Hati Ini Hanya Rindu

Salam perkenalan. Nama aku Husna.

Ibu ayah aku bercerai ketika aku umur 5 tahun dan aku dibesarkan oleh ibu, aku ada abang dan adik perempuan.

Terpanggil aku untuk cerita kan kisah ini sebab aku rindu sangat dengan arwah ayah.

Setelah bercerai kami tidak pernah berjumpa ayah kerana ayah telah berkahwin lain, dengan perempuan indonesia. Ayah seperti bodoh dan tidak kenal kami.

Kami pernah berjumpa ayah semasa aku darjah 6 itu pon setelah kawan ayah bagitahu ayah tinggal dimana. By the way, ayah bagi nafkah.

Selepas berjumpa dengan ayah kami lost contact lagi. Tipu kalau aku tidak rindu ayah, ayah seorang yang sangat baik, lembut percakapan dan aku anak kesayangan ayah.

Bila ibu ayah bercerai aku sangat terasa walaupun aku kecil lagi masa itu. Aku belajar berdikari sendiri, sedih ketawa hanya aku yang tahu.

Aku juga sudah pandai iron baju sekolah sendiri sejak umur 7 tahun. Pandai- pandai hidup laa orang cakap.

Aku tidak mahu susahkan ibu. Ibu penat mencari rezeki untuk kami.

Macam mana ayah boleh kahwin lain? Ibu cakap jodoh tidak panjang.

Tapi sebenarnya ayah terkena guna-guna. Ibu dah habis ikhtiar dan ibu tidak sanggup kami tempias sekali.

Ohh yaa, ibu berkahwin baru dengan bujang terlajak masa aku berumur 8 tahun. Alhamdulillah ayah tiri aku seorang yang baik dan OCD haha.

Aku ada 2 adik beradik tiri. Alhamdulillah juga aku dapat belajar di SBP dan ke Universiti.

Asbab parent aku bercerai aku tidak pernah bercouple. Bila masuk Uni baru aku berkenalan dengan lelaki.

Aku kenal dengan suami pon hanya sebagai kawan then terus berkahwin. Aku jadi takut perkara itu terjadi dekat anak-anak aku (penceraian).

Tapi aku mendirikan rumah tangga juga dengan pilihan hati aku. Ketika ini laa sesi mendapatkan tandatangan wali untuk prosedur nikah aku.

Waktu ni aku sangat sedih sebab bila aku jumpa ayah. Ayah tidak mahu jadi wali aku.

Sebab mak tiri aku cakap tengoklah kalau tidak sibuk nanti ayah datang. Ayah macam menurut kata je apa perempuan tu cakap.

Sampai laa campur tangan ayah tiri aku menjemput untuk ayah hadir sebagai wali. Ayah datang bersama keluarga beliau.

Masa ni laa tiba-tiba aku benci ayah, padahal sebelum ni aku rindu nak jumpa dia.

Akhir tahun lepas tiba-tiba mak tiri aku telefon adik aku bagitahu ayah masuk hospital dah 1 minggu sebab kencing manis.

Waktu ni laa ayah baru teringatkan kami, ingatan ayah dah kembali teringatkan kami. Mungkin time ni aku rasa ayah tahu dia hendak pergi.

Yela orang tua-tua cakap bila kita dah nak meninggal ilmu hitam dah tak kebal.

Kami datang tengok ayah tapi keadaan ayah sangat sedih, tiada orang teman atau jaga dia.

Bila kami tanya dia macam segan nak bagitau. Mak tiri aku?

Tak tahu laa buat apa. Acah-acah busy.

Owhhh, ayah ada anak 4 orang dengan family baru. 2 orang bersekolah lagi. Yang lain dah besar.

Haaa lupa nak cakap, sebab ayah paksa dia call kita orang laa baru dia call ya sebab ayah nak sangat jumpa kita orang.

Kalau tidak ayah meninggal baru kita orang tahu agaknya.

Sebenarnya ayah cakap dah 2 minggu dekat hospital bukan 1 minggu, meluap-luap darah aku time tu dengan perempuan tu.

Aku bertanya khabar ayah, aku sempat luang kan masa 1 jam setengah dengan ayah. Ayah kelihatan sedih dan menitis air mata sewaktu aku pulang.

Aku kesal sangat time ni ayah nak peluk aku tapi aku tak nak.

Setelah 2 minggu aku dapat call ayah kena masuk icu, kuman dah merebak dekat paru-paru.

Ayah ditidurkan, 3 minggu ayah dekat icu, aku ulang alik selangor johor untuk tahu dan melawat keadaan ayah.

Waktu ni aku sangat sedih sebab ayah tiada orang jaga dari dia masuk hospital sampai la ke icu.

Dia buat sendiri semua dan mengharapkan belas ikhsan jururawat. Padahal time ni ayah tak larat nak bangun dari katil.

Mak tiri aku? Waktu arwah meninggal beriye cerita dia pergi hospital setiap hari berbuka minum air masak dan kurma je.

Tapi waktu aku pergi tak ada pon terserempak dengan dia. Ada sekali je terjumpa dia, tapi tu pun dia cakap slumber ayah aku sakit nak mati dah.

Nasib masa tu bulan Ramadhan aku kawal mulut nak maki. Dia pon asyik call aku adik beradik sebab nak sepakat berhentikan mesin pernafasan ayah.

Aku masuk berjumpa ayah di icu. Tiba-tiba mesin ayah berbunyi kuat.

Nurse suruh aku pegang tangan dan bercakap dengan ayah. Ayah menunjukkan respon positive.

Aku rasa ayah tahu aku datang dan ayah memang menunggu kami semua datang. Aku bacakan yasin di sisi ayah dengan air mata berlinangan.

Tetapi doktor cakap ayah memang tiada harapan untuk hidup. Aku sentiasa doakan ada keajabaian berlaku dekat ayah.

Tetapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Pada bulan Ramadhan hari jumaat dan 10 malam terakhir ayah meninggalkan kami semua.

Aku tidak sempat berjumpa dengan ayah buat kali terakhir kerana jalan jem sepanjang selangor ke johor.

Aku juga tidak ralat sebab aku selalu ulang alik untuk berjumpa ayah sepanjang dia di icu.

Adik mandikan ayah, dia cakap muka ayah bersih dan tersenyum. Mayat ayah ringan padahal ayah seorang yang sasa. Tetapi dengan kudrat 3 orang boleh angkat ayah.

Adik dan anak tiri ayah yang first mandikan ayah beserta petugas hospital.

Mak tiri aku? Dia tak nak mandikan.

Dia cakap dia takut, tapi adik aku marah suruh dia masuk mandikan. Dia masuk dalam bilik mandi jenazah dia boleh duduk tepi tengok je.

Aku pun pelik ada juga isteri macam ni ek. Suami meninggal tak nak mandikan suami buat kali terakhir.

Setelah ayah meninggal satu malam tu aku dapat rasa ayah datang, tiba-tiba aku bau wangi air mawar.

Alhamdulillah aku mimpi dapat berjumpa dengan ayah tapi waktu tu wajah ayah sedih sangat.

Dia tidak bercakap dengan aku. Dia berwajah sunggul dan hanya memandang muka aku.

Aku tak tahu nak gembira atau sedih. Tapi air muka ayah tu buat aku sedih sampai sekarang.

Aku selalu terfikir kenapa dan boleh dikatakan setiap hari aku selalu menangis sebab rindukan ayah. Aku selalu berdoa ayah muncul dalam mimpi aku dan bercakap dengan aku.

Aku pujuk hati kalau sedih sedekah kan segala amalan untuk ayah. Sehingga hari ini aku terlalu rindukan ayah.

Rindu yang sentiasa dinantikan dari kecil tetapi tidak pernah hadir dan tidak dapat dirasai.

Mana tahu salah satu doa korang ni diangkat oleh Allah, aku nak mintak jasa baik korang tolong doakan aku dapat mimpi bertemu dengan arwah ayah boleh.

Aku rindu nak tengok muka ayah tersenyum. Baru laa hati aku lega.

#Harapan seorang anak yang rindu dan dahagakan kasih sayang seorang ayah yang sudah tiada. InsyaAllah kita akan bertemu di syurga Firdaus ya ayah.

Ayah berehat ya, tiada lagi kesakitan yang ayah perlu tanggung. Tunggu kami.

Sekian salam kata,

– Anak Ayah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *