Assalamualaikum pembaca,
Berdasarkan tajuk.. hari ni aku tergerak hati nak bercerita pasal cinta ni.. bukan nak cerita pasal cinta, rasanya semua orang dalam ni tau kut cinta tu apa. Ada yang pernah putus cinta laa.. cinta selepas nikah laa.. bercinta ramai ramai.. haks.. tapi percayalah.. cinta Allah tak pernah putus.. ia sentiasa mengalir bagaikan sungai yang jernih.. dan semestinya sungai ini takde buaya.. okeh..
Aku nak cerita pasal aku sebenarnya.. tapi macam biasa laa.. sambil aku cerita aku akan mengarut ke cerita lain.. haha..
Manusia ni lahir semua ada perasaan.. tapi tak tau laa kalau ada yang lahir takde perasaan..
Semua orang akan mengekspressikan setiap perasaan dia.. bila marah kita masam muka, bila benci kita jeling sampai juling.. bila cinta?
Itu laa masalah aku.. aku boleh express perasaan marah, geram, sakit hati, gembira, sedih menangis meraung. Tak pernah pulak aku meraung.. paling paling pun nangis dalam gelap..
Aku tak pandai nak express cinta.. aku tak pandai nak bagi tahu bahawasanya aku ambil berat pasal dia..
Aku ada seorang kawan ni.. dia pregnant.. pregnant, of course laa kita sama sama jaga.. ramai jugak laa tanya keadaan dia, sihat ke tak.. makan cukup ke tidak..
Sejujurnya aku pun nak tahu benda macam tu.. bimbang laa anak dia tak dapat zat secukupnya.. lulz.. nanti aku ada anak macam mana laa.. mesti terlebih zat..
tapi aku tak mampu nak tanya.. dia rasa macam segan gitu.. kan aku dah cakap.. aku tak pandai nak express cinta..
Pernah sekali tu, aku masakkan bayam untuk dia.. itu laa first time aku express cinta kat dia.. kesnya sebab masa tu aku nak keluar, pastu dia kirim lauk ngan nasi dan bayam.. bayam tu function untuk tambah darah.. rasa semua tau.. saja bagi tahu.. nak tekankan, dia pun memang tak cukup darah.. kasihan laa..
Tapi masalahnya masa aku keluar tu dah petang.. aku keluar pun bukan ada kedai makan ke apa.. kalau ada boleh order bayam tumis ke apa kan..
Alih alih aku beli bayam satu ikat, 50 sen je weyh.. aku beli kat kafe satu plastik 2 ringgit.. ya tuhan.. sungguh mahal.. aku balik terus masak semua..
Aku sebenarnya baru first time masak sayur.. haha. Sebelum ni aku tak pernah masak sayur.. aku expert masak makanan pedas meletup perut korang makan.. syes tak tipu.. haha.. okey skip.. nanti korang bosan plak baca confession aku..
Kiranya first time masak bayam, aku whatsapp laa kawan aku sorang ni.. aku panggil dia jemah laa ye.. aku tanya laa macam mana semua nak masak si bayam hijau yang murah dan segar ni.. ni kawan perangai macam syaitonn.. dia read je tak balas.. kuajaq tak korang rasa..
Dah masak macam macam laa jadi, rasa sayur tak naik laa.. aku whatsapp lagi si jemah tu.. dia tak balas.. blue tick kan aku.. biadap.. aku dah panik ni.. alih alih aku letak je laa pape yang ada kat dapo tu.. nak kasi rasa naik.. oh by the way, rumah aku tak de pape pun.. ada garam dan gula je.. ikan bilis sikit..
Dah masak sayur.. terlebih masak pulak.. layu sayurnya.. terpaksa laa bagi sayur layu kat si ibu mengandung.. nasib baik laa si ibu mengandung ni terima seadanya.. dengan keadaan sayur macam tu pun dia boleh kata aku masak sedap.. aku terharu walaupun aku tau sayur tu cmner..
Tu je laa sekadar cerita aku ekpresi cinta aku.. tak banyak.. sebab aku tak pandai nak express cinta.. mesti dull je hidup laki aku, kalau aku ada laki.. hahaha..
Oh.. dan mak buyung tu dah selamat lahirkan anak lelaki.. comel dan sihat bayinya.. mungkin kerana bayam yang aku masak.. bukan nak cakap besarlah.. hahaha.. tercakap besar plak..
Sekian..
– joyah