Assalamulaikum dan salam ramadhan kareem buat semua..
Disini, saya ingin menceritakan pengalaman saya semasa berada di Terminal One beberapa hari lepas supaya kaum wanita lebih berhati – hati semasa berada di sini. Pada malam tu, saya baru sahaja sampai dari JB dan ingin menaiki KTM menuju ke arah KL. Disebabkan universiti saya berada di antara seremban dan kl sentral, saya lebih prefer untuk naik KTM berbanding perlu ke KL. sesampainya saya ke ktm seremban pada pukul 10.40pm, last train sudah berlepas dan saya terpaksa ke terminal one balik untuk menaiki bas. kebiasaanya saya akan sampai ke terminal one dari JB sebelum malam. Tambahan pula, saya tidak tahu bahawa train last di seremban agak awal. silap saya kerana tidak melihat jadual KTM telebih dahulu.
Untuk pengetahuan, kawasan terminal One sangat sunyi dan gelap pada waktu malam. Dengan berlinangan air mata kerana takut berada disana, saya mencari tiket bas untuk ke KL tetapi ulat tiket menawarkan harga tiket melampau sehingga RM35 untuk ke KL. Pada waktu itu saya hanya ada rm10 sahaja untuk pulang.maklumlah, student mana ada bnyak duit sangat. saya cuba menghubungi kawan – kawan universiti untuk meminta pertolongan. Namun saya diuji lagi, semua kawan – kawan semua tidak dapat tolong sedangkan mereka tahu saya seorang perempuan sahaja yang tinggal. semua kawan- kawan saya permpuan kerana saya tidak pernah ada kawan lelaki untuk minta tolong. Okay la, saya faham kwan senang cari tapi kawan yg betul – betul tolong time kita susah mana ramai.
time awal2 saya duduk di kwasan yang ramai orang, tetapi smakin lama semakin sikit orang. dah mula risau. tetapi nampak la guard ulang alik sini. tiba- tiba datang budak lelaki tanya nak pergi mana. seriusly, saya bukan jenis layan lelaki cakap or apa. saya cakap buat apa nak tanya.. then dia cakap ye la nmpak sorang. boleh pula sibuk tanya nama, tinggal kat mana dan umur berapa… Budak tu umur 23 tahun dan dia cakap dia kerja part time kat situ jual tiket. so saya cakap tak payah tahu n still dia nak tanya nama.. saya cakap panggil kakak saja. sebab saya lg tua. lepas tu mula la dia nak susun ayat. he think , kita ni bodoh sangat kot. saya tak ckp bnyak sangat. sambil tu saya baca ayat kursi dan ayat2 pelindung diri. takut juga la apa2 jadi.
First2, dia ckp kat sini bahaya tau, pernah ada yang kena perempuan bakar kt situ. nak mula takutkan kita la tu. saya tanya bila tu. dia jawab 2 @ 3 tahun lepas. okay fine. dia tanya nanti takde orang, nak duduk kat mana.. saya jawab nanti pergi duduk kat kedai makan dan kat situ ada guard. Guard sini melayu dan memang ronda2 kat sini. lama juga senyap, at the same time saya ambil gambar budak tu hantar kt kawan kalau apa2 terjadi. tiba2 dia ckp boleh je nak hantr naik motor, kesian tinggal seorang. Dengan lajunya saya jawab tak nak. dalam hati, tak pernah seumur hidup naik motor and kereta berdua dengan lelaki bukan muhrim. memang tidak la. dia ingat kita ni tak ada akal. tidak tahu apa2 yang jadi masa skrg dan taktik -taktik. lama selepas tu, kononnya dah banyak ckp, boleh la tu nak percaya kan dia. sori la memang tak la. dia ajak pula pergi lepak kat dataran berhampiran terminal one. Dah la tempat gelap, duduk berdua pula tempat gelap. Memang saya jawab tidak la. lama juga senyap, tiba2 dia ajak gi minum. jawapan tetap tidak. kononnya saya dah ada air dan tak dahaga. dia ingat kita ni tak cerdik ke boleh main ajak2 pergi sana sini. saya cakap saya memang tak mudah percayakan orang. Lama kemudian, dia cakap nak pergi lepak kat dataran dan tanya nk ikut ke. still jawapan saya tak nak, tapi sebenarnya saya perasan dia tak pergi dataran pun tapi terus balik. Nampak tak bnyak budak ni nak tipu kita
Okay, lepas dia pergi. saya terus lari ke kedai makan dan tempat pak guard. kat kedai makan tu ada adik perempuan yang jaga. so tak ada la takut sangat. saya bagitau la apa yang terjadi kt mereka. rupanya mereka kenal budak lelaki itu, dan terkejut sebab mereka tidak pernah pula dengar tentang budak lelaki ajak pergi mana -mana. rupanya budak tu bukan kerja situ dan kisah permpuan kena bakar tu dah lama dalam tahun 1998 or 1999 . pak guard tu dah lama juga kerja situ. Alhmdulillah, saya bersyukur sangat kerana tak terpedaya dengan semua itu walaupun budak itu cuba takutkan dengan beritahu bahayanya kt sini. Dan budak itu reka cerita kononnya dia baik. Sampai sekarang rasa seram bila tahu cerita sebenar dari pak guard and for the first time terjadi pada diri sendiri
sangat terhutang budi dengan adik perempuan tu dan semua pak guard yang tolong. kawasan ni agak bahaya dengan samun. so jangan duduk seorang even lelaki pun kena samun. Buat kaum wanita, selalu berhati – hati walaupun di mana sahaja. Jangan mudah percayakan orang yang baru kita kenal lelaki atau perempuan.
Semoga ALLAH sentiasa pelihara kita semua dari segala perkara yang tidak baik. InsyaAllah
** Maaf untuk cara penulisan yang agak kelam kabut :)
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Alhamdulillah xde apa2, next time check jadual perjalanan, xpon bertolak awal sebab jalan jauh ni banyak kemungkinannya, klau jadi jugak mcm ni, trus ambil alternatif cri tempat yg cerah dan ramai org, cthnya mcm kedai makan tu kan.. :)
Tg malim pn bahaya ktm trun ja ktm mlm2 takot
Kalau aku dh xsedap hati….xpaham bahasa…aku jerkah halau je….
Saya baca ni berdebar2. Mcm saya yg kat tempat awak. Haha alhamdulillah awak selamat. Jaga diri selalu.
bagi aku sebaiknya diam je , tak payah balas satu perkataan pun , lagi kau balas lagi laa diaa suka ..
Selalu juga turun di terminal one seremban pukul 4 5 pagi. Bas ekspress dari utara. Alhamdulillah setakat ni tak pernah kena kacau.
Dayah Aidil Adzha
Scary pulak ?? nasib baik la kadang2 bas yg sy naik tu ramai jugak sekali. So sy duduk ja dekat kaunter yg penumpang satu destinasi. Gomawo amal. ?
Yah saya pun takut juga. Nasib baik ja ni tak pernah balik malam. Manatau tiba2 kena kah
Lepas ni kena elakkan la amal. Paling selamat duduk kat surau atas tu ja.
Apa cerita pasal budak lelaki tu?
Azam Sidek
Aini Ibrahim
Plan awal2 perjalanan…
Situ mang bahaya.. dahlah ramai foreigner.. siang hari pn mnakutkn,mlm xthulah nk ckp.. huhuhu..
Izni Azzizat Rosdi
Ukm ke uols? Hakak dulu..tak berani la hai nk budget2 kalau naik bas ptg. Msti trus naik kl. Plus klau nak jln dr stsn bas ke ktm tu pun bahaya oii.
Mmg bahaya terminal one ni..pernah jd camni gak dlu..jlm jem smpai sana mmg mlm..nsb baik ada kwn2 kelas sudi tlg ambik..alhamdulillah..
Fatimah Azzahra Shafie
Nabiel Zulkifly II terminal one
AnIshraf Adnan stalker ???
iium confession tu.. hahaha..
Daya Azman:beware
Ai Aisyah bintik baca ini!
Sudah aku bace. Nasib baik tak balik naik bus dah. Salu naik ktm je ???
Bawa la coek risau aku budak gendot tu!
Terminal 1 mmg bhye..bnyk warga asing..busuk kotor semua ada..scary
Iyaaa. Aku bawak budak tu.
Mbak ang penah pegi ke sana Shca Qyraa
Ya ampun 3 tahun ku di nilai mbak..mau naik bus pasti beli tiket disitu..
Pengalaman kok itu semua! Lepas tu dh tak merasa dh
Yela..lepas 3 thn xdek dh..mall nya berdekatan terminal 1..lagi hampeh ??..naik di terminal 2 lg bgus mbak
Amboii marahnya awak ni
Hikhik..sje je..tringt kisah silam ?
Nsuhada Sue Md Dom Unggu Nadeea Nurain Zaiha Nur Sabrina Suffiya