Fresh Graduate perlu bimbingan

Thanks admin approve.

Okay macam ni cerita dia. Aku baru je habis study even ada je lagi assignment yang still kena anta. Last week hari jumaat, aku apply lah kerja dekat jobstreet. Position dia project leader dekat salah sebuah sales and marketing company yang under international compay. Requirement dia simple.So aku as fresh graduate ni memang mengharap kan kerja yang requirement dia no working experience. Tak sampai sejam macam tu aku dapat call dari company tu untuk interview session hari Isnin nanti. Excited gila weh. So isnin tu aku pun semangat gila pergi interview. Macam biasa lah soalan-soalan interview kan. And aku memang dah buat research common soalan untuk interview and habis je interview tu HR company tu cakap nanti dia akan email untuk bagi tahu yang aku dapat tak second interview untuk esoknya. Dia cakap group interview. Aku pun iye kan jela. Sebab group interview ni nak tengok kite punya team work and participation. Aku pun macam bisa lah, balik dari interview buat lah sikit-skit research pasal group interview. Habis semua pasal sales and marketing aku baca sebab study field aku bukan sales and marketing. Petang tu aku dapat call cakap aku berjaya untuk second interview. Aku macam malas nak pergi tapi bila dah kena brain wash dengan orang-orang terdekat so aku pun pergi lah. Second interview tu start pukul 8 pagi hari esok nya. Aku gerak dari rumah pukul 6.30 am sebab area PJ tu kan memang sesak gila pagi-pagi. Aku sampai company tu around 7.30.

Okay..sampai je sana ada sorang staff company tu entertain aku. Dia explain lah pasal company tu and bla bla bla. First activity company tu buat pagi-pagi is meeting. Bukan formal meeting tu dia macam kata-kata semangat lah. So aku and lagi 4 orang interviewee join sekali with all the staff and manager dia. Manager dia ada bagi a few soalan. Ala soalan pembakar semangat macam, " Apa yang awak nak jadi kalau diberi peluang kedua dalam hidup". Lebih kurang macam tu lah. Disebab kan aku dah buat research pasal group interview, and the tips is volunteer untuk jawap kalau ditanya soalan. So aku dengan semangar jawab. Ada lah 2-3 soalan yang aku jawab. Memang semangat weh and tak rasa nervous langsung. Lepas habis je sesi meeting tu kami yang interviewee ni kena stay untuk next session dengan manager company tu. Aku dah start bedebar.

Tapi kan next session tu tak ada pun macam apa yang aku baca pasal group interview which is the manager akan bagi kita situation and kita as a group kena find out the solution. Tapi session tu, manager company tu cakap pasal company dia 3 jam non stop. Apa yang aku still ingat apa yang dia explain ialah kami as interviewee ni kalau selected aku jadi trainee. Itu common lah kan sebab kami fresh graduate. And dia cakap nanti ada team leader yang akan guide. Then dia cakap kalau kami as trainee ni dapat buat sales then team leader akan dapat 5% dari sales kami, then senior team leader akan dapat 10% dari team leader. sampai lah ke manager dia explain. Dia tak ada pulak explain pasal basic gaji. Aku tak nak lah tanya kan sebab tips temuduga yang aku baca, kalau kita tanya pasal gaji nampak rude sikit. Nak dapat kerja punya pasal kan. Okay lepas habis je sesi cakap 3 jam tu, sorang-sorang kena panggil masuk bilik manager and pelik nya dia tak interview apa pun. Dia just suruh isi form. Then manager tu cakap by petang tu jugak akan dapat tahu aku selected as a trainee ke tak.

Balik je rumah. Aku google lagi pasal company tu and banyak yang bagi bad review pasal that company. Aku dah start risau and ada sikit kecewa. Dalam pukul 5 petang macam tu aku dapat call ada HR company tu cakap aku terpilih and boleh start kerja hari khamis. Hati aku bebolak balik jugak nak terima kerja ni. Aku pun tanya HR tu pasal gaji, and HR tu cakap tak ada basic gaji. Gaji kita based on commision. Banyak buat sales banyak la commision kita dapat. Aku pun cakap aku nak pikir dulu then HR tu cakap kena bagi email or call sama ada kita terima kerja tu or tak. Tapi hati aku cakap tolak sebab baca bad review tu lah. So next day nya aku email HR with proper email tolak kerja tu.

Aku ada soalan untuk korang yang dah experience dalam kerja:

1.Dari apa yang korang baca, company ni MLM company ke?
2.Kalau kerja dengan sales and marketing company memang tak ada basic gaji ye? Semua based on commision je?

Bantu aku ye. Thank you.

– I

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Hahaha. Aku macam tau je company apa kan, nasihat aku, company tu tipu ko.

    Bila interview dia wajib okay bgtau basic smua. Kwan aku da kna. End up jual maxis broadband tepi jalan. Marketing juga kan

  2. sllunya klau istilah team leader dguna pakai, 2 mknanya MLM or direct selling.. aq dlu pun nyaris nk trkena, nsib bek smpat google psal company 2.. and lg 1, company yg x scam nii dye lbh brminat nk thu pasal kta n apa yg kta tau tntg company 2, bknya dye yg pegi explain tntg company 2.. huhu..

  3. Kebanyakan jawatan sales & marketing tiada basic salary sebab konsep sales & marketing job is, you’re paid according to your effort. So the more you work, inshaAllah the more results you will produce and that will translate into more commission. Is it MLM? I don’t know because kau tak specify nama company. But just to mind you, jangan underestimate kerja sales & marketing. You could be doing sales for a bank, a telco or many other legitimate companies. Some sales jobs pay you basic salary, but most do not.

  4. Urm kalau interested in sales and marketing, jgn la cari yang based on komisyen je..cari yang ad basic salary kalau boleh biar la up sikit..sbb member pnh ckp, trainee nh depends dkt company setengah tu probation dlm 3 ke 6 bulan..dlm probation period kita x de dpt any benefits from company..claim pn silap haribulan kena dahulukan duit kita hihi boleh..sakit la kalau gaji ciput minyak, parking bila nk claim masuk lambat..x taw la benda nh apply dkt whole company ke x..kdg2 ckp je probation 3bln, tpi boss ko x semestinya terus nk bg confirmation.. tgk2 after 4months baru confirm huhu..btw, sblm g mana2 interview google la dlu psl company, skang nh byk sgt scammers yang dowg nk pkai fresh grads, senang nk manipulate sbb x de experience and so on..even jobstreet pn ada je scammers..hehehe

  5. Tak tahulah ni company scam atau apa, tapi sebelum cari kerja sila siasat latar belakang syarikat dan tengok sama ada syarikat tu established atau tak.

    Akak senior saya pernah ditipu dan tak dibayar gaji oleh syarikat X. Jadi, sila berhati-hati ya

  6. Tips sebelum apply kerja:

    1. Buat research dulu pasal syarikat tu. Masa google guna keyword ni “Nama syarikat:_____ penipu”.

    2. Kalau banyak sangat jumpa iklan dari syarikat ni dekat mana² website cari kerja, kebanyakan adalah untuk jawatan yang tiada basic. Cuma makan komisyen.

    3. Biasanya kalau dia ada tulis tangga gaji dan melebihi dari RM3K – RM4K untuk jawatan sales marketing 90% sah tak ada gaji basic.

    4. Masa sesi interview ada presentation beramai² yang berbentuk motivasi, yang ni paling ketara. Ko slow² angkat barang kau buat² nak pergi ke kereta ambil barang then start engine ko pecut laju² sampai rumah hempas pintu pasang mangga banyak².

    *** Pengalaman sendiri yang dah menghadiri sesi temuduga hampir 20 syarikat ayam.

  7. Baik jdi seles executive mne2 bank..cnfrim de basic..kerje agak tough sbb kne cri customer…tpi at least dpt pengalamn kerje & dpat skit knowledge pasal banking…sye dlu sales executive easy by rhb de la dlm 5-6 bulan…

  8. Sales ni.. Aku pernah kerja 5 hari..hahaha kena g minta fund kat org.. Contoh, kalo group kena minta fund/derma utk certain NGO, kena la buat bg capai target. Nnt dapat la komisyen. Ada yg bagus, boleh kerja macam tu lama2, aku x tahan. Mmg xde basic, xde kwsp. Kalo pandai pitching, mmg blh dapat lebih dari org yg mkn gaji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *