduk bersama, share suka duka walaupun tidak bergelar couple, buatkan aku selesa, buatkan aku rasa “she’s the one”. Aku boleh kehilangan dia, tapi aku rasa biarlah aku sacrifice selagi mana aku mampu, aku tak rela menyesal sepanjang hidup jika aku tak fight untuk sekarang. Egokah aku? Ataupun dungu kah aku untuk terus berada dalam situasi ini?
– Pemuja Setia
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->