Saya Perlu Positif

Assalamualaikum semua. Saya Zai, umur 30an dan sudah pun berkahwin. Saya cuma nak berkongsi rasa yang terpendam sebab saya ni belum dikurniakan anak lagi.

Kebelakangan ni saya lagi senang terfikir dan terbayang apa agaknya rasa bila ada anak kan. Bertahun juga saya dan suami menunggu dan dah pun menjalani rawatan. Tapi masih belum rezeki kami.

Tempoh saya menunggu tu boleh kata pendek juga, nak dibanding dengan orang lain yang hampir 7 ke 10 tahun kan menunggu.

Perasaan tu mungkin tak sama, tapi saya betul-betul tak tahu nk berkongsi pada siapa. Suami saya baik, bukan lah tak mahu mendengar.

Cuma saya pun perlukan support dari orang lain tapi tak sesuai.

Kebelakangan ni lah saya rasa macam jiwa saya sensitif. Kalau nak diikutkan, emosi saya dah semakin baik berbanding dari awal perkhawinan dulu. Saya yang dulu selalu menangis, persoalkan kenapa nasib saya macam ni.

Alhamdulillah saya makin kuat, tapi ada masa saya masih boleh menangis cuma tak seteruk dulu. Saya manusia biasa kan, ada keinginan.

Fasa orang sekeliling saya sekarang adalah fasa menambah ahli keluarga. Usia saya ni belum lagi usia pasangan suami isteri dah tutup kilang.

Masing-masing baru nak membina keluarga dan ada anak yang semakin membesar. Saya tumpang gembira itu bahagian mereka. Saya juga ambil positif, jadikan itu sumber kekuatan saya untuk belajar dan redha dengan ketentuan ilahi.

Cuma ada ketika tu situasi orang sekeliling saya mula buat saya ni “berbeza” dari mereka. Awal-awal rawatan saya orang buka telinga untuk mendengar proses yang saya jalani.

Malah mereka bagi saya semangat, sebab waktu tu mereka pun dalam fasa pengantin baru. Tapi bila mereka dah mengandung, mereka tak nak berkongsi dengan saya. Mungkin juga nk menjaga hati, tapi saya terasa.

Hubungan yang sebelum ni boleh berkongsi cerita sakit pening tiba-tiba jadi sepi sebab saya tak mengalami pening mual orang mengandung.

Kenapa bila saya buat rawatan orang nak tahu, tapi bila mereka mengandung, mereka jauhkan diri dari saya? Tak apalah, mungkin jugak tu alahan kan. Tak boleh nak sembang lama jadi mual.

Ada keadaan pulak mereka berkongsi cerita perihal bayi sesama mereka. Saya hanya mendengar dari jauh, sebab no point kan mereka nak berkongsi dengan saya.

Jauh dalam sudut hati saya, “Ya Allah, bahagia sangat ke mereka? Teruja sangat ke menunggu saat kelahiran tu?”. Saya hanya mampu mendengar, saya tak dapat nk turut serta perbualan tu.

Sebetulnya susah untuk saya rasa normal bila berada dengan kawan-kawan yang ada anak ni. Saya kena kuatkan mental saya, emosi saya untuk saya rasa selesa.

Saya kena cuba suaikan topik, wujudkan rasa ingin tahu tentang kehamilan & penjagaan bayi walaupun sebenarnya dalam hati saya sedih. Sedih sebab saya masih tak tahu bila akn dapat merasa.

Tapi disebalik ujian, saya yakin ada hikmah. Saya perlu redha dengan takdir saya. Ini bahagian saya dan suami. Kami bahagia walaupun berdua.

Bertahun dah berdua, tapi tak pernah ada yang kurang. Serba serbi lengkap untuk saya, suami saya lah peneman setia saya.

Saya juga cuba positifkan diri, ingatkan diri saya bahawa tanggungjawab mendidik anak ni sangat besar. Bukan setakat suka dengar dia ketawa, suka main bersama tapi lebih dari tu.

Saya takut saya tak mampu mendidik anak saya untuk kenal Tuhan. Untuk sujud pada Allah 5 waktu sehari. Untuk beriman dengan segala perintah dan laranganNya.

Saya pun ada kekurangan dan kejahilan saya. Insyallah, saya akn sentiasa kuat. Saya perlu yakin akan tiba waktu yang tepat buat saya.

Sebagai penutup, saya mohon doa semua. Semoga rawatan IVF saya, mungkin tahun ini atau tahun depan dipermudahkan.

Saya juga mendoakan anda yang sama-sama menanti cahaya mata semoga diperkenankan. Insyaallah.

Mohon maaf jika penulisan saya ada menyentuh perasaan mana-mana individu. Sekian, wasalam.

– Zai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *