Harapan Untuk Berjodoh

Salam sejahtera buat pembaca. Saya perkenalkan diri sebagai Cik Brownies atau Cik B bakal berusia 29 tahun (2023), seorang gadis bujang, diploma holder yang berkerjaya.

Saya dalam dilema kerana masih single hingga sekarang. Yes! Agak cliche. Straight to the point, saya seorang sapiosexual dan suka membaca, mengkaji a.k.a stalker dan berlatarbelakangkan family ori B40.

Sejujurnya, saya rasa single tidak menyenangkan sebab saya tak dapat nak elak fitrah ingin berkeluarga dan pada masa yang sama saya triggered dengan kisah2 ombak badai rumahtangga yang dikongsi melalui IIUM Confession sendiri dan socmed macam tiktok (kahwin, curang, cerai).

Bila saya keluar seorang diri atau dengan kawan2 & nampak laki bini bershopping tolak stroller, makan2 suap anak terus terlintas sampai bila nak membujang.

Sehingga perlu berusaha menyingkirkan dengan banyak cara tak berfikir negatif & sentiasa bersangka baik apabila orang2 sekeliling bertanya sampai satu tahap rasa tak nak jumpa orang pun & tak nak orang tahu kewujudan saya yang single ni.

Kalau suruh pergi hiking, travel ke, bila berselisih dengan sweet couple & anak2, zass terus datang saya punya fikiran tak perlu tu. Dia macam 50-50 tau, fitrah nak berkahwin dan takut untuk kahwin.

Takkan la nak tangkap muat pilih calon, orang yang saya pilih tak nak saya pulak. Memangla saya sangat tak rela kahwin wargaemas macam viral tiktok, duda beranak ramai, poligami, wargasing ke apa.

Sampai saya fikir, seberapa ramai umat lelaki bujang (bukan spesies sajat, g*y, bis*ksual) yang dilahirkan di Malaysia ni takkan dah tak wujud.

Satu tahap saya berdoa supaya kalau ditakdirkan saya bujang, saya tak nak mati dalam keadaan saya sakit dan tiada orang nak jaga saya dan tiada orang nak berdoa selepas kematian saya. Sadis weh!

Saya amalkan doa nabi Zakaria untuk zuriat keturunan which is tu rahsia Allah bila nak kabulkan.

Sampai sekarang, tiada orang pon kata simpan perasaan untuk saya kecuali masa darjah 6 dan dia mati masa Form 3 (accident) dan kebetulan tahu dia mati masa saya Form 5 (2 tahun lepas tu).

Tu pon sebab masa 1st raya pergi kubur nenek dan tersepak batu nisan dia (dalam hati saya “sapa punya pulak ni” dan ofkos saya baca nama penuh dan verify dengan kawan sekolah rendah).

Tiada apa yang kebetulan di dunia ni melainkan tertulis di Luh Mahfudz. Takkan saya kena tunggu berjodoh dengan dia di syurga kelak (rasa sangat sendu).

Bukan saya tak berusaha. Tahun 2022 saya berkenalan dengan lelaki yang saya tak kenal pun melalui laman web cari jodoh islamik yang berbayar tu.

Selama 8 bulan tanpa lelah saya buka laman web hari-hari untuk baca chat dengan harapnya Allah nampak usaha saya.

Kadang saya ghosting jugak kalau rasa chat lelaki berunsur miang gatal. Berkobar-kobar dan bersemangat saya, bila berkenalan dengan ramai orang lelaki (ada yang bertukar FB, nombor telefon, jumpa face-to-face), diorang “ghosting” kan saya je dan ada reject secara baik.

Paling terkesima, saya kenal seorang lelaki muda 2 tahun, seminggu lebih chatting dan dia yang bersungguh, saya layankan je kesungguhan dia untuk capai meter taaruf.

Tu paling bersungguh, tiba2 haritu laman web berkenaan under maintenance dan saya terkesima sebab tak jumpa dah orang2 yang chat dengan saya. Saya bersangka baik yang Allah nak delete orang yang tak baik untuk saya walau saya rasa dia baik.

Pengalaman saya, orang pertama yang saya taaruf, saya siasat keluarga dia sehingga tahu rumah dia kat mana walau dia hanya mention nama (FB, Linkedin, Flickr, IG, blogspot adik beradik dia). Dengan nama penuh boleh siasat macam2 tapi dia reject saya.

Saya macam. Why?? First time kena reject kan, heartbroken lain macam, perit pedih, mengigau, turun kilogram. Saya drive sorang2 jauh2 amik cuti sebab dia.

Sampai sekarang saya tak boleh bau sabun yang bau sama dengan bauan baju dia (saya memang kuat ingatan sebab tu kot saya ni overthinking)

Tapi, niat saya out jugak nak berlakikan orang senegeri supaya dapat balik kerja negeri sendiri. Hahaaa. Satu lagi dia ni lelaki bijak pandai, kerja swasta (saya memang tak nak orang keje gomen walau saya keje gomen), background famili B40.

Next, taaruf ke-2, orang senegeri jugak. Saya drive lagi, segala zikir keluar masa drive supaya ada kejayaan. Syahdunya. Cara stalk sama, dia just bagi hint nama ringkas dan tempat kerja.

So, dapat full name. Dengan fullname, dapatla stalk serba sedikit. Bila jumpa, hati saya tak rasa bersungguh pun, sampai saya tanya dia satu soalan dan dia ghosting saya. Good.

Next, yang ni tak jumpa pun tapi memberi impak paling besar cuma dia ghosting saya dan sehingga kini sampai saya rasa macam saya dah kenal dia sangat lama dan sedaerah dengan saya.

Ibarat crush dalam diam tau dan selit doa supaya dia jumpa jodoh baik (walau kadang mengharapkan orang itu adalah saya).

Sebab ada ayat dia 3 bulan lepas, “kalau ada rezeki jumpa”. Tu la, mana boleh paksa orang. Dia degree holder, background family outstanding & family reti agama. Jenis pemalu kot. Saya kan stalker untuk tahu circle dia macamane..

Circle kawan2 dia jenis kerja gah dan isteri kawan2 dia pun kerja gah dan geng belajar oversea. Dahla family T20. Adik beradik dia pun kahwin dengan family T20.

Lainla dengan saya, parents tak sekolah walau saya tahu family dia reti agama tapi dia mestila nak cari isteri yang belajar dan kerja gah…

Actually ramai lagi, jenuh nak karang. Bila saya dah try dengan geng bijakpandai degree holder la, saya try dengan SPM holder plak.

Pun kena reject slow2 cakap saya ni kerja tetap, dia kerja usahakan kebun(ni betul) Saya tak kisah sebab parents saya besarkan kami adik beradik dengan jual sayur dan kerja kampung. Tu pon siblings saya degree holder jugak siap dapat biasiswa belajar, beli banglo..

Bila korang dah baca karangan saya, korang tahu kan circle parents saya bukan T20 dan networking tak luas.

So, bila saya kata ke mak saya, saya nak kahwin. Dia kata ada makcik ni anak dia kerja hardware kampung, makcik ni berkenan kat saya selepas tengok gambar saya dan tahu saya kerja apa.

Mak saya cerita anak dia tak jadi sambung diploma sebab cikgu tipu dan dia kat rumah jadi imam. Saya terkejut. What?? Cikgu tipu? Something fishy.. saya dah letak red flag. Saya anti kalau orang salahkan cikgu. Saya pulak reject dan jangan datang rumah.

So, sampai bila saya nak kahwin kalau dah macam bola kehidupan saya tak masuk goal. Segala zikir dan doa saya catch up untuk dijadikan amalan.

Saya follow Ustazah Asma Harun, Ustazah Asmak Husin, tiktok Cikgu M (Cikgu Jodoh), Ustaz Adi Hidayat, Ustaz Hannan Attaki), Afifah Alwi..

Sampai saya pasang ruqyah jodoh ke diri sendiri, cuba mandi limau purut. Sampai saya cuba belajar konsep tawakkal dan berserah sampai betul2 meresap dalam hati dan tidak berburuk sangka pada takdir Allah.

Saya berfikir macamane korang mudah je berjodoh sampai orang yang seusia saya dah ada anak 5. Rakan sekerja saya ramai lelaki tapi saya bukan penyondol. Sekian.

– Cik Brownies (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *