Fidyah.

Assalamualaikum.

Mahu minta jawapan adik-adik semua.

Saya dahulunya sangat jahil dan telah meninggalkan puasa tanpa ganti serta bayar fidyah. Sekarang saya dah belajar dan sedar kesilapan saya tersebut.

Jadi, saya ingin bertanyakan bagaimana kiraan bagi orang seperti saya? Saya pun tak pasti berapa banyak puasa yang telah saya tinggalkan dan berapa tahun saya tak ganti puasa tersebut.

Saya insan yang banyak dosa taknak berhutang depan Allah nanti. Harap ada yang sudi bagi jawapan.

Terima kasih.

– Insan Jahil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75. Contoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan , maka kadar fidyahnya ialah: RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75

  2. Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75. Contoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan , maka kadar fidyahnya ialah: RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75 .. kadar bayaran fidyah mungkin berbeza bg setiap negeri.

  3. Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75. Contoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan , maka kadar fidyahnya ialah: RM1.75 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM15.75 .. kadar bayaran fidyah mungkin berbeza bg setiap negeri. Jumlah brapa hari nak kena ganti puasa tu agak2 ja brapa lama tak puasa. bermula dari umur baligh sampai ramadhan tahun lepas (jika ingin langsaikan fidyah pada tahun ini). contoh : 40 ( umur sekarang) – 13 (umur telah baligh) – 1 (minus rqmadhan tahun ini) = 26 RM1.75 x 3hari x 26 tahun (26x ramadhan) = RM136.50 **maaf jika saya salah. kepada sesiapa yg arif minta betulkan jika ada kesilapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *