Faa pergi dulu

Thanks kalau approve.
Just nak let out perasaan yg bercampur baur ni.
Saya ada kawan nama dia, faa. Duduk sebelah saya di kelas.
Faa dah pergi dulu dah.
Terlibat dalam satu kemalangan dengan kawan sekelas kami yg lain.

Pada hari kemalangan, faa hendak menghantar kawan saya, dua orang perempuan ke Selangor kerana seorang dari mereka, emaknya tidak sihat. Tiket pulak habis, Faa pun tawarkan diri untuk hantar mereka bersama dengan Faiq.
Sepatutnya saya yg hantar, tapi sehari sebelum tu saya ke klinik dan pada hari saya kena hantar kawan saya, saya under prescription ubat.

Faa kata dia akan balik malam itu juga. Saya kata okay. Saya akan tinggalkan kunci di bawah jika saya ke mana-mana. Sehingga esoknya, saya duduk di rumah lain, yg lebih selesa dari hostel. Saya tidak tahu yg faa tak balik malam sebelumnya.

Saya buka whatsapp group menyatakan faa dan faiq terlibat dalam kemalangan selepas menghantar kawan kami pulang. Ketika itu, faa belum disahkan meninggal. Setengah jam kemudian, dia disahkan meninggal dunia. Habis air mata mencurah curah.

Saya pergi ke rumahnya. Dia rawang, melihat jenazahnya. Kelihatan seperti dia ketika tidur. Ibunya menangis. Adiknya juga. Ayah dia tabah. Bapa saya datang membantu uruskan jenazah masuk ke dalam rumah. Bapa saya dari melaka.

Kenapa bapa saya sanggup datang dari melaka untuk membantu pengebumiannya? Faa baik sangat orangnya, ketika saya di hospital selama seminggu, dia yg menjaga saya. Suap saya makan, bawak saya pergi tandas. Memang kawan yg sangat baik. Di rumah, dialah mak cik kantin, cakap je nak makan apa. Dia masakkan. Kalau saya gaduh dengan pakwe, saya cerita kat dia. Dia akan tenangkan. Dia matang.

Walau baru dua tahun, dia dah macam family. Yelah, semua benda gila saya buat dia support. Dia selalu cakap saya cantik. Kakak saya sendiri tak cakap gitu. Rindu nak dengar dia bergurau dengan kitaorang.

Faiq dah sedar alhamdulillah. Tapi, dia seperti tidak ingat apa². Dia juga tak boleh bercakap kerana dilehernya ditebuk. Kitaorang akan sedaya upaya tolong faiq jadi faiq yg dulu. Itu janji kami faa. Faa, semoga kau ditempatkan di kalangan orang yg beriman.

Pada korang, hargai kawan, keluarga, ibu bapa, kita tak tahu bila mereka akan pergi buat selamanya.

Ya Allah rindunya, pada dia.

– kawanfaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *