Assalamualaikum…
Semakin menjadi viral mengenai bil elektrik tiba-tiba sahaja mendadak naik. Dan pekerja TNB lah yang akan dihamun oleh segelintir masyarakat walhal tiada bukti dan sokongan daripada mana-mana pihak yang menyebabkan perkara itu terjadi disebabkan mereka. Saya bukan lah hendak membela mana-mana pihak bahkan saya pun bukan kakitangan TNB. Bil TNB rumah saya pun naik purata Rm100 kepada Rm280 bulan ini. Dan kita pun sedar ujian yang menimpa Negara kita kini iaitu El nino. Bila TNB mengeluarkan alasan itu,ada yang tak menerima. Pelbagai jawapan yang diberi seperti:
-Saya pasang aircond malam sahaja seperti biasa.
-Saya pula guna elektrik pada kadar dan waktu sama seperti dulu.
-Dan saya telah tetapan suhu aircond sama. Siap ada cut off timer dan macam-macam lagi.
Contoh mudah,kereta. Isi minyak kereta tersebut dengan Rm100 (penuh) . Ulang alik pergi kerja seperti biasa. Tengok berapa kilometer dapat jalan dengan kapasiti minyak tersebut. Kemudian, pastikan dengan kereta yang sama dan kapasiti minyak yang sama. Ulang alik ke Cameron Higlands atau tanah tinggi.
Adakah sama penggunaan minyak?
Sama juga dengan penggunaan aircond. Walaupun kata guna aircond pada waktu yang sama,tempoh juga sama,serta aircond yang sama tetapi faktor persekitaran membuatkan aircond itu berkerja lebih. Biasanya outdoor unit compressor yg terdapat pada aircond jarang-jarang berputar kerana sudah mencapai suhu yang di kehendaki tetapi sekarang ianya bekerja lebih dari kebiasaan. Tak percaya,cubalah perhatikan berapa lama ia berpusing. Walaupun di set kan kepada auto ke atau apa sahaja tetapi akibat tekanan suhu luar ia memaksa aircond bekerja lebih. Sama juga dengan system peti sejuk dan lain-lain system penyejukbekuan.
Lagi banyak penggunaan power terutama aircond pada musim panas ini,bil elektrik pastinya naik berkali ganda. Simple understanding, Air sejuk, Air suam , Air panas. Nak sejukkan air sir sejuk,tak perlu guna ais. Nak sejukkan air suam perlukan 4-5 ketulan ais. Nak sejukkan air panas perlukan segelas ais.
– Encik Megat~
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Yang jadi masalahnya, sebelum ni ada El Nino jugak. Bukan baru tahun ni ada. Ada yang tak pakai aircond pun bil tetap mahal dan naik mendadak. Ada yang tak ada peti ais pun bil naik mendadak walaupun pakai macam biasa. Ada yang rumah dah tinggal kosong lama sebab dah nak berpindah pun bil tiba-tiba naik. Macam mana tu?
Kalau rumah takda aircond?
Peti sejuk mesti ade kan..?
Peti sejuk tertutup. Takde effect sangat
Muhd Solihin Ada effect encik. Tertutup atau tak, benda ni disebabkan suhu sekeliling. Bayangkan 24jam peti sejuk tu “on” kan. Setiap saat tu dikira. Bila2 kumpul2, jadi bukitlah.
Yelah effect, tp takde lah mcm effect satu bilik yg ada aircond kan. Sbb peti ais tertutup dan ruang yg kecik. Ika Azani
X ada aircond n x peti sjuk..sbb x ada org tgl kt umah da 2thn.. knp ada kenaikn jg? Psg lmpu kt luar je pn.. ke lampu pn sma mcm aircond n peti sjuk? Mmg byrn x smpi rm100 tp knp bil nek?
Bertemu kembali encik megat. Hahahahaa