Gara-gara Berjudi

Assalamualaikum semua nama saya seroja ( bukan nama sebenar), sudah lama saya ingin meluahkan perasaan saya yang dah lama terbuku di hati. Kisah adik saya lelaki saya F ( bukan nama sebenar).
Sejak kecil adik saya ni dah menunjukkan simptom suka bermain tilam-tilam dan permainan yg melibatkan duit syiling. Ada satu tahap masa dia sekolah rendah dia suka main mesin permainan di pasaraya.
Ok saya pendekkan cerita, otak dia sangat bergeliga dan pandai, dia pandai ngaji AL quran disamping pandai hukum tajwid jika dibandingkan dgn kami yang lain..hanya so-so je. Kepandaian dia menjadi kebanggaan mak bapak saya x sudah-sudah memuji dia.

Semasa dia belajar di IPTA,bapak sy membelikan dia motor sedangkan kami masa belajar naik bus atau tumpang kawan punya motor dan saya seperti memberi leher saya UTK dipancung.. maksud nya saya belik sebuah kete kecil baru untuk buat sewa atas nama saya. Hari berganti hari dan bulan, pihak bank kerap call saya di opis. Saya stress dan takut kalau terdgr bunyi telefon di opis . Sampai satu ketika saya diberitahu kete tersebut telah ditarik seperti biasa mak bapak saya berusaha UTK tebus semula.Dan sekali lagi ditarik selepas dia gagal byr seperti perjanjian awal masa nk beli.
Akhirnya saya amik keputusan tak Mo tebus dan biarkan dilelong bank dgn baki 7k. Masa tu dia dah abis belajar dan ada Keja yg x berapa nak jelas jenis pekerjaan dia…dan dia berbelanja besar dan mewah. Dia xde langsung terlibat di hati nak tebus. Bila saya bising mak bapak akan marah saya. Bayang kan MCM mana saya rasa hadap sorg MCM ni.

Selepas itu saya bertukar pekerjaan yg lain dgn gaji yg baik, saya nk jugak tukar kereta yg lain sbb Keta yg ada dah lama dan kerap rosak. Malangnya nama saya black list angkara adik saya. Saya turun naik bank settlekan terpaksa buat loan UTK clearkan hutang keta F Dr rm7k kepada 11k. Dan bermula la episod saya terpaksa ikat perut byr hutang F buat. Ya Allah sedih sungguh saya selalu ikat perut dan leher dah la masa tu saya duduk di perantauan…cer kalian bayangkan…nak beli sehelai baju pun x mampu.

Tahun berganti tahun, dia janji nak repair rumah family. Habuk pun takda. Saya juga akhirnya yg renovate. Dan dia ada aktiviti yg suka minta duit beribu-ribu dgn mak, bapak, saya dan kawan-kawan dia .
Saya pelik dia x berkerja tidur sampai tengahari tapi di mana dia amik duit…sia-sia dia belajar dan jadi anak kebanggaan mak bapak saya.

Sampai satu tahap, orang mesej saya cakap dia amik duit orang. Ada dia tipu UTK join projek sana sini rupanya bermain judi. Dia bukan sahaja minta mak duit bahkan barang kemas emak juga jadi mangsa. Lebih malu melibatkan sedara mara. Ya Allah malu nya saya tak tahu nak letak muka. Kerana selama ini mak saya suka cerita pasal dia dan sembunyikan aktiviti dia.

Kehidupan dia seumpama penagih dadah yg ketagih berjudi tu membuatkan dia kerap menipu mak bapak saya dgn projek dia sana sini. Skrg yg percaya mak saya aja ..bapak saya dah tak percaya. Sampai tua bapak saya masih berkerja. Kami sedih, benci dan geram kerana duit belanja mak bapak saya selalu tak cukup. Sedangkan duit rumah dan kereta dah abis bayar. Duit belanja yg kami bgi adik beradik tu sebenar nya ckup untuk mak bapak saya berdua nk hidup. Saya kesal dan kecewa dgn sikap F tak pernah berubah dan insaf. Dan dia suka menipu demi mendapatkan duit UTK berjudi. Dan paling sedih mak saya sorang je yang percaya dengan F. Emak saya sanggup Suh saya bagi F pakai kereta saya demi F. Saya yang bayar setiap bulan. Di mana hati dan perasaan dia.senang nya hidup dia x berkerja , duit , tempat tinggi, kete dan duit main judi disediakan..tak kan xde sekelumit rasa kesian dgn mak bapak…menipu mak bapak demi nak bermain judi. Sekampung dia meminjam duit sebab nak berjudi.

Saya jadi stres hari-hari saya berfikir pasal F. Saya malu dgn suami Sebb duit suami pun dia minta. Allahuakbar dari suami tak tahu aktiviti berjudi dia dah tahu…saya sebolehnya sembunyikan aib F. Tapi dia x jaga aib kami sekeluarga.setiap minggu wasap call minta duit kami adik beradik. Sedangkan kami semua punyai komitmen. Seolah menanggung biawak hidup.

Apa yg saya nak cakap…mak bapak juga jgn suka beza dan banggakan anak. Belum tentu yg disanjung itu baik berbanding anak yang tak seberapa. Sedih. Saya harap F insaf dan sedar dan jauhkan aktiviti berjudi. Saya xmo F ditangkap polis sebab berjudi dan menipu. Saya masih ada rasa sayang sebab dia adik saya. Hari- hari saya x lupa mendoakan F agar dia bertaubat. Doakan saya agar kuat dan doakan F semoga dia berubah dan mendapat hidayah.

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *