Gilakah Aku?

Assalamualaikum warga iiumc yg dirahmati Allah selalu. Ya, warga iiumc yg sentiasa dalam doa aku, kerana banyak yg telah membantu aku. Memberi semangat hidup, dan ada yg umpama malaikat kecil untuk aku. Serba salah rasanya untuk kembali meluah kerana ada yg dah kenal dan simpan nombor aku, tapi apa daya aku sebagai manusia. Tak tertanggung rasanya perit didada. Tiada tempat bercerita, tiada tempat berpaut. Syukur pd Allah, confession yg lepas, Allah kirimkan hati2 mulia untuk memberi semangat dan pertolongan, untuk aku bernafas seketika. Dan selagi bergelar manusia, ujian itu akan tetap hadir hingga hujung nyawa.

Sehabis daya aku cuba redha, namun segala yg bertimpa memaksa aku kembali ke sini. Untuk semangat dan tips ibadah seperti sebelumnya. Banyak doa dan zikir baru yg aku dapat, alhamdulillah. Semalam, aku hampir bunuh diri. Aku digoda suara halus untuk mengakhiri semuanya. Habiskan penderitaan hidup. Namun iman yg tersisa menyedarkan aku, yg mana satu pilihan aku? Penderitaan di dunia sementara yg berbalaskan syurga selamanya, atau penderitaan selama2nya tanpa pengampunan dari yang Esa? Maafkanlah aku jika ada yg merasa aku tewas dengan ujian kecil. Ada yg diuji lagi hebat. Ya, aku sedar. Tapi izinkanlah aku bercerita. Sekadar melepaskan sesak didada. Bantulah aku, adakah aku gila?

Dalam bermacam bantuan yg aku terima, ada sorang hamba Allah beri modal aku meniaga ice blended. Seminggu meniaga, Alhamdulillah semuanya baik2. Aku seronok. Ada duit belanja dan duit susu anak. Aku sentiasa update hamba Allah tersebut akan hasil jualan aku. Hinggalah Allah masih ingin menunjukkan rasa sayangNya pada aku. Duit simpanan hasil jualan yg aku sisipkan di celah Quran, hilang. RM50 mungkin kecil, tapi amat besar pada aku. Berat rasanya untuk aku terima. Dua hari usaha mencari, tapi aku redha bila tetap tiada rezeki. Aku tak menangis. Mungkin ada kelalaian aku hingga Allah tarik sedikit dari nikmatNya. Aku ikhlas dan berdoa agar digantikan dgn yg lebih baik. Aku bercerita dgn suami. Suami frust. Suami tak pernah rasa hilang duit, apatah lagi lepas berpenat lelah macam ni. Aku sendiri dah biasa. Dan simpan dalam Quran adalah jalan terakhir aku dgn doa tawakal pada Allah. Wallahi, suami dah merata cari kerja. Masih belum ada rezeki. Suami aku tak memilih kerja. Rela apa saja. Kalau aku terpaksa tidur jam 2 3 pagi untuk siapkan tempahan, suami juga tidur waktu sama. Takkan tidur selagi aku belum berehat, walau tiada apa yg perlu dibantu.

Aku usaha lebih keras. Siang berjual, malam mengadap oven untuk seketul dua kek dan biskut. Sampai menangis sebab kaki cramp dan pinggang sakit ya amat. Sedang jualan kek baru nak naik kerana dapat promosi hangat, Allah uji lagi. Oven aku rosak. Allahu. Satu sen pun takde untuk aku panggil org datang baiki. Kek yg aku jual tak boleh dikukus. Khas untuk bakar. Tempahan kek dibatalkan. Kualiti kerja terjejas saat baru nak meningkat. Aku redha. Mungkin Allah nak aku tumpu pada ice blended sahaja. Selang sehari, sedang dua tiga pelanggan menunggu ice blended, blender aku jem. Tak bergerak. Bau hangit. Allah. Customer balik macam tu je. Sampai hari ni masih begitu. Blender lama, blender dapur, bukan heavy duty.

Tiba masa follow up klinik. Khabar dari doktor, aku ada anemia ringan. Doktor push aku makan macam2 untuk naikkan HB, sebab masih jauh lagi, boleh drop teruk lagi. Dengan masalah valve. Dan injap bocor dah effect pd satu lagi injap. Jadi skrg aku ada dua injap bocor. Beserta migrain yg bergantung pd ubat. Dan yg jadi masalah besar aku sekarang, ada suara halus yg sering berbisik bisik pd aku. Semalam lepas asar, aku berbaring sambil zikir. Tanpa aku sedar mulut aku terhenti zikir. Datang suara halus, katanya aku dah terlalu letih dgn semua ini. Baik aku tamatkan saja. Jangan fikirkan apa lagi. Jauh disudut hati, aku tau ini salah. Bukan ini caranya untuk selesaikan masalah. Airmata aku laju mengalir sebab aku harapkan suara itu pergi. Terasa ada jeritan kuat dari dalam hati aku. Kaki aku kaku. Otak ligat menyuruh aku capai gunting dan habiskan semuanya. Aku paksa bangun dan berlari ke tandas. Buka pancuran air, biarkan jeritan itu tetap dalam hati, memaksa ia pergi. Aku menangis sekuatnya untuk tenangkan diri. Aku cakap pada diri, aku taknak gila. Aku taknak bunuh diri. Aku dambakan syurga untuk aku sekeluarga. Bantulah aku Tuhan.

Aku paksa diri aku zikir dalam hati. Ingat segala susah payah selama ni, aku tempuh sampai sekarang. Tandanya aku mampu. Aku kuat. Selang beberapa minit, aku tenang. Hampir maghrib, aku siapkan diri. Aku menangis lagi. Dalam solat, dalam fatihah, dalam rukuk, dalam sujud, air mata menitis2. Suami puas bertanya kenapa. Aku tak mampu jawab. Aku nak tenang. Dalam sujud, aku mohon agar aku terus kuat. Aku sayang diri aku, sayang Allah. Aku nakkan syurga yg mahal. Aku nak kuat. Aku mohon dengan hati yg teramat rendah bersujud. Habis mengaji, aku termenung. Aku paksa fikiran aku bentangkan segala rezeki yg Allah dah bg. Anak sulung aku jarang sakit. Dia pandai ambil hati dan perkembangan sangat cepat. Anak dalam kandungan aku sihat dan normal walau aku makan tak menentu dan kesihatan aku terganggu. Aku ditemukan dgn warga iiumc yg beri semangat dan bantuan tanpa balasan. Aku duduk dgn kluarga, tak perlu menyewa. Aku masih ada rezeki kereta untuk selesa ke mana2. Dan tak berapa lama lepas tu, kawan suami call, katanya ada projek bulan 3. Dia yg uruskan pengambilan. Alhamdulillah. Walaupun lambat lagi, tapi aku sedikit lega. Untuk 27 hari lagi dan permulaan pjj dgn suami, aku akan bertahan. Aku ingatkan diri aku, tak ada kesusahan yg kekal selamanya. Sentiasa ada manis dihujungnya.

Pagi ni aku bangun, aku terasa nak berhubung dgn nurse, nak minta pendapat untuk rujuk psikiatri. Tapi, banyak juga yg aku fikirkan. Temujanji yg ada dah sedia banyak. Hospital jauh dari rumah. Yg ada sekarang pun dua minggu skali. Kos lagi. Lagipun aku mmg ada gangguan. Jadi mungkin aku bukan sakit psikiatri? Iman tak kuat mungkin? Kurang ibadah? Warga iiumc ada pendapat ke tentang ini? Perlu ke aku rujuk? Aku dari zaman bujang memang mudah stress, tapi zaman bujang bila stress aku sekadar duduk bucu katil, menangis dan tarik2 rambut untuk setengah jam. Lepas tu, aku tidur and berkurung, lepas dua hari aku okay. Oh, aku mmg introvert. Background family pun tak berapa cantik. Ada juga yg aku pendam tentang family. Entah lah. Takut nak rujuk psikiatri. Takut terbuka aib. Takut menyusahkan suami. Takut segalanya. Moga masih mendapat respon positif dan supportive seperti sebelumnya. Terima kasih banyak semua. Moga Allah mudahkan kehidupan kalian, dan diberi kebaikan berganda, di dunia dan akhirat. Allahumma ameen.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *