Hati Per3mpuan Yang Dirosakkan

Assalamualaikum semua, hai. Saya nak cerita sikit tentang apa yang saya lalui sepanjang umur saya 22-24 tahun sekarang dalam soal relationship.

Before saya cerita dari A sampai Z, saya nak bagitahu main point cerita saya adalah saya dah dirosakkan oleh seorang lelaki yang saya kenal dari universiti.

Actually kan, saya kenal dengan someone ni dari sem 1 saya kat universiti. Mula2 saya saja2 cakap kat kawan2 saya, saya suka laki tu. Tapi, lama2 kami kenal satu sama lain sebab sama group assignment.

Saya tak sangka, kami berkawan sampailah habis belajar which 4 years in university.

Tapi kan, dalam 4 tahun tu, tahun terakhir, kami lost contact. Sebab dia ada dua orang perempuan which is saya and lagi sorang perempuan.

Saya tertekan disebabkan dia, korang nak tau tak, sebenarnya, walaupun kitorang kawan rapat 4 tahun, kitorang banyak gaduh, sebab saya ada simpan perasaan kat dia, tapi dia ada perasaan and main cinta dengan perempuan lagi sorang tu.

Saya tak kisah dia nak suka orang lain, tapi saya terkilan dengan dia sebab dia taknak lepaskan saya, macam orang kata, dia simpan dua orang perempuan dalam hidup dia, and akhirnya dia akan pilih perempuan tu jugak. Haha gituw.

Cara dia layan saya, macam saya lah orang yang paling special dalam hidup dia. Rupa-rupanya, saya bertepuk sebelah tangan. Masa kat uni dulu, saya desperate sangat nak perhatian dia. Saya cemburu tengok dia dengan orang lain.

Saya sakit, saya banyak terasa dengan dia, sebab dia banyak berjanji dengan saya. Dia janji takkan cari orang lain, dia kata dia ada dengan saya, dia kata jugak, kalau dia berat sebelah antara saya dengan perempuan tu, bagitahu dia.

Tapi semua tu tipu. Tipu yang menyebabkan saya kena rawat diri saya sorang2, dekat klinik Psikiatri. Tahun terakhir kami lost contact tu, saya yang mulakan dulu sebab doktor saya yang suruh, yang bukak otak saya supaya fikir saya tak patut ada dengan orang yang macam tu.

Saya patut healing diri saya, and move on. Dari situlah, saya amik langkah untuk block dia, buang dia jauh2 dari hidup saya. Sakit korang, memang sakit.

Mula2, memang sakit sangat sebab kita jauhkan diri dari orang yang kita sayang. Tapi tulah caranya untuk kita bangun dan sedar yang tak semua benda yang kita sayang, akan sayang kita jugak. Tak semua benda yang kita hargai, akan hargai kita jugak : )

Ok, dalam masa tahun terakhir tu, saya busy kan diri saya dengan buat part time dekat uni, tiap petang saya jogging, malam2 saya keluar jalan2 kat bandar sorang2. Best! Masa tu saya rasa hilang semua beban. Hilang pasal ‘dia’.

Tapi malangnya akan ada hari dan waktu, perasaan kosong tu datang, perasaan rindu datang, perasaan marah datang, and at the end, saya tersungkur sorang2 dalam bilik, meraung, baling semua benda, menjerit, menangis sampai takde suara.

Masa tu, sakit tu datang balik. Takde siapa yang faham, saya tak sedar yang saya block semua orang time tu. Saya rasa takde orang sayang saya even family saya. Sakit sangat. Sakit dalam kepala, sakit dalam hati.

Tapi time tu saya terdetik untuk dekatkan diri dengan Allah. Sebab memang masa tu saya rasa saya takde siapa2, saya takde tempat bergantung. Start dari hari tu, saya buat tahajud, saya meraung dengan Allah. Saya luah semua benda dekat Allah.

Saya mengaji, saya cuba hafal quran. Alhamdulillah, masa tu hati saya tenang, and makin lama, saya dapat terima semua benda dengan tenang.

Sampailahhh saya intern. Masa intern, saya macam tergerak hati sangat2 nak unblock laki tu. And masa tu jugak, saya diberi ujian, ibu saya sakit masuk hospital. Time tu, saya dah unblock laki tu, and saya ingat saya buat status pasal ibu saya sakit.

And korang tau tak, laki tu reply status saya doakan ibu saya sembuh. Funny right? Lepas lama dia buang saya, buat tak tahu dengan saya, tak cari saya pon masa saya hilang setahun tu tiba2 dia datang balik, reply status macam takde ape.

Time tu saya biar je chat dia. Saya tak reply. Sampailah hari raya. Dia whatsapp saya satu perenggan. Dia mintak maaf dengan apa yang dia dah buat, dia hurai panjang. Tapi saya masih lagi buat tak tahu dengan chat dia.

Sampailah satu hari tu, saya terdetik nak bukak profile Whatsapp dia, dia tukar nombor. Masa tu, saya rasa macam kenapa dia tukar nombor? Kenapa dia? Soalan tu bermain kat fikiran saya sampai saya menggigil.

And saya tanpa fikir panjang, saya Whatsapp nombor baru dia. Saya tanya kenapa dia tukar nombor. Dari situlah kami berbaik balik, dan saya maafkan dia.

Betullah orang kata, perempuan kalau dah sayang, dia sayang sepenuh hati and susah nak move on sepenuhnya, haha.

Start daripada tu, kami chat tiap hari, saya masih trauma dan berhati2. Saya biar dia yang mulakan chat, kalau dia nak.

And yeah, dia mulakan chat, dia yang nampak beriya. Dan dia ajak saya keluar. Kami pon keluar sama2 untuk kali pertama lepas setahun lost contact.

Silap saya, saya tak luah apa saya pendam selamat ni masa kami jumpa tu. Masa jumpa dia tu, macam takde apa yang jadi, macam tak pernah gaduh, tak pernah lost contact.

Haha, silap. And lepas beberapa hari lepas tu, saya tanya dia kat whatsapp, kenapa dia jauhkan diri dari saya dulu masa dekat uni, tahun terakhir tu, kenapa dia sakitkan hati saya selalu, kenapa dia selalu abaikan saya.

And dia jawab, dia rasa saya suka dia. Sebab tu dia jauhkan diri dari saya. And saya pon explain semuanya dekat dia. Time tu, kami deep talk sama2. And masa tu, kami dah jelas hubungan kami hanya berkawan.

Cerita tak habis situ je. Sambungan nya masuk dengan main point saya yang saya bagitahu diawal2 intro. Kami pon jumpa lagi untuk Kali kedua. Pergi tengok wayang, pergi bukit.

And masa tu lah, laki tu mula pegang saya, sentuh saya. Ya, saya bodoh masa tu. Saya tak fikir, saya lupa apa yang dia pernah buat dekat saya.

Sebabkan saya sebenarnya masih sayang dia, saya biarkan je dia sentuh saya. Nope, jumpa kali kedua dan benda ni terjadi bukanlah kali terakhir. Kami keep jumpa sebulan sekali, and tiap kali jumpa, saya relakan diri untuk dia rosakkan.

Semua sebab perasaan sayang. Saya lupa dia dah declare hubungan kami hanya kawan. Saya lupa semua benda, saya relakan diri saya dipegang dia, sebab saya masih sayang dia.

And tiap kali lepas jumpa, saya makin clingy dengan dia, saya nak perhatian dia hari2. And korang tau tak, at last, ye, dia tak layan saya, perangai dia sama macam dekat uni dulu, abaikan saya.

Masa tu, saya fikir, dia jumpa saya sebulan sekali semata2 nak puaskan nafsu dia. Dia tahu saya sayang dia, and dia guna perasaan saya untuk dia lepaskan nafsu. Jahat kan? Dan saya bodoh..

Bila saya sedar, saya cakap kat dia elok2, supaya dia tak buat lagi bila jumpa lagi nanti. And dia cakap okay, dia takkan buat dah. But korang nak tau tak, after saya cakap macam tu, beberapa minggu lepas tu saya ajak dia keluar, dia tak nak dah.

Dia tak nak dah keluar dengan saya and dia abaikan saya dekat Whatsapp. Masa tu saya nampak yang dia cuma jumpa saya, chat saya, sebab dia nak puaskan nafsu lelaki dia.

Sakit and saya amik keputusan lagi sekali untuk buang dia. Sekali lagi. Sebab peluang saya beri pada orang yang salah..

Dan sekarang, saya kembali healing, saya dah block dia dan saya berdoa diberi kekuatan untuk lupakan dan takkan pernah terdetik untuk terima dia sekali lagi.

Jadi, pada semua diluar sana, hati2 dalam mengenali. Walaupun dah lama kenal, pastikan tak tertipu sampai dirosakkan.. Moga ada iktibar boleh diambil :)

Assalamualaikum.. dari saya sang pendosa.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *