Gemuk itu bukan satu dosa.

Assalamualaikum,
Terima kasih admin kerana terima confession saya ini.

Berdosa ke seseorang individu itu jika dia gemuk?
Saya selalu fikir benda ini. Seseorang yang mempunyai bentuk fizikal yang berbeza daripada yang normal, gemuk. Hina sangat ke kalau gemuk? Jika boleh dipilih sebelum wujud untuk menjadi gemuk atau "normal" sebelum lahir. Pasti tiada yang akan pilih gemuk. Kebanyakan manusia menganggap gemuk ini satu negatif. Diejek, diperli dan diperlekehkan sejak kecil sudah sebati di dalam diri. Sejak kecil, aku bukan normal. Gemuk itu aku. Bukan gemuk yang perempuan upload gambar di laman sosial dan mengaku diri gemuk tetapi mahu pujian. Tidak. Aku memang gemuk. Sedih? Rasa bersalah? Marah? Ye pasti, aku selalu sedih apabila orang pandang aku macam aku ini monster. Aku selalu rasa bersalah untuk makan lebih. Aku selalu marah sebab aku tak jaga dari dulu dan itu penyebab aku gemuk. Aku tak salahkan sesiapa. Kerna aku tahu aku yang bersalah. Aku masih remaja, aku juga mempunyai perasaan. Ingin mencari pasangan hidup, tetapi aku tidak yakin. Aku takut orang benci aku. Tak suka. Tak yakin pada diri. Sebab aku gemuk. Kami yang gemuk, percaya la bahawa usaha nak menjadi normal bukan senang. Susah. Jadi jangan hina sangat manusia yang gemuk. Allah tak pandang rupa, Allah pandang hati jika hati ini hanya pada-Nya. Dan kau hanya manusia. Akhir kata ku, gemuk itu positif, gemuk itu tak berdosa. Orang yang pandang hina pada gemuk itu dosa.

Sekian terima kasih.

– Gadis gemuk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

17 Comments

    • Dosa?Awk mungkin xpnh rasa jd gemok. Boleh la ckp mcm tu.pndang keliling awk.tgk org yg gemok..selami hati diorg..gemuk tu bala sbb ada org2 mcm awk. Yg xfaham n xtahu camana diorg strive utk hidup.berusaha utk kurus.yg awk npk u is gemok.bawak bala..menyusahkan org. Btw, u should gemok and u will feel it.sometimes org kurus pon xjaga makan.tp dah allah xbg dia ujian jd gemok.so what u wanna say?

    • Gemok kdg2 bulan pilihan..ade org gemok sbb die sakit cthnye ade masalah hormon..ade setengah org makan cam membela saka tp x gemok2..ade org mkn sikit tp bdn still naik..jadi org cmni berdosa la eeh?

    • Saya pernah gemuk. Dah sekarang ni pun takde lah kurus pun. Tapi apa yang saya dapat sekarang, tubuh yg sihat, rupa yang elok n penampilan yang bagus. Semua orang memang tak patut gemuk.

      Saya sendiri meletakkan usaha yg sangat banyak utk lost weight selama hampir 3 tahun (hilang 30kg) Dan takde alasan pun utk orang taknak kurus.

      Gemuk itu bukan ujian, gemuk itu masalah diri sendiri yang gagal menjaga diri sndiri

    • Nor Azimah Begshoppie hello…saya pernah jadi gemuk k….dan ia tak best langsung….gemuk memang dosa kalau sebb kita jadi gemok kerana mentekedarah x ingat dunia…sendiri mahu ingat la…..cukup2 la nak SUGARCOATING pasal orang gemuk

      sampai bila pun orang gemuk tak kan sedar YANG GEMOK ITU SATU BALA……BALA tau tak

    • sejak beberapa bulan lepas dan masuk puasa ni saya dah ubah diet habis2an….tak ada lagi daging hari2…cuma 1-2 minggu sekali…..nasi pun saya kalau boleh x nak mkn…cuma sayur, buah2 dan telur …..kalau x amik nasi pastikan sayur dan buah cover serat yg cukup kalau x nanti sembelit mau berak……

    • Kadang2 ada hikmah bila gemuk.Boleh paham perasaan org lain yang mempunyai masalah yang sama.Saya pun gemok dan sedar saya kena start balik bersenam.kalau cakap pasal kesihatan orang kurus pun ada penyakit seperti kolestrol tinggi etc. Ade je org berisi tapi sehat.Yang penting bersenam dan banyakkan makanan yang sehat.Saya pun nak kene bersenam ni..mmg naik sgt dan gemok sebab x aktif mcm dulu. Jom sihat lebih sesuai :)

  1. Sy pn dr kecik mmg besar..dr kecik mmg slalu kne buli ngn kwn n even ngn fmly members.mak ke ayah ke makcik ke mmg slalu ejek sy gemok..kalo nak citw psl kecik ht, mmg tersangat la keciknye.slalu dibanding2 ngn org tu dh biase.slalu gak rse berdosa ke aku ni gemok smpai jatuh maruah aku smpai hilang yakin diri aku tp bile aku kuar dr kepompong tu aku dpt tau yg org2 yg shallow je berkelakuan cmtu, suke ngejek bagai..bertahun aku bina self confident aku blk.so kalo org ckp aku gemok skrg ni, aku bash je blk.

  2. Kene jaga makan kot and exercise. Sy xtaula org lain, but sy dah turun 5kg selama berpuasa ni. Maybe metabolism jgak kot. Minum la air at least 3 liters everyday, mkn sket2 je, jgn manis2 n bykkan membaca tntg diet ni k.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *