Gagap itu aku

Gagap itu aku

Assalamualaikum..

Aku ada satu problem yang selalu membuatkan level confident aku di tahap yg rendah, iaitu aku ada masalah gagap bila bercakap. Tapi gagap aku ni bukanlah teruk macam fei mau (sape penah tengok citer cina ni dulu dia tahu). Gagap aku tak teruk, cuma bila aku nak bercakap or explaining something pada orang, lidah aku jadi berbelit and ayat aku pun berterabur. And problem ni jugak kadang2 membuatkan explaination aku pada orang jadi sekerat jalan which means, aku give up untuk teruskan apa yg aku nak cakap huhu. Bila lidah berbelit tu, aku rasa macam eiii..geramnya aku…pastu aku istighfar sendiri.

Sesapa yg boleh bantu selesaikan masalah aku ni..? Sharelah apa yg korang rasa boleh membantu aku. Problem ni betul2 membuatkan aku low confident.

– Bukan fei mau

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *