Hati Aku Kau Luka, Pedih!

Aku nak berkongsi perasaan terkilan. Sekarang ni sedih dah takde dalam kamus hidup aku sebab aku dah imune. Cuma aku terkilan pengorbanan aku si dia tak hargai.

Aku memang suka beli barang emas sejak bujang lagi. Dapat bonus jer aku beli emas. Dapat gaji aku pi kedai emas, dapat beli cincin sebentuk pun jadilah.

Barang emas ni aku zakatkan tau. Pendapatan asb, pendapatan aku pun aku pandai zakatkan. Takdelaa penuh badan aku pasangkan dengan barang emas. Aku besederhana jer. Tak suka tunjuk dekat orang pakai cincin sebentuk, gelang. Aku suka tukar-tukar. Yang tak pakai aku simpan.

Bila berkahwin, suami belikan rantai tangan, dan rantai leher untuk batal air sembahyang. Tak sampai sebulan barang emas dia hadiahkan aku, dah di gadainya ke ar rahnu.

Sebab aku beri dia minta kat aku elok-elok atas alasan nak pinjam, nak bagi mak duit. Nanti dia janji bayar. Ini adalah kebodohan aku yang pertama, aku akui. Niat di hati nak bantu suami, tapi akhirnya memakan diri.

Aku sedih bila dapat tahu suami gunakan duit gadai emas tu untuk percutian keluarga dia ke Langkawi. Tapi dalam hati aku yakin suami akan tebus kembali.

Next month aku tanya lagi suami, dah tebus ke barang aku kt ar rahnu? Dia reply belum ada duit lagi, nanti abang ada duit akan tebus semula. Sampailah bulan ke-6 dia dah tukar skrip, sayang meh sini duit nak bayar upah simpan ar rahnu.

Aku persoalkan, eh kenapa aku yang nak kena bayar upah simpan?? yang guna duit tu dia, bukan aku. Tu barang aku. Dia janji nak tebus, tapi kenapa jadi cerita lain?? Aku tak puas hati. Kami bertengkar buat kali pertama kali setelah sah menjadi suami isteri.

Rupanya suami aku ni ada tabiat suka berhutang, hutang pinjaman peribadi bank. Sampai gaji dia tinggal 40% jer. Aku jadi risau sebab dia kuat berahsia. Bila tak boleh buat pinjaman bank, dia buat pinjaman AIM (ni mak dia yang ajar)

Patutlah duit manjang tak cukup jer. Nafkah kepada isteri culas.

Hp pun dia buat loan dengan aeon credit, bila dia lambat bayar aku yang jadi mangsa debt collector kerja harass aku. Hobi dia memang suka bertukar-tukar telefon. Dia gunakan nama aku sebagai reference.

Pada aku nak berbudi kepada mak ayah dan keluarga kena berpada-pada, ikut kemampuan. Bukan ikut kehendak jer. Bukan aku larang dia nak berbakti kepada mak ayah. Buat renovation rumah keluarga walaupun takde duit, pinjam sana sini. Bercuti sana sini, pinjam tapi tak bayar.

Bila tak bagi, mak ayah buat muka kata anak derhaka. Berkira dengan mak ayah, tak bertegur sapa. Pada aku suami aku kene buat rejection secara berhemah dengan keluarga dia, berterus terang jer.

Sebab dalam keadaan ni aku yang jadi mangsa. Bila aku cakap, abang gadai barang emas aku sebab nak bawa keluarga bercuti mak mentua melenting. Dia kata ingat anak aku takde duit ke?

Aku rasa tak selesa tau dengan situasi ni. Ya, aku rasa dipergunakan. Contoh dia nak beli kereta, minta aku jadi penjamin.

Bila aku refuse kami bertengkar. Sebab aku tak nak, melihatkan sikap boros dia takde jaminan pun dia akan bertanggungjawab dengan liabiliti yang dia komit.

Aku teruk dikecam, berita ni sampai ke pengetahuan ahli keluarga. Suami pun satu semua benda dia cerita dengan mak. Bukan semua perkara kena kongsi, kalau mak tu okay takpe.

Ni suka salah faham dengan menantu. Pada aku kereta yang ada tu memadai, selagi tak meragam guna ajelah. Sebab barang emas aku kat ar rahnu tu pon dia tak mampu nak tebus. Setahun lepas tu aku guna duit dividen asb untuk tebus kembali barang emas tu.

Aku tak pernah declare harta benda aku dekat suami sebab masa awal perkahwinan dia dah buat perangai dan aku tak yakin dengan leadership dia sebagai suami. Aku sayang dia, tapi ntahlah…..

Sebabkan hutang dia sangat kritikal, aku bagi dia option untuk buat kerja part time untuk generate income tepi, macam-macam kerja boleh buat, grabcar, food delivery, asalkan rajin je inshaAllah ada jalan.

Then aku cadangkan dia surrender semua hutang ke AKPK. Dia tolak cadangan aku mentah-mentah. Sebab level teruk sangat dah, sampai nak renew insuran road tax kereta, tukar tayar kereta yang botak, tukar brake pad kereta, servis milage kereta dia, semua dah masuk buku 555.

Pinjam duit aku tapi tak berbayar. Sikit pun aku tak dapat. Nak hulur duit raya dan belanja raya kat mak dia pun pinjam duit aku. Apo?

Aku argue benda ni semua bukan tanggungjawab aku. Kami bergaduh, bermasam muka. Kelemahan aku, bila dia pujuk aku dan termakan dengan janji manis dia. Ya, ini memang kelemahan aku. Katalah aku bodoh. Sayang aku pada dia yang tak bertempat memakan diri aku.

Aku letak syarat, nak pinjam duit aku kena buat kerja part time dan sila ke AKPK. Dia terima offer untuk buat part time di restoren makan segera. AKPK dia tolak untuk buat.

Aku lega sikit, bila dia dah bekerja alhamdulillah merasalah duit gaji dia untuk bayar bil utiliti semua. Jadilah daripada takde.

Aku dah jarang jumpa suami aku sebab dia balik dah tengah malam, lepas waktu pejabat dia terus ke tempat kerja part time. Kami jumpa awal pagi nak ke ofis sahaja.

Aku dah mula ajar suami kawal belanja. Aku senaraikan perbelanjaan ikut bulan, senaraikan hutang-hutang dia. Kalau mak ayah minta RM500, jangan hampakan permintaan mak ayah, kira duit yang ada bagi ikut kemampuan.

Kalau mampu nagi RM50 bagi ajelaa banyak tu, anak mak bukan suami aku seorang aje. Mak dia ni pun satu, anak tu terselit pun paksa bagi duit, paksa anak tu main kutu sebulan RM300. Gaji besar takpe.

Ni makan sendiri pun tak lepas. Aku siap pesan kat suami, bagi adik yang masih belajar duit belanja dapat cover duit top up pun jadilah. Tanda ingatan.

Sebab suami sanggup tunjukkan effort dia aku pun dengan suci hati tanggung belanja dapur. Dan tiap-tiap bulan aku minta suami beri aku nafkah RM50. Duit tu aku asingkan dan simpan dalam tabung haji. Aku bahagia, tapi seketika sahaja.

Seperti yang aku jangkakan mak mentua bising, dia mengamuk tuduh aku macam-macam.

Bila suami sibuk dengan kerja part time kami dah jarang balik, sebulan sekali je kami balik jenguk mak dia di kampung sebelum ni sangat kerap. Duit pun suami hulur ikut kemampuan dia, sebulan RM100. Suami dah tak aktif mengutu. Mak mentua bising.

Aku buat semua ni sebab aku dah mengandung, bukan nak kongkong suami tapi nak ajar suami lebih bertanggungjawab. Itu aja niat aku.

Aku cakap dengan mentua patut mak bangga anak lelaki mak bertanggungjawab, usaha keras cari rezeki halal. Bukan nak renggangkan hubungan anak beranak pun. Mak mentua tak suka anak dia bekerja siang malam.

Dia bencikan aku. Dia kata sebab aku, anak dia hidup susah. Jarang balik kampung, jarang bagi duit. Takkan suami nak gunakan pendapatan aku untuk tanggung belanja keluarga dia. Tak masuk akal langsung!!!

Ya, awal perkahwinan agak perit bagi kami. Masalah kewangan suami. Makan pakai aku masa mengandung aku tanggung diri sendiri. Aku berjimat. Nak beli baju mengandung pon aku fikir banyak kali, sebab mahal. Kadang orang ofis tegur baju aku ketat.

Aku mampu senyum je, tapi menangis dalam hati. Korang, lain kali kalau ada kawan ofis yang mengandung pakai baju ketat, belikan sehelai untuk dia okay. Kita tak tahu apa masalah orang. Sedih tau orang asyik tegur banyak kali.

Barang baby pun tak beli satu apa lagi. Sebab belanja cukup-cukup makan aje.

Aku dah stop minta apa-apa kat suami sebab aku pun tahu dia struggle, nak handle karenah mak dia lagi.

Aku bersyukur dapat tiap-tiap bulan nafkah diri suami bagi kadang RM10 pun aku terima dengan gembira. Aku minta suami letak dalam sampul raya. Aku happy. Kami tak mewah tapi kami bahagia. Alhamdulillah.

Sejak kahwin aku takde dah beli barang emas. Aku jeda. Sebab aku fokuskan belanja keluarga.

Suami pujuk aku gadaikan barang emas, untuk dia beli motor second hand. Dia nak buat food delivery. Katanya pendapatan lebih lumayan.

Aku cakap mana cukup. Dia cakap sayangkan banyak barang emas? Aku cakap mana tau? Abang tau lah. Cepat-cepat aku cek barang aku.

Ada 3 bentuk cincin yang takde dan dia mengaku dia amek dan ke ar rahnu. Kami gaduh lagi. Aku sedih sangat masa ni sebab laki aku tak amanah.

Dia pujuk aku, dia janji dia buat food delivery dia akan bayar hutang dekat aku yang berbelas ribu tu sikit-sikit. Sebab aku catit semua hutang dia. Baru 2 tahun kahwin dia dah hutang aku rm12k. Berhari juga dia merayu-rayu.

Aku kalah, aku pertimbangkan sebab nampak effort dia berubah sanggup kerja siang malam dan mula dengar cakap aku sikit walaupun dia masih enggan ke AKPK sebab tak leh buat loan 10 tahun.

Demi keluarga kami, aku akur. Ke ar rahnu la gamaknya barang emas aku. Lillahitaala. Tu niat aku. Dari nak belikan motor second hand, aku belikan motor baru untuk suami sebagai tanda sokongan aku untuk dia berjuang demi keluarga kami.

Kalau dulu keje part time sebulan RM850 yang dia dapat. Lepas tu seminggu lebih kurang RM850-RM1200. Tengok trip jugak la. Tapi dia kerja takde cuti.

Abis kerja ofis terus kerja part time. Sabtu ahad lagi Kesian aku tengok. suami berhujan, berpanas. Aku menangis dalam hati. Sebab aku tak nak dia putus semangat. Aku pujuk hati dan doa yang baik-baik untuk dia. Bila hari hujan, malam aku susah hati.

Tapi aku berdoa padaNya jaga keselamatan suami aku. Gigihnya suami aku kerja. Dapat gaji mingguan suami bagi aku RM500. Tolak hutang katanya. Alhamdulillah, aku simpan duit tu untuk tebus barang di ar rahnu.

Alhamdulillah, usia anak kami 8 bulan suami berjaya langsaikan hutang dengan aku. Aku dapat tebus barang di ar rahnu. Kami bahagia.

Kalau dulu kami sempit, rezeki kami murah sekarang. Alhamdulillah.

Suami pun dah mula uruskan belanja dapur. Alhamdulillah, aku bangga dengan pencapaian suami sebagai ketua keluarga. Duit belanja aku pun dah naik dari RM50 ke RM150. Alhamdulillah syukur sangat.

Dia dah pandai bahagikan masa, kalau dulu kerja siang malam pagi petang. Dia dah ada masa untuk kami. Dia akan amek cuti 2 kali sebulan untuk habiskan masa dengan kami. Alhamdulillah.

Mak ayah dia pun kalau dulu hulur RM50-RM100 dan upgrade sebulan RM200. Mak mentua masih berdendam dengan aku. Aku abaikan aje asalkan suami masih disisi aku.

Rezeki anak aku dapat beli rumah subsales RM115k. Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan keluarga kami. Bila kita faham tanggungjawab, rumah tangga pun harmoni.

Ku sangka panas hingga ke petang, hujan pula di tengah hari. Suami terjebak dengan scandal. Sangkut dengan budak perempuan single yang bekerja di restaurant yang selalu suami aku pick up makanan. Kantoi bila aku ajak suami kami makan di kedai tom yam tu.

Budak tu bukan main mesra dengan suami. Dengan aku dingin layanan budak tu. Siap menjeling. Tergerak hati nak cek hp, maka terjawablah segala persoalan aku. Macam biasa suami menafikan perbuatan dia, dia kata biasalah dah selalu amek order. Bukan ada apa-apa.

Allah tu Maha Kaya. Jangan sesekali berbohong pada isteri yang tulus mencintaimu. Kau menduakan aku, sampai ke bilik hotel. Matlamat bekerja untuk keluarga lillahitaala tu dah terpesong.

Konon bekerja hingga larut malam. Tanggungjawab dah semakin kau lupa. Kau lalai semuanya. Aku tahu, tapi aku diamkan diri untuk lihat sejauh mana permainan kau. Pergi buat maksiat!!!!!

Isteri tahu bila layanan suami dah hambar. Isteri tahu bila pandangan dan sentuhan tu dah tak macam dulu. Aku tahu!!!! Bila aku terbaca bank statement ada swipe card di hotel sekian..sekian jantung aku berdegup laju.

Aku cari perempuan tadi tu, dia tunjukkan aku bukti gambar kau dengan perempuan tu tak berbaju. Aku terjelepuk ke lantai!!! Gelap dunia aku seketika. Berhari-hari aku menangis?!!! Aku jijik!!!!

Takpelah, setakat inilah jodoh kita. Aku memang tak dapat terima lagi kau walaupun kau mujuk rayu aku. Kali ni aku dah tak hingin nak perbodohkan diri aku dengan manusia yang tak hargai pengorbanan aku. Aku terkilan sangat!!!!

Pandai dah buat dosa, suruh kita fikirkan anak. Fikirkan anak!!! Masa kau curang, kau tak fikir anak kau!!!! Apa yang kurang layanan aku???

Aku jaga makan pakai kau!!! Aku layan kau. Ini balasan yang aku dapat. Kau baru senang sikit!!!!!

Aku nekad berpisah mak mentua aku bertepuk tangan!!! Terima kasih mak.

Aku buat tuntutan fasakh di mahkamah. Aku memang tak boleh dah nak duduk serumah dengan dia. Pergilah kau bersama wanita yang kau puja.

Aku bukan tak boleh move on, tapi hati aku terkilan. Insan yang aku puja lukakan hati aku. Sakit sangat!!!!

Dah 6 bulan aku sendiri. Dan aku memang takkan kembali kepada kau. Biarlah aku sendirian besarkan anak. Hubungan ayah anak takkan aku putuskan.

Aku dah ubah diri aku, sayangkan diri aku, Allah ada jaga aku.

Nak kecam, kecamlah sebab yang hadap aku, yang merasa pun aku. Serik rasanya. Tak kena batang hidung sendiri memang boleh laa cakap besar, dah kena dah hadap tau lah sakit hati tu macam mana.

– Mawar Tukar Warna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *