Assalamualaikum WBT
Saya harap luahan hati saya ini boleh dijadikan pengajaran utk semua, boleh hidupkan balik common sense, human conscience anda bila buat group assignment. Sedikit introduction, saya sekarang sedang menuntut di UIA utk tahun kedua.
Setelah dua tahun di UIA, saya terkenangkan nasib diri. Kenapa saya asyik menjadi groupmate kepada manusia-manusia pemalas (free-rider) utk aktiviti group assignment? Mungkin ini merupakan masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar. Tapi utk saya, ianya berlaku dalam 3 semester berturut-turut. Setiap sem sakit kepala struggle seorang-seorang utk dapat markah yang baik dalam group assignment!
Saya bukan nak kata semua foreigner pemalas. Pernah juga dapat foreigner yang sangat rajin, punctual, and selalu rush kitaorang utk habiskan kerja cpt, tp utk sem 1 je la. First impression saya bekerjasama dengan foreigner be like “as expected, pelajar yang pergi belajar ke luar negara mereka memang rajin”. Tapi first impression je la.
Semester-semester selepas tu, groupmates foreigner yg saya dapat free rider! Annoying gila babs! Masuk sem 2, dapat 3 orang foreigner yang pemalas babs sangat! Asal group aktiviti je, start la keluar alasan mereka. “I dont know anything. I don’t know what the lecturer teach us. but I know you’re the best. I know you’re smart. You can do it” katanya pada saya and seorang lg groupmate melayu. Akitiviti yang sepatutnya kami berlima buat, terpaksa buat berdua. Yang lagi annoyingnya, da la orang tengah struggle utk siapkan kerja tu, boleh pula dia ceritakan kisah hidup dia di sebelah saya. Arghhh!!!! Takde common sense? human conscience mana? TAK RASA BERSALAH KE? Kalau lah boleh tukar groupmate masa tu kan. Nak je saya lapor dgn Mdm tapi ye lah, tak sampai hati. Masuk UIA utk dpt kawan, bukan nak cari enemy. So pasrah je la.
Masuk pulak sem sekarang. Hah! Lagi annoying BABS! 5 orang satu group, again, 2 orang je struggle siapkan report. Macam nak gila rasanya. DA MINGGU KE LIMA WEIIIIIIIIIIIIII, presentation tak lama lagi. Tolong lah bagi kerjasama!!! Selalu juga self reflect, tanya diri sendiri, adakah saya yg terlampau rush and semangat nak buat assigment? Hmmmmm. Tu baru course A.
Course B pula, da lah saya kena menaip part saya, kena compile kerja satu group, kena print report, tiba2 sekarang saya pula yang kena buat slide presentation sebab masing-masing mengaku busy. Weiiiiiii!! Dah la aku print guna printer aku, kertas aku, aku yg kena bayar plastic cover, sekarang aku pula yang kena buat slide presentation? Otak mana wei? Manaaaaaaaaaaaaaa? Aku pon busy jugak! Ada commitment pada 3 kelab, tp takde la smpai abaikan study. Adoii. Sabar je la. Hanya mampu ber-huhuhu…
Course ketiga pula, dapat groupmate yang semua melayu. Groupmate yang ni, mereka semua satu geng, kawan. Malangnya, tak bergaul dengan saya pon. Saya pula yang terkejar-kejar dengan dorang. Sampaikan saya pula yg Whatsapp “Apa saya kena buat? Give me something to do. I also want to contribute something to the group”. Then kena reply “Nanti bincang”. Kerja siap ke atau tak, tau tak la nak. Presentation da nak dekat, tp satu habuk pon tara.
Ok. Up to that la confession saya pasal manusia-manusia yang suka menyusahkan groupmate mereka. Saya cuma terfikir lah “Bila lah boleh dapat groupmate yang have fun bila buat group assignment, enjoy bila buat video utk presentation, yang sangat bersungguh-sungguh dapatkan markah yang tinggi utk group assigment. Mereka ni lupa ke tujuan mereka pergi universiti untuk dapat ilmu, utk dapat ijazah?” Ibubapa di rumah tu menunggu korang balik dengan segulung Ijazah. Hari-hari cari duit utk korang study. Tak sayang mereka ke? Huhuhu
Oh, by the way, I’m a guy. Dulu masa diploma (IPTA lain) selalu buat group assignment dengan girls, and memang seronok. Sebab perempuan ni selalunya rajin and bersemangat (tak semua lah :P ). Well, kita kan dalam UIA. Typical grouping mesti sesama jantina je. Tunggu nah kau masuk alam pekerjaan, baru lah kau nak culture shock sbb lelaki perempuan kena bekerjasama. Baru lah kau tau bagaimana tingginya gunung Kinabalu dan dalamnya lautan pasifik.
Tujuan confession: Meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada sesiapa, dan, memberi kesedaran kepada semua pelajar “please la bagi kerjasama dalam buat group assignment, jangan menyusahkan orang lain!”.
– The Loner
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit