Assamualaikum semua. Nama saya Fauzan, 23 berasal dari Perlis. Sekarang menetap dan bekerja di Selangor dalam bidang seni.
Ini adalah luahan seorang fresh grad yang menghadap pelempang realiti kehidupan, seorang yang burnout dan homesick.
Untuk konteksnya, saya baru saja habis praktikal selama 9 bulan tahun lepas dan terus mulakan career bermula Januari 2024,
Sekarang rasa sangat down dan takut dengan masa kedepan.
Sejak beberapa minggu ni, saya rasa down teruk dan macam nak lari balik rumah saja. Dah lama saya tak balik, last jumpa keluarga pun Aidilfitri 2023.
Sejujurnya, saya dari kecil memang jarang berdikari dan sentiasa dengan keluarga.
Tapi sejak kematian mak ayah, saya cuba untuk keluar dari zon selesa. Entahlah, mungkin saya homesick dan rindu dengan suasana rumah.
Saya asyik tertanya, adakah benda yang saya alami ni akan berterusan? Bangun 5 pagi, pergi kerja, pukul 5 balik.
Saya tak pandai jaga kewangan, setakat ni gaji memang cukup² ja.
Gaji permulaan saya adalah 1.7K. Hampir separuh terpaksa guna untuk bilik sewa.
Dalam kepala saya asyik terbayang, alangkah seronoknya kalau dapat duduk dirumah, boleh lari daripada tanggungjawab dan tekanan bekerja.
Saya sedar juga, takkan selesai isunya kalau saya lari dari masalah.
Kadang-kadang saya tertanya, macam mana orang yang merantau cari rezeki dapat kekuatan untuk terus berjauhan dari rumah.
Ini adalah sekadar luahan hati saya, minta maaf kalau sesiapa ada tersinggung.
– Fauzan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kehidupan yg keras ini akan mematangkan kamu. Good luck..