Feedback untuk lelaki yang terima tunang selepas tahu sudah terlanjur dengan ex bf

Bismillahirrahmanirrahim…saya harap sangat post saya ni admin akan post dekat iiumc,sebab saya nak share pengalaman yang saya sendiri lalui..Saya baru 4 bulan berkahwin dengan suami saya,dan saya masih belajar di ipta terkemuka di malaysia .ceritanya begini,saya mempunyai masa silam yg sangat dahsyat yang tak mampu dibayangkan,saya telah berzina dan membuat maksiat..sebelum saya kenal dengan suami saya ,setahun saya mendiamkan diri dan berubah dan pade ketika itu,pergantungan saya hanya pada Allah…saya lupakan dumia,saya kejar cita2…dan saya pernah berdoa "ya Allah ,kalau aku diberi peluang untuk mengenali lelaki lagi,kau kenalkan aku dengan jodohku ya Allah ,aku tak sanggup bercinta dan mmbuang masa,aku pilih jalan Mu dan aku bertaubat ya Allah…sebulan selepas aku berdoa sebegitu aku diperlenalkan dengan seorang lelaki yg kini suami ku..subhanllah..wallahi..dia alim sangat dan langsung tidak pernah menyentuh aku dan sangat menghormati ku sebagai wanita,kami tidak keluar bersama,langsung tidak bercinta,beberapa bula setelah kenal,dye datang berjumpa abah dan terus masuk meminang..sebelum bertunang,aku jujur dengan dye aku sudah terlanj uur dan aku cerita segala kisah silam aku bukan niat membuka aib tapi aku cuba berterus terang sebab aku taknak satu hari namti bile kami bersama lepas nikah,dyedapat tahu dan dye akan tertekan lalu menceraikan ku..jadi,aku ambil langkah selamat dengan memberitahu dlu,untuk tidak mengkhianati bakal imamku…selepas diberitahu,dye terperanjat dan wallahi,dye tak samgka aku yang bertudung labuh kini mempunyai kisah silam sangat dahsyat dulu…selepas memberi dye mase dalam 2 bulan menyepi ,selepas istikharah yang buat kesekian kali,dye hantar rombongam merisik daripade keluarga dan 3 bulan selepas itu kami bertunang dan 3 bulan selepas tunang kami bernikah…dye terima aku..wallahi dye kate dye ingin selamtkan aku…seperti ape yg dikatakan tunang ini…dye kate itu cume kisah silam…aku gembira..seperti yang kami rase,suami aku 'one in a million "bukan?ya ,betul…tapi ..jgn sangka ,kite pendosa tisak diuji allah..bukan senang taubat kite diterima,selepas sebulan berkahwin…tiade angin tiade ribut,dye ungkit aku siapa…Allah,sakitnya …demi Allah…aku taat,patuh pada Allah dan suami ku…minta maaf setiap hari,tapi dugaan Allah melebihi segalanya,dye sentiase ungkit aku perempuan kotor,ramai lelaki dah sentuh,jijik dengan aku sampai dye tak sanggup nak sentuh aku..kami yang konon nya ingin bercinta selepas nikah,lentap begitu sahaja…kini,aku masih begini..berbekalkan kekuatan daripada kisah silam aku yg tauk sanggup aku ceritakan..aku masih di sini…belajar,aku isteri,aku anak dan aku juga bakal ibu kepada anak yang berada dalam kandungan ku (5 minggu)..doakan lahh aku diberi kekuatan untuk mengaharungi dunia…aku tidak berniat untuk mengaibkan suami..cuma,aku ingin bercerita,kepada lelaki yang menerima wanita yg terlajur,terimalah sebenar benarnye..jangan separuh jalan..dan buat wanita yang dikasihi,jagalah diri anda sebaik-baiknya kerana…sekali anda terjerumus ke kancah zina,Allah akan turunkan balasan cash di dunia…bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat…Menerima wanita sebegini bukan sesuatu yang mudahh..aku faham tindakan suamiku dan aku redha..buat encik tunang,yang menerima bakal isterimu,tahniah…teruskan usaha anda..ingat ,ini TIDAK MUDAH..

– Isteri

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

293 Comments

  1. manusia…hati & iman tu turun naik…susah nak jangka kn sesuatu dr lelaki…moga kau tabah…moga anak yg kau kandungkan tu sekuat & setabah kau..jaga diri & baby tu..ank tu la yg akn jadi hadiah paling terindah pd kau nanti..in sha Allah…

  2. Jangan menghina seseorang disebabkan kisah silam mereka.. Jangan kerana kamu “bertudung labuh” dan “berkopiah”,kamu bebas menghukum orang..

  3. If its me pun I will tell. Nak kahwin, nak share hidup. I expect him to be honest so I will be too.

    Masalahnya dah meminang bagai lepas tu baru nak ngungkit. Sangat tak tetap pendirian man without words.

    Sis tabah sabar ya. Belajar elok2. Jangan moody tak baik utk baby. Mengaji, baca tafsir, dekat dengan Allah. Supaya sis sihat, baby pun sihat.

    Habis belajar, kerja. Bina hidup sendiri.

    Lelaki dicipta untuk lindungi perempuan, tapi mereka jugak yang merosakkan. We have no choice than standing for ourselves. Boleh nya hidup sendiri, dengan anak. InsyaAllah boleh. Payah, tapi boleh. Allah ada ❤️

  4. Semoga sis tabah, kuat dlm mengharungi ujian ni. Doa byk2 sis. ALLAH ade dgn sis. In shaa Allah sis, kita x tahu perancangan Allah mungkin lepas sis lahirkan anak, husband sis tgk mata anak dia jadi lembut hati and rasa bersalah dgn perbuatan dia pada sis. Hati kita kan Allah punya. Bila2 masa dia boleh balikkan hati kita ni. Sis jaga kandungan elok2. Amanah Allah tu. Semoga dipermudahkan semuanya ya sis. In shaa Allah.

  5. Utk confessor.. itulah dia mahar yg awk harus byr diatas ape yg telah awk lakukan.. demi buktikan kpd Allah yg awk telah sungguh2 bertaubat adalah utk terus sabar dn istiqomah.. jika suami berterusan menghukum awk dn menyiksa jiwa dn fikiran awk.. tiada baiknya utk terus bersama krn bahagia itu kelihatan mahal utk kalian perolehi.. hadapi hidup dgn sabar dn serahkan kpd Allah.. letakkan Allah dlm hati.. ape yg berlaku dah xboleh nk reverse lg.. semoga terus sabar..

  6. Pd pndapat aku, ni la sebab kita dianjurkan nikahi pasangn yg sekufu…dah tau pernah menjalang xyah nikah lelaki warak(bukan alim ye confessor, alim=berilmu). Lepas dah doa pun xleh la tangkap muat je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *