Fake or Muna’Fake’?

Assalamualaikum and hai dear readers. This confession I think a little bit sensitive. But, this confession is all about myself … I think?

Okay. I know mentality human adalah bila mana seseorang tu berpakaian mulia, maka pandangan kita yang manusia ni akan anggap mereka tu ilmunya tinggi and so on. But, bila kita tahu or nampak or dengar dia ada buat silap sikit, kita hina dia and melibatkan pakaian dia sekali. I want to ask. Dia ada buat salah dekat kita ke sampai kita hina dia? Kalau ada pun, besar sangat ke salah dia dekat kita? Kalau besar pun, tak rasa ke besar lagi salah kita dekat Allah? K fullstop.

Sejujurnya, aku dekat luar memang berpakaian mulia. Tapi, bila aku dekat rumah entah kenapa diri aku yang macam dekat luar tak ada. Bila aku dekat rumah, diri yang aku nak Allah suka tu hilang. Kadang aku duduk dalam bilik, aku fikir and muhasabah sendiri. Aku selalu tanya hati and diri aku. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Tapi tetap tak dapat jawapannya. Aku sendiri pelik kenapa aku tak kuat untuk lawan nafsu aku yang malas.

Wallahi, memang banyak kali aku menangis sebab aku sedih. Tapi still tak membawa kepada perubahan. Kalau ada perubahan pun, sekejap je. Nanti berubah balik. Sampaikan satu masa, aku duduk dalam bilik, aku cakap sorang sorang haha. Aku kata yang aku ni keji, hina and so on. Yalah. Dekat luar bukan main aku dakwah sana sini. Tapi dekat rumah? Weh, aku sedih. Serius sedih.

Aku tak tahu kenapa aku lemah. Aku tak tahu kenapa aku tak boleh berubah. Aku tak nak salahkan sesiapa atas perubahan diri aku. Sebab aku tahu, semua yan terjadi ni, Allah nak aku ubah diri aku. Bukan sibuk ubah diri orang. Tapi diri aku. Cuma yang aku tahu, salah satu kenapa aku sekejap je berubah, sebab sikap malas aku. Malas yang dah sebati dengan diri aku. Aku malu. Malu dengan orang luar yang anggap aku ni baik and so on. Malu dengan Allah. Bawa agama Allah tapi diri aku? Heh.

And sometimes, bila aku nampak keburukan adik beradik aku, aku selalu lah juga marah sebab benda tu tak baik. Tapi, benda yang diaorang buat tu, balik pada aku. Aku ulang balik apa yang diaorang buat. Kadang aku tekejut. Aku nak tahan diri aku dari marah, melawan, degil, and so on. Tapi tak dapat.

Fake or Muna’Fake’? Pada aku soalan ni, susah untuk letak aku yang mana satu. Tapi yang pasti, aku antara dua tu. Tapi, insyaAllah aku akan cuba elak daripada digelar dua tu. Sebab aku tahu, sejahat jahat manusia dekat dunia ni, diaorang pun tak nak digelar antara dua tu. Korang pun mesti macam tu kan?

InsyaAllah, andai selepas ni Allah masih setia membantu aku yang muna’fake’ ni, and aku dapat berubah, aku akan buat confession dekat sini. Sebab, bagi aku kebahagiaan seorang hamba Allah adalah bila dia keluar daripada lubang hitam mecari cahaya terang. Kan? So, aku harap korang semua pembaca bukan daripada kalangan dua gelaran tu. InsyaAllah. Stay tune!

Maaf sebab membosankan. Maaf kalau menyakitkan hati. Oh ya. Here is quote.

Trust yourself that you trust Allah :)
Doa yang dimakbulkan Allah adalah apabila dia ikhlas dan sentiasa melakukan amal soleh ^^

– Psycho

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit