Gadis Miskin Yang Mahu Mengubah Diri II

Duit, Kerjaya, dan Dugaan,

(https://iiumc.com/duit-kerjaya-dan-dugaan/)

Gadis miskin yang mahu mengubah diri (part I),

(https://iiumc.com/gdsmskn/)

Assalamualaikum semua. Saya sambung kisah saya daripada part I. Kehidupan saya sebagai siswi pun bermula. Mak saya sudah mencecah usia 60 tahun. Sudah tua.

Dikala student lain bermewah-mewah dengan duit PTPTN yang diterima, saya mengambil keputusan mengeluarkan duit untuk membelikan mesin basuh untuk memudahkan mak saya.

Saya tidak mahu mak penat membasuh baju dengan tangan lagi di usia tuanya. Apatah lagi kakak saya pula sedang berpantang ketika itu.

Mak dan ayah sudah cukup menderita dan bersusah payah membesarkan 11 orang anak. Sudah sampai masa saya berkorban kehendak diri demi kesenangan orang tua saya.

Saya keluarkan duit sebanyak RM300. Kakak dan mak saya menambah RM100 seorang. Saya membeli basikal berharga RM260 untuk memudahkan pergerakan saya. Selebihnya saya gunakan duit sebaik mungkin untuk belanja harian.

Masa semester 1, saya mendapat tahu ada Tournament Taekwondo di Universiti. Saya beranikan diri memasuki pertandingan untuk menjadi seorang yang berani.

(‘Courage is not the absent of fear but courage is to do what is right despite the existence of fear’).

Semasa di sekolah, saya berjaya mendapat pingat perak dalam acara sparring individu kategori 17 tahun ke bawah.

Niat saya masuk pertandingan peringkat universiti sekadar mahu mencuba nasib, tak disangka salah seorang peserta acara sparring individu kategori 45kg adalah pemenang Taekwondo Peringkat dunia yang berlangsung di Itali sebelum itu.

Saya serba salah untuk menarik diri dan berdoa supaya saya tidak perlu berhadapan dengannya. Semasa keputusan diumumkan, saya terkejut kerana saya mendapat tempat ketiga/pingat gangsa.

Pengalaman dua kali memasuki pertandingan dan berjaya mendapat pingat menaikkan sedikit keyakinan diri saya. Saya jadi bersemangat untuk memperbaiki kelemahan diri. Be not afraid of going slowly. ‘Be afraid of standing still (Japanese proverb)’.

Adik-adik pembaca sekalian, jangan takut untuk mengambil risiko melakukan sesuatu diluar keupayaan kita. Mane tahu, ia adalah langkah pertama untuk anda meraih kejayaan.

‘A journey of a thousand miles begins with a single step – Confucius’.

Masuk semester ketiga, ada perubahan ketara yang berlaku dalam hidup saya. Masa ni saya berkenalan dengan kawan-kawan baru, orang yang bertanggungjawab mencetus perubahan besar dalam hidup saya.

Saya masih seorang gadis yang sangat pemalu, agak pendiam dan less self confidence. Berbeza dengan kawan saya yang peramah dan confident.

Masa ni saya mula terdedah dengan ‘cinta budak U’. Rancangan kawan-kawan baru mencarikan pakwe tidak berjaya disebabkan sikap pemalu saya. Saya malu diperli sebagai ‘gadis yang sangat pemalu dan sukar didekati’.

Rasa tercabar. Kawan baru saya seorang mudah menyesuaikan diri dan pandai berborak dengan semua orang termasuk lelaki. Saya ingin menjadi seperti dia.

Pada masa yang sama, saya diuji mendapat perkhabaran anak saudara saya dibuli di sekolah sehingga hilang ingatan dan mengakibatkan kem4tian.

Saya tiba-tiba berubah menjadi murung, suka bersendirian, rasa takut tak bersebab, selalu termenung, menangis, berdebar-debar, rasa seram sejuk dan selalu bermimpi makhluk yang menakutkan.

Cuti semester, abang saya membawa saya mendapatkan rawatan tradisional dan sembuh. Mungkin saya mengalami tekanan perasaan. Selepas sembuh, saya mula berfikir tentang hidup. Saya terfikir, bagaimana nanti jika saya memasuki alam pekerjaan?

Saya terlalu pemalu, tidak boleh bercakap dengan lelaki. Mana mungkin saya mahu mengelak untuk berurusan dengan lelaki. Sudah tentu saya terpaksa bekerja, berurusan dan berkomunikasi dengan lelaki setiap hari.

Langkah pertama saya ambil adalah mengubah penampilan diri saya yang selekeh.

Masuk semester 4, saya mula bertindak. Saya akan mencari peluang menegur budak lelaki. Caranya adalah dengan menegur budak lelaki yang bersendirian tetapi di tempat terbuka atau duduk di sebelah siswa semasa kuliah.

Mulakan dengan senyum dan bertanya sesuatu. Bagi adik-adik yang pemalu dan mahu memperbaiki cara berkomunikasi, mungkin boleh cuba cara saya untuk mulakan perbualan.

Sebagai contoh, mulakan dengan soalan-soalan mudah seperti pukul berape sekarang? Boleh pinjam pen? Tandas di mana ya?

Bila dah rasa hilang gemuruh, boleh mula dengan soalan seterusnya, nama awak siapa? Duduk kat mana dan sebagainya. Itulah cara saya mula berbual. Setiap hari, saya target untuk bercakap dengan sekurang-kurangnya seorang.

Dengan sedikit latihan setiap hari, saya berjaya hilangkan gemuruh. Pada masa ni saya mula mempunyai rakan lelaki dan boleh berborak secara normal. Walau bagaimanapun, saya masih tidak mampu bercakap dengan yakin di khalayak ramai.

Ada satu ketika, saya diketawakan dengan teruk oleh sekumpulan budak lelaki semasa membuat pembentangan.

Tangan saya yang memegang meja yang menempatkan overhead projector bergegar kerana saya menggeletar gemuruh. Terasa sangat sedih, malu, b*d*h, tidak berguna dan terhina.

Kerana peristiwa yang memalukan itulah yang membuatkan saya menjadi diri saya seperti hari ini.

Saya berazam suatu hari nanti aku akan berdiri di khalayak ramai, bercakap dengan yakin. Saya tak mahu diketawakan atau dipandang rendah. Saya mesti berubah.

Adik-adik pembaca yang dikasihi, sekiranya diuji dengan peristiwa yang memalukan, menyakitkan hati. Cubalah tukarkan keadaan tersebut sebagai satu cabaran untuk diri sendiri menjadi lebih baik.

(‘Experience is the best teacher, and the worst experiences teach the best lesson’).

Jangan jadikan ia sebagai punca kemerosotan diri kita.

Cuba praktikkan teknik SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) analisis dalam kehidupan seharian untuk melihat potensi kelebihan diri, memperbaiki kelemahan, mencari peluang-peluang yang ada disebabkan halangan-halangan yang wujud.

Sepanjang berada di universiti, saya tidak pernah mengalami masalah kewangan. Saya tidak pasti situasi mahasiswa sekarang.

Zaman saya tahun 2002/2003 baru merasa pakai telefon bimbit. Tiada gajet canggih yang mahal seperti sekarang. Tambahan pula kos sara hidup di utara tidak semahal di bandar besar.

Hujung minggu, saya hanya melepak di bilik, mengemas bilik, tidur dan menonton movie bersama rakan-rakan. Tiada acara berpoya-poya dan ber dating, namun bukan pula ulat buku. Bunyinya macam membosankan, tetapi itulah kehidupan yang saya pilih.

Adik2, dunia kampus memang banyak godaan kalau tidak kuat iman. Saya beruntung berkawan dengan kawan bukan kaki joli. Penting pilih kawan yang betul.

Dari dulu cikgu saya cakap saya pelik, tak berfikir macam orang lain fikir dan bertindak. Ingat, tujuan kita belajar untuk apa. Letakkan batas agama paling depan. Jangan ikut kata orang jika ia boleh merosakkan.

Saya sambung kisah saya berusaha memperbaiki kelemahan diri ketika di alam pekerjaan di part 3 nanti.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *