Gaji Tak Setimpal Dengan Kerja

Assalamualaikum.. terima kasih kepada admin page jika menyiarkan confession saya.. tolong hide kan FB saya ye..

Nama aku Siti, umur 25 tahun, bekerja di sebuah syarikat swasta di utara sebagai Sale Assistant.. company aku ni ada 15 org staff yg terdiri dari team sale dan team management.. company tu menjalankan perkhidmatan online sale dimana setiap staff Sale masing2 diberi handphone utk mencari pelanggan dan melayan pelanggan utk membeli produk yg dijual oleh company.

1st, nak bagitau ni bukan erti tak bersyukur tapi nak dijadikan cerita, gaji kami hanya dibayar mengikut hari (team sale: RM30/hari), team management (RM35/hari) dan average gaji kami utk sebulan hanya rm500-rm600.. komisen utk setiap jualan, mesti kena capai KPI.. contoh, team sale terpaksa mencapai target sebanyak 100unit keatas untuk dapat komisen.. kalau 100unit = RM1/unit.. 200unit = rm2/unit, 300unit= RM3/unit.. kalau tidak dtg ofis, gaji akan ditolak lagi.. office hour utk company tu, hari Isnin-Jumaat, (8.30am-5.30pm) tp sebagai Sale ASsistant,hari cuti Sabtu dan Ahad (cuti Sabtu Ahad tak dibayar gaji) tu kami tetap bekerja utk membuat sale dan melayan customer.. kiranya 24jam masa kami hanya utk melayan pelanggan dan membuat sale.. kdg2 tengah2 lewat malam pun, boss akan menggangu kami utk tanyakan ttg hal berkaitan sale.. kadang2 kalau ada urusan luar, staff management akan keluar utk uruskan segala hal (bayar socso, kwsp, urusan stok dll), dan kos mileage claim hanya dibayar sebanyak RM0.35/km..

tujuan menulis confession ni utk tanyakan pendapat semua.. adakah berbaloi untuk teruskan kerja di syarikat tersebut? setiap hari, perjalanan ke tempat kerja mengambil masa selama 15-20minit, kos minyak utk datang kerja, kos makan, ptptn (semua staff disini lepasan diploma, ijazah dan mempunyai komitmen utk bayar ptptn), duit utk mak ayah, dll.. kami juga pernah suarakan tentang hal gaji kepada bos, tp tidak dihiraukan.. padahal untung company setiap bulan mencapai RM100k- RM120k.. pernah jugak org tanya, “kenapa still boleh bertahan kerja di company tu walaupun gaji sikit?”.. sesungguhnya sangat susah untuk mencari kerja sekarang, dan kami masih bertahan kerana tiada back-up job.. ada sesetengah staff masih bertahan sbb fikirkan kewangan keluarga utk biaya family dan anak2..

cuba bayangkan, belanja makan utk diri sendiri sehari RM10.. kalau sebulan dah RM300.. jadi lebihan tu untuk kos minyak kereta/motor, dll.. mmg x ckup.. at last, mintak jugak ehsan drpd mak ayah utk survive dalam sebulan. Mujurlah kos kehidupan di utara tidak membebankan sangat, dan masih tinggal bersama keluarga sendiri..

ok utk Majikan semua, saya nak tanya.. adakah Fresh Graduate sekarang sangat demand gaji sedangkan kami 15org lepasan diploma dan ijazah hanya mendapat gaji sebanyak rm500-600? adakah ini mencukupi utk perbelanjaan kami dan sebulan?

p/s: INILAH REALITI KEHIDUPAN GRADUAN SEKARANG.

-SITI-

– SITI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit