Portal Cari Jodoh dan Amalan Untuk Jodoh dan Zuriat

Salam semua,

Bismillah,

Banyak confession berkenaan jodoh dan zuriat, dan saya harap confession saya (lebih kepada perkongsian sebenarnya) boleh membantu.

Saya kenal suami saya di salah satu portal cari jodoh. Saya ingin kongsi sebab banyak horror stories saya baca di IIUM confession tentang experience di portal seperti itu.

Ya, saya juga experience benda annoying dan at times scary di portal seperti itu. Tetapi saya nak bagi sinar harapan bahawa ada succesful stories dari portal tersebut. Lepas 8 bulan kenal yang bermula di portal itu, saya dan kenalan dari portal tersebut (sekarang suami) bersama setuju untuk berkahwin. Kami bukan lah terus kahwin lepas 8 bulan tu tapi kami mula arrange majlis merisik dan tunang, bincang with families dan tetapkan tarikh nikah.

1 tahun lepas kenal kami selamat bernikah. 17 hari lepas bernikah saya dapat tahu saya bunting pelamin. Ada sedikit cerita sedih sikit je la, sebabnya ada yang persoalkan sebab macam cepat sangat pregnant tapi Allah lebih mengetahui. Alhamdulillah rezeki kami, Allah maha baik. Sekarang anak kami berumur 7 bulan :)

Lagi penting sebenarnya selain daripada sharing successful story, saya sebenarnya nak kongsikan doa serta amalan dalam ikhtiar saya untuk jodoh dan zuriat.

Doa yang saya selalu amalkan selepas solat, dan ada yang baca disujud terakhir solat:

Surah Al-Anbiya, ayat 89 – doa Nabi Zakariya minta zuriat – even sebelum kahwin selalu baca
Surah Al-Qasas, ayat 24 – doa Nabi Musa
Surah Ta-Ha, ayat 39
Surah Yusuf, ayat 4
Surah Yunus, ayat 81

Amalan:

Berbuat baik dengan ibubapa:
Ya, mungkin ini orang selalu nasihatkan kepada golongan belum berkahwin, atau juga pada couple belum ada zuriat, tpi saya nak juga mention. Sebab pada saya ini sangat penting, dan kita bertuah masih ada ibubapa, kita happykan mereka, bawak keluar makan, teman mereka nak pergi shopping ke nak pergi majlis etc.

Berdoa lepas buat kebaikan:
Banyak kali saya dengar melalui ceramah agama daripada ustaz dan ustazah yang berbeza, selepas kita buat sesuatu kebaikan contoh sedekah, ataupun kebaikan kecil macam tolong pegang pintu untuk orang jalan belakang kita – kita terus doa.

“Ya Allah, dengan kebaikan yang telah saya lakukan saya memohon {insert keperluan / kehendak}.”

Saya selalu praktikkan ini. Ada hadis tentang ini kalian boleh rujuk nanti Bukhari Volume 56, Hadith 671.

Doa ditempat dan waktu doa makbul:
Saya suka doa waktu hujan, sewaktu berbuka puasa, waktu tahajjud. Kalian juga boleh google list waktu dan tempat doa makbul.

Cara Doa:
Waktu berdoa saya selalu mulakan dengan nama2 Allah, kemudian selawat keatas nabi selepas itu baru mention keperluan dan kehendak saya. Ini pun saya dengar melalui ceramah agama.

Umrah:
Pertama kali saya pergi Umrah Feb 2016, dan hari terakhir lepas tawaf wida sambil tengok kaabah terlintas (bukan doa pun cuma monolog) saya ckp dlm hati “I hope the next time I come here will be with my husband”.

SubhanAllah, Allah maha baik, maha mendengar. Feb 2019 berdirinya saya di depan kaabah borsama suami disisi.. saya teringat balik monolog dalam hati saya 3 tahun sebelum yg ternyata Allah dengar dan kabulkan.

Doa untuk orang lain:
Bila kita doa untuk org lain contoh “Ya Alah kurniakan Aminah jodoh yang baik” malaikat akan doakan untuk kita benda sama.

Jadi contoh kita nak jodoh baik, nak anak, kita doakan untuk orang lain benda itu kemudian malaikat akan doakan “and for you the same”.
Hadis Muslim, 2732

Jamu:
ingin saya kongsi untuk wanita – beberapa bulan sebelum berkahwin saya amalkan minum jamu temu kunci. Ini antara usaha sebab memang saya niat nak dapat anak cepat lepas kahwin dan juga untuk menjaga dan merapikan dalaman saya.

Akhir kata, ya, saya kahwin agak lambat (31) jika dibandingkan kawan lain yang kahwin umur 20an. Tetapi Allah sangat baik,Allah permudahkan banyak urusan. Saya harap saya juga boleh bantu dan beri harapan kepada golongan yang masih mencari jodoh, yang masih menunggu zuriat..Saya minta maaf jika kongsian ini ada terguris hati sesiapa, ada kekurangan atau salah ilmu. Wallahualam.

Semoga bermanfaat, walaupun saya tak kenal, tak tahu nama kalian, golongan yang mencari jodoh, berusaha untuk zuriat will always have a special place in my daily duas. (dan juga golongan muslimin yang lain).

Saya mohon dan harap kalian juga boleh tolong doakan untuk kebaikan perkahwinan saya, serta ia kekal bahagia hingga ke jannah dan juga kebaikan untuk kaum keluarga saya.

Wa salam,
-yang akan doakan untuk semua

– Yang akan doakan untuk semua (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *