Fraud/scam alert
Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa sihat ni, akan muncul banyak fraud/scam bisnes yang acah-acah bisnes. Saya dah rugi puluhan ribu 2 tahun yang lepas, jadi saya harap, kawan kawan lain dapat elak dengan sharing saya ni. Tq admin sebab approve ya.
Saya tak kata semua MLM penipu, tapi kebanyakan fraud businesses ni menggunakan struktur MLM. Jadi saya sediakan sedikit guideline untuk check sama ada bisnes yang bakal anda join ni betul betul genuine atau fraud.
1. MLM tapi tak mengaku MLM.
Kalau dia kata bisnes dia bukan MLM, tapi ada level A, B, C, kau cepuk je kepala dia. Suruh balik belajar apa tu MLM. Ini saya selalu jumpa. Mengaku bukan MLM, tapi ada sistem level, ada downline. Lepastu mula lah kata kerja makan gaji pun guna sistem MLM. Eh aku azankan jugak karang budak gini. Insurans/takaful pun MLM, tapi kalau tanya agen/manager, diorg takde masalah nak mengaku MLM. Nampak?
2. Bisnes jual 'keahlian'
Ada beberapa jenis perniagaan, dia tak fokus pun pada produk. Produk dia entah apa apa. Kalau tanya orang, orang tak peduli pun. Jenis sibuk 'merekrut', tak kisah pun pasal jual produk. Sebab komisen rekrut banyak, jual produk ciput. 'Pasif' income kononnya. Pernah tengok Amway, Coway, Tupperware sibuk cari agen? Ada sesetengah tu, produk tu buat cover line je. Yang dia bagi, ada seminar lah apa lah, kasik 'hype' pada peserta untuk join 'komuniti'. Komuniti taik kucing. Selalu bawak surat sokongan kerajaan lah, agensi itu ini lah, artis itu ini.
3. Bisnes libatkan kaum Melayu sahaja
Kita kena ingat, 10 individu terkaya dalam Malaysia, orang kita nombor berapa? Boleh kata MUSTAHIL lah, peluang perniagaan ni bangsa Melayu je yang boleh hidu. Kalau betul bagus, bangsa lain dah awal awal join. Lagi lagi kalau keluar ayat 'tolong melayu', 'kukuhkan ekonomi bangsa'. Itu semua bs. Bisnes tak mengenal warna kulit dan agama.
Kita kena tanya pada diri, kita jual produk ni sebab produk memang bagus, atau sebab boleh buat duit dengan produk? Dalam erti kata lain, cuba gantikan produk tu dengan getah ke, sampah ke. Sampah pun boleh buat duit kalau kita jual harga RM5, pecahkan RM1 setiap downline. Renungkan. Hentikan penipuan ke atas diri sendiri dan orang lain.
– kaido
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/