En Luthfi & Zainuddin (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck)

Bila baca confession En. Lutfi, first thing yang pop-up in my mind is Zainuddin. Kalau tengok sekali imbas, kisah mereka berdua lebih kurang sama. Seorang lelaki yang pernah kecewa kerana seorang perempuan yang sangat dicintainya. Dan kedua-duanya memilih untuk bangkit berdiri bagi membuktikan pada sang wanita bahawa aku boleh berjaya dan boleh hidup tanpa kau. Bezanya disini Zainuddin memilih untuk bangkit dengan menjadi seorang penulis yang terkemuka. Still, menggunakan Hayati, yakni wanita yang pernah dicintainya sebagai inspirasi. En Luthfi juga memilih untuk bangkit, dan masih menggunakan ex-gf beliau sebagai 'inspirasi' dan penanda aras (dengan compare kan hidup bakal suami ex-gf) tapi mungkin dengan menggunakan cara yang berbeza dan agak terpesong.

Physically, nampak mereka berdua, Zainuddin & En Luthfi dah pun menang. Zainuddin berjaya, kaya, gah, dan terkenal di pandangan dunia. En Luthfi juga sebab lebih kaya dari lelaki yang menjadi penyaingnya, dan boleh dapat perempuan yang jauh lebih cantik dari perempuan yang pernah dicintainya dengan cara yang mudah. Tapi deep down di sudut hati mereka, mereka tetap rasa sedih dan sunyi malah masih terkenangkan wanita yang pernah dicintai.

Ujian Allah itu tiada yang sia-sia. Sekecil-kecil ujian pasti punya sebab dan hikmah. Kita sebagai hamba, manusia, sebaik-baik ciptaan Allah harus tahu menggunakan akal pemberian Allah untuk cari solusi dan jalan keluar dari segala permasalahan. Sebenarnya itu teguran untuk diri aku sendiri juga. Aku juga mengambil masa kurang lebih 3 tahun untuk mencari jalan keluar dari kekecewaan terhadap manusia. Jatuh, bangun, jatuh, bangun, jatuh lagi. Bangun lagi, tapi tak lama lepas tu jatuh lagi. Semat dalam hati untuk tak akan pernah give up untuk bangun balik lepas dah jatuh walau ribuan kali. Macam Zainuddin. Cumanya disini, jangan terlalu EGO macam Zainuddin. Meskipun Hayati dah memujuk, Zainuddin tetap dengan pendiriannya, 'pantang pemuda makan sisa.' End-up dia kehilangan orang yang paling dicintainya.

Disini En Luthfi diberi kelebihan oleh Allah dengan rezeki yang melimpah ruah, bijak pula tu. Why not gunakan kelebihan yang Allah beri tu ke jalan yang lebih baik. Macam Zainuddin, lepas pemergian Hayati yang disayangi, dia ambil keputusan untuk buka rumah anak-anak yatim sebagai tanda acknowledgement dia pada Hayati.

Last but not least, apa kata En Luthfi try hayati lagu Kalah Dalam Menang by Syamsul Yusof ft Mawi. Banyak pengajaran disitu andai kita cuba hayati bait-bait liriknya. Sekian, Wasalam.

– Hayati bukan nama sebenar

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

46 Comments

  1. Nope. Zainuddin dendamnya masih dlm keadaan terjaga dan tidak keluar dari sisi agama. Dia tak kejar gadis lain, dia tak peralatkan gadis lain sepertimana Luthfi. Sakit hatinya pd hayati tak pernah tumpah benci pada semua gadis. Marah ditumpah hanya pada seorang.

    Gahnya seorang Zainuddin masih penuh dlm kesopanan, kaya budi bahasa. Tidak menganggap orang lain bodoh. Kita dpt lihat niat murninya untuk membantu Hayati dan sang suami utk tinggal di tmptnya ketika mereka tiada apa-apa.

    Adakah mungkin Luthfi akan buat sebegitu pada ex dan balak ex nya? Rasanya tidak. Dendam mereka berdua berlainan.

    Luthfi, kembali lah ke pangkal jalan. Bukan ini caranya menghadapi permainan dunia.

    Dukanya engkau, Allah tahu.
    Kenapa mengharapkan sanjungan orang dalam keadaan kau terseksa.

    Sedangkan kau boleh disanjung Allah tanpa rosak seinci pun roh engkau.

  2. Nampaknya confession Lutfi membuatkan ramai yg terpengaruh untuk meluahkan perasaan.. Bagus gak tulisan Lutfi ni bagi semua org marah.. Haha!

  3. Hi Lutfi. Semoga en Lutfi dan kita semua diberi hidayah oleh Allah. Sesungguhnya orang bijak adalah orang yang mengingati mati. Nabi cakap. Semoga kita tidak riak dan bangga dengan dosa / maksiat yang telah kita buat. Allah dah tutup aib kita jadi tak perlu bangga gi cerita kat orang. Amin. Saling berpesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *