Hati Tisu Seorang Ibu Baru

Saya Falisha (bukan nama sebenar). Saya baru melahirkan anak pertama baru baru ini dan sekarang masih berpantang.

Alhamdulillah saya pantang di rumah ibu saya dan dijaga baik oleh ibu saya. Ibu memang tak bagi saya jalan banyak dan suruh saya berehat banyak supaya cepat sihat.

Hari ini saya nak cerita mengenai keluarga mertua saya. Saya selama ni takde rasa berkecil hati ke apa dengan keluarga mertua.

Saya dan suami pun selalu balik ke rumah mertua dan rumah ibu saya bergilir gilir sebab jarak rumah kami tak jauh, sama negeri ambil masa dalam 30-40 mins perjalanan.

Cuma mertua punya family jenis suka buat makan makan atau pun gathering, jadi kadang-kadang selalu lagi balik ke rumah mertua. Mertua duduk dengan kakak ipar saya.

Jadi kami banyak pergi ke rumah kakak ipar saya even kadang kadang hari bekerja pun kami datang walaupun penat balik kerja, demi nak jaga hati keluarga sana saya turutkan saja selama ni.

Tapi selama ni saya diam je dengan suami walaupun kadang kadang terasa. Sebab ibu saya tahu saya banyak balik sana. Saya takut juga ibu dengan ayah saya terasa hati dengan saya. Saya ni anak bongsu.

Selepas saya bersalin, saya memang dah cakap dengan suami nak berpantang di rumah ibu saya. Suami setuju sebab ibu saya memang jaga cucu selama ni dan dia mahir kendalikan baby dan jaga kakak kakak saya pantang selama ni.

Saya ada juga ambil confinement lady untuk seminggu pertama sebab tak nak ibu saya overwork. Nak dijadikan cerita, semasa saya pantang, ada juga mak bapak mertua saya melawat. Tapi biasalah melawat di rumah orang takde lah nak duduk lama.

Tak lama lepastu mereka asyik mesej suami tanya bila nak mari ke rumah kakak ipar bermalam di sana walhal mereka tahu saya tengah berpantang.

Bukan tak nak pergi, tapi jujur sebab saya tahu memang mertua saya tak reti jaga orang dalam pantang dan tak reti jaga baby.

Jadi saya nyatakan yang kami akan datang lepas berpantang. Mak mertua juga ada mengajak kami datang celebrate birthday anak buah dan ketika itu saya 2 minggu berpantang. Saya masatu anggap mereka cuma rindukan cucu.

Kemudian, di akhir pantang, kawan saya ada buat kenduri kahwin, saya dah nyatakan niat saya untuk pergi kepada ibu saya, mestilah ibu saya tak setuju kerana belum habis lagi pantang, tapi saya pujuk juga ibu saya kata nak jumpa kawan kawan sejak pkp dah lama tak jumpa.

Ibu saya mestilah faham anak dia, dia benarkan saya pergi tapi saya tak boleh bawa baby.

Jadi saya dengan suami saja pergi. Petang yang sama, kakak ipar saya mesej suami saya tanya saya dah habis berpantang ke sebab dia tahu saya pergi ke kenduri kawan.

Kemudian dia tegur kami sebab ibu dengan bapa mertua saya nanti terasa sebab kami tak lawat mereka terlebih dahulu.

Saya terdiam, saya sepanjang berpantang banyak sakit, luka lambat sembuh dan sebagainya. Ulang alik klinik dan hospital. Jadi emosj saya sepanjang berpantang tak stabil. Banyak stress. Suami memang sangat membantu.

Dan pada masa sama saya harap mertua faham. Lagipun saya tak selesa nak bermalam dengan family mertua sebab mereka duduk di rumah kakak ipar saya.

Ada suami dia, pergerakan saya pun terbatas (kena menjaga aurat di dalam rumah) dan saya tahu kalau ke belah sana mesti saya tak boleh duduk berehat seperti di rumah ibu saya.

Saya cuma harapkan family mertua faham keadaan. memang kami plan nak datang, cuma nak habiskan pantang.

Lagipun anak anak buah kakak ipar semua tak sihat, selalu selesema dan batuk. Jadi saya risau nak bawa baby sebab masih kecil lagi dan anak buah sana mereka suka terjah baby dan cium.

Saya sekarang, dilemma dan terasa hati dengan family mertua. Saya cuma pergi kenduri selepas sekian lama berpantang di rumah dan itulah yang saya rasa happy dan tenang.

Saya cuma nak luahkan, suami kata janganlah ambil hati. Tapi hati mana tak terasa bila mertua tegur sebab saya dibesarkan dalam environment yang berbeza. Abg dan kakak jenis yang tahu saya dah besar dan boleh berfikir. Ibu ayah saya pun jenis sama.

Saya cuma nak luahkan, nak luahkan kat suami nanti takut dia terasa hati saya cerita mengenai family dia. Doakan saya cepat sembuh dan baby saya membesar dengan sihat.

Dan kepada new mommies, semoga sentiasa kuat. Dan kepada yang ada ahli keluarga yang berpantang, berpada padalah tegur.

Mungkin nampak kecil teguran, tapi bagi mereka amatlah berat. Dengan kepenatan menjaga baby baru lahir lagi, jadi emosi mereka memang tak stabil.

Berilah kekuatan dan dorongan. Janganlah nampak apa yang salah saja, mereka pun baru belajar :)

– Falisha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *