Facebook vs Ibu

Assalamualaikum.

Saya seorg pelajar IPTA yg nun jauh dari kampung halaman. Kisah ni dah lama saya pendam, rungsing dengan ibu saya yg suka sgt laa main facebook ni!

Sejak ayah beli smartphone kat ibu, sejak tulah perkara ni merungsingkan tau. Dah 5 tahun! Setiap pagi, lps ibu dah siap kemas, memasak semua, facebook la yg ibu hadap. Kalau keluar makan satu family pun, facebook ibu hadap *amik gambar, post* setiap kali saya nak balik ke universiti, amik gambar post kat facebook.

Jujur, saya tak kisah langsung kalau ibu nak bermedia sosial ni tetapi berpada la. Saya pernah menegur ibu, jgn post gambar saya lagi kt facebook dia tetapi……. dia marah dan tk menegur saya utk beberapa hari.

Baru-baru ni, ibu saya upload gmbr selfie saya kat facebook dia, saya tegur la, cakap yg saya tk suka. Sedangkan saya sendiri pun tk upload gambat tu. Hasilnya, tak bertegur. Saya call tak jawab. Lebih 15 kali saya call. Wassap lagi tk balas.

Pernah kawan lelaki saya (saya perempuan) stalk fb ibu, lps tu forward gambar selfie saya kat saya. Ya Allah malunya!! Saya cerita kat ibu, tahu ibu cakap apa? "Biarlah, bukan gambar tak senonoh pun" ????

Ya memang la, gambar tu tutup aurat semua TAPI dah kata pun selfie kan hmm tahu jela posing camane. Selalu gambar2 tu ibu dpt dari dp wassap saya, tkpun bila saya gedik2 nk try camera ibu. Lps je selalu jadi mcm tu, saya letak gambar kartun je.

Punca pergaduhan saya dan ibu selalu disebabkan facebook! Since saya friend dgn ibu kt fb, hmm kemain galak lah ibu meng'tag saya, comment itu ini…. sampai semua kawan kat fb saya pun ibu kenal tau! Kalau saya cerita apa, sebut je nama siapa, ibu kenal. Hmm, manakah privasi?

Jadi, korang ada solution tak camane nk kurangkan obses ibu kat fb ni? Sekurang-kurangnya jgn la bg ibu post gambar saya lagi. MALU! Doakan hati ibu lembut untuk menerima teguran *dan memaafkan saya, tgh gaduh ni hmm*

-Sunflower-

– Sunflower

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

12 Comments

  1. yg pelik tu dp ws pon bole org lain nmpk kan? yg tu pic selfie kau xpe plak… pastu hg dh taw mak hg post gmbr hg awat xdelete terus kt fon dy los selfie klo xsuke dy upload. Ntah lah… tpi dr point of view aq, kau yg cr masalah sendiri. unfriend je la mak hg senyap2 kt fb

  2. Xpyh add lah mak kat fb klu dh taw mcmtu…remove je….pas amik gmbr kat fon mak..delete lah gmbr tu..kan mudah n xkan terjdi perkara tu….dlm wassap xpyh hntr gmbr selfie yg gedik2 bagai kat mak klu dh taw mak tu jenis yg suke mengupload gmbr kan….mcm2 care blk elak dari berlaku just nak wat atau x je…akal ade kan..gune sebaiknye utk settle mslh…

  3. Kan Ada option Utk approve dulu if orang Ada tag pada gambar or post. Tak yah la sampai unfriend. Masa diorg muda mana Ada social media ni. Kang gaduh pulak pasal unfriend. Cuba slow talk & cakap elok-elok secara diplomasi. Explain Kat Dia sekarang ramai orang kurang waras. Nanti orang kurang waras Tu tengok gambar anak Dia buat bukan-bukan macam mana.

  4. Tak kisahla pic tak senonoh ke apa memang dah kalau orang tak suka tak payahla post. Apa ingat kalau darjat tinggi kau sebagai mak tak perlu kisah pandangan n perasaan anak? Dahla yang komen pun main bash je. Mana kau tau dp ws dia tu letak muka dia? Senang betul cakap delete la pic tu dari phone mak. Cuba positif sikit. Anak tu nak mak nya ingat pada anak at least dok tengah sibuk main phone tu terpandangla gambar anak kasi beringat sikit dia tu ada family

  5. kalau ko jumpe nasihat2 dr ustaz2 yg nasihat pasal selfie atau ape2 yg berkaitan hukum org pmpuan ni ko tag la mak ko..bia die muhasabah diri die

  6. Post mintak di bash – ko bagi sumber nak di haplod – selfie pakai cam mak ko – bagi kat wasap? Pastu tak learnt lesson yg mak ko suka post pic – ko rassaa? – #pandangan yg lain – dia suka post and amik gambau kau sebab dia sayang – bangga ngan anak dia – kalau dek pasal gambau kau sanggup kecikkan hati mak – ko rasa cmne? Lenkali selfie together ngan mak n bapak ko – baru ngam – a long the way nanti ur mum dah muak ngan fb ni – dia stop sendiri – tak pun perkenal kan dia ngan game cam candy crush Insyallah kurang tegar dia nanti berfb – good luck

  7. Ni siap ada yg komen ingat darjat mak tinggi tak perlu kisah pandangan anak ni, pergh ayatt, nak nenegur tak boleh kurang ajar lagi… Mak kau baca ni, konfem dosa ntah dapat terampun ke tidak pun xtau.. Hati2 bila bercakap.. Belum ada anak lagi boleh cakap mcm2. Tggu anak kau pulak nanti kata ingat darjat bapak/mak tinggi boleh buat sukati, maka dgn itu baru la tau langit itu tinggi ke rendah.. Kahkahkah.. Dan sesungguhnya kifarah ifu benar…

  8. Adik ooo adik…benda kecik je pun nak marah ibu ke? Ke awk yg rasa malu dgn ibu sndiri? Kalo ye pun xsuka,xprlulah smpi nak marah atau xsuka apa yg ibu awk buat,biasalah tu..dye tgh eksaited kot…xkanlah dgn ibu sndiri yg dh penat mengandungkan awk 9 bulan dn menjaga awk sehingga awk taw apa itu fb pun awk nak berprivasi??? Fikirlah baik2 wahai anak,jagalah hati ibu kamu,lps ni kalo xnak sgt gmbo selfie tu ibu upload,dh xyah nak ngade2 nak selfie lps ni kalo dh taw xelok pun muka selfie tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *