Emosi Ibu Mengandung

Assalamualaikum semua. First of all saya mintak maaf kalau bahasa saya bercampur. Terima kasih admin sudi siarkan confession saya.

Sedikit pengenalan, saya Milah, of course bukan nama sebenar, umur 30an dah berkahwin dan bakal dapat anak kedua.

Saya dan suami sama2 berkerja. Dan perbelanjaan rumah kami share sama-sama since living cost yang agak tinggi sekarang ni. Saya tak kisah nak keluarkan duit saya untuk keselesaan saya dan family kami.

Yang menjadikan isu, bila saya memilih untuk bersalin di swasta, bukan hospital gomen.

Family sebelah suami macam tak setuju dan keep tanya or cakap pada saya. Awak tak pelah Milah bersalin swasta. Benda ni berlaku since anak saya yang first lagi.

Which is dulu waktu anak first, bila dah dekat saya nak bersalin baru dorang tau saya nak bersalin di swasta, dan dorang keep cakap, Milah takpelah bersalin swasta? And saya rasa kenapa ye?

Tu belom lagi, dorang perli anak saya bagi susu s******, kerana bagi dorang kos agak mahal.

Tapi saya memang dah niat nak bagi susu tu, sebab saya sedih tak dapat breasfeed kan anak saya. Takkan lah nak saya cerita semua.

Suami tahu hal ni, saya pon ada bagitau suami dorang perli bab susu, tapi suami minta saya sabar.

Saya rasa terganggu. Sebab bagi saya masing-masing dah kerja and manage duit sendiri. Pilihan tu ditangan masing-masing.

Memang saya belanja besar untuk anak saya. Tapi, semua tu pilihan saya. Dan saya happy untuk anak saya.

Saya tak pernah halang suami bagi duit kepada mertua dan bagi saya asalkan suami izin sahaja sebab saya ada simpanan dan saya berkerja.

Tambahan pula, Mungkin dari segi family saya sendiri, memilih untuk keselesaan di waktu bersalin. Sebab kakak-kakak saya jugak bersalin di swasta. Mak saya jugak galakkan pergi swasta.

Maaf ya semua, saya bukan nak kecam family in law tapi kadang kita jadi stress dan geram bila orang keep on tanya berkali-kali, perli.

Kita boleh rasa kalau orang tu just nak tanya je or perli kan. Tambahan saya tengah mengandung memang emosi tak berapa elok.

Ibarat saya ni nak menghabiskan duit suami saya. Which is saya rasa memang hak saya jugak kalau suami izinkan.

Tambahan emosi ibu hamil memang tak terduga. Dengan hujung pregnancy ni semakin banyak sakit dan tak selesa bergerak.

Doakan saya jugak dipermudahkan melahirkan anak saya nanti. Aamiin.

– Milah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit