From Arts To Engineering

Ini adalah sambungan daripada confession From Science to Accounting. Cuma kali ni kisah pasal husband aku pulak from Arts to Engineering.

Husband aku graduan diploma in arts, course berkaitan photo macam tu laa. Dia memang minat nak jadi press photographer untuk majalah atau paper tapi itulah peluang tak banyak. Kena tunggu otai2 pencen baru banyak peluang. Haha.

Jadinya lepas habis konvo dia kerja part time promoter. Kat situlah aku jumpa dan kenal dia. Kami bercinta tak lama terus decide nak kahwin. Bila dah ada matlamat nak kahwin tu la dia start cari permanent job sebab nak kumpul duit. Nak apply press photographer memang takde kosong la. So dia jadi full time promoter. Sampai laa masa kami kahwin. Waktu ni aku dah kerja sebagai account assistant dan husband aku masih jadi promoter. Tapi aku rasa kosong sebab takde masa dengan suami. Time raya pun kena kerja. Dia balik kerja tengah malam aku dah tidur. Pagi aku pergi kerja dia pulak tengah tidur. Dia memang terfikir nak cari kerja lain tapi tak tahu kerja apa yang sesuai.

Husband aku bab pelajaran dia totally failed. Result SPM dia siap ada paper tak hadir pastu semua dia sapu kecuali A. Hahaha. sebelum kahwin memang aku tak nampak apa kelebihan dia kecuali speaking dia power dari aku. Selepas kami kahwin baru aku nampak jelas dan terang. Hobi dia main game sampai sanggup tak tidur, suka repair2 godek2 komputer laptop pastu install macam2 software dengan application apa benda entah. Layan youtube tengok video pasal komputer, teknologi2 baru, pasal kereta. Boleh kata dia ni mat gajet. Dia suka follow teknologi. Dan dia belajar dari youtube.

Dan aku nampak minat, kemahiran dan bakat dia dalam bidang IT. Bab2 hardware and software dia tahu. So aku suggest kat dia guna kemahiran dan bakat yang ada untuk apply kerja. Tambahan pulak company aku kerja ni based on IT. So aku mintak la dia hantar resume kat sini. Mula2 dia tak confident sebab takut company hire ikut qualification. Tapi jenis aku cuba dulu baru tahu. Sebab ada certain company tak pandang qualification. As long as ada basic knowledge dan company akan bagi training. Biasanya company lagi sanggup hire fresh graduate dan bagi full training dengan gaji rendah daripada hire pekerja yang berpengalaman yang akan demand gaji tinggi. Itu cara company nak save cost.

Aku tolong buat resume sebab dia failed bab2 ni. Aku hantar resume kat manager department IT tapi bagitahu kawan nak cuba apply kerja pastu aku biar jer takde nak tanya2 bila nak panggil interview. Kalau ada rezeki ada la tu. Tak lama manager panggil interview dan dia dapat jawatan sebagai IT engineer. Aku tak pasti apa dia cakap apa masa interview. Cuma dia ada bagitahu dia demand knowledge dan working experience berbanding gaji. Itu yang aku bagitahu dia biar gaji ciput asalkan ilmu banyak. Sekarang dah hampir 3 tahun dia kerja sebagai IT engineer. Pendapatan kami suami isteri meningkat dua kali ganda selepas kami melompat bidang kerja berbanding masa mula2 kahwin dulu.

Buat isteri2 diluar sana, cuba tengok hobi suami anda dan fikirkan peluang yang boleh dicapai untuk menjana pendapatan lebih. Jangan marah kalau dia main game. Mana tahu boleh buat duit dari main game kan. Tapi kalau dia abaikan anak bini tu memang patut kena marah. Hahaha. Nasib baik husband aku jenis bertolak ansur boleh jaga anak. Dia main game pun bila anak dah tidur sebab anak aku suka kacau dia main game. Dia tak suka barang2 komputer dia dirosakkan. Anak bapak laa katakan. Nak ikut jejak bapak dia laa tu.

FYI, company aku ni dah kukuh dan stabil tapi bos suka cari fresh graduate sebab boleh bayar gaji ciput. Kalau korang jenis pandang knowledge and working experience korang tak kisah pun gaji ciput. kalau korang perform masa appraisal bos akan naikkan gaji jugak.

– Nunu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit