Assalammualaikum W.B.T, Selamat Malam semua..
Aku ada benda nak habaq kat hangpa semua(aku bukan org kedah atau pineng saja je guna ayat tu) harap korang semua dapat beri pendapat, cacian , makian, dan no.telephone(Perempuan shj yg lelaki pegi tulis kat tandas awam).
Kisahnya begini…
Aku mempunyai seorang sahabat, nama beliau PABLO(bukan nama sebenar). PABLO merupakan rakan sekelas aku dan kami tinggal di sebuah rumah sewa bersama(bukan berdua ada penghuni lain juga). Dulu aku dan PABLO ini sangat akrab sangat rapat seperti blood-brother.
Tapi sejak beberapa menjak ini, aku mula menjauhkan diri dari PABLO. Bukan sebab dia gay atau mak dia hijau.
Aku mula menjauhkan diri dari PABLO kerana sikapnya sudah tidak seperti dahulu lagi dan sangat sangat sangat tidak menyenangkan .Antara sikap atau perangai yg buat aku menjauhkan diri:-
1.Kuat memaki hamun(termasuk menggunakan isyarat lucah)
2.Meniru tidak kira quiz,test dan final
3.Sleeping Partner
4.Semua nak ikut turut atau kehendak dia
5.Kuat copy paste kerja atau assignment
Semua perangai si PABLO ni dapat aku tahan,pendam dan hadam kecuali yg nombor 2 tu. ARGHHHH MAK KAU HIJAU!
teriak di dalam hati kecil ku ini tiap kali dia mintak jawapan kat aku tak kira waktu quiz,exam atau final!
Tak cukup dengan itu si PABLO kadangkala bangga bila dia berjaya meniru menggunakan bantuan telefon pintarnya…
Maka, benarlah apa yg aku pernah dengar orang2 tua berkata yg berbunyi begini "Ada orang tak boleh terima dapat 0 dalam exam.
Tapi, Ada orang sanggup 0 untuk akhirat". Aku bukan nak cakap yg aku ni baik dan alim sangat tapi bab2 meniru2 ni cukup melukakan hatiku apatah lg diminta untuk ditiru. Disebabkan si PABLO ni pernah menolong aku so aku bagilah dia tiru..kerna terpaksa ku relakan dah terhutang budi nak buat camna nnti bermusuh pulak huhu..
Same goes to bila sampai bab assignment..nak dijadikan cerita aku memang seorang yg tak pandai nak menipu huhu so bila si PABLO tanya aku dah siap assignment ke belum maka aku akan jawab dgn jujur..dan bila dia mintak nak jadikan 'rujukan' takkan aku tak bagikan?nnti berkecil hati pula hmm
Sebenarnya banyak lagi nak diceritakan aku ulang sekali lg BANYAK YG NAK DICERITAKAN…kalau ada masa dan nafas dan quota internet aku sambung cerita lagi. So, apa yg aku nak tanya hati siapa yg harus aku jaga hati sendiri atau hati orang? Betulke cara aku jauhkan diri dari si PABLO?
Aku bercerita bukan nak mengaibkan si PABLO kalau aku nak mengaibkan dia aku dah letak nama sebenar dia beserta ic(aku rapat dgn dia ic bapak dia pon aku tau huhu).
p/s: aku tak guna bahasa 'saya awak i u' aku guna bahasa 'aku kau' je sebab lg bagus eleh engkau orang berdoa pon pakai 'aku kau' jarang aku dgar orang berdoa 'saya awak'.kbai.Assalammualaikum
To be continued…
– PelajarLelakiUniversiti