Manusia sering menilai sesuatu hanya dari luaran tanpa cuba menyelami dengan lebih dalam.Kadang kala tafsiran mereka sering jauh tersasar daripada realiti yang sebenarnya.Entah kenapa sifat luaran lebih menjadi tumpuan berbanding sifat dalaman.Aku berdiri di tengah masyarakat membawa identiti seorang yang gemuk dan gelap.Kehadiranku sering disalah erti.Nope nope nope..aku bukan hadir sebagai orang ingin meraih cinta dari para lelaki.Aku hanya hadir sebagai seorang teman dan sebagai rakan seperjuangan.Argh rumit tugasku jika kehadiranku asyik disalah erti.Jangan risau teman sahabat kerana cinta aku tidaklah semurah itu untuk aku taburkan kepada semua lelaki yang aku kenal.Cukuplah bagi aku untuk menyimpan kalimah dan hasrat suci itu kepada insan yang telah halal bagiku.Tolong aku minta kepada para rakan-rakan setugas,rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan lelaki kepada gadis gadis gemuk dan gelap untuk berpijak dibumi yang nyata.Tolong jangan perasan yang kami gadis gadis gemuk ini contact anda untuk mengorat anda.Layanlah kami seperti anda layan rakan-rakan wanita anda yang lain.Kami bukanlah zombi yang inginkan mangsa,kami hanya gadis yang mempunyai masalah berat badan dan kami sedang berusaha untuk turunkan berat badan kami.Jadi jangan takut jika ada gadis gemuk,hitam,pendek,gigi tak tersusun contact anda atas urusan kerja.Layanlah dia selayaknya.Sebab walaupun begitu rupa dia,dia tetap wanita yang mempunyai hati……
– Bunga Kantan