Stress Seorang Isteri

Hai. Nama samaran aku Joyah stress. Sejak berkahwin aku tinggal dengan keluarga mertua.

Yang belum berkahwin ada lagi 2 orang lelaki. Yang ipar-ipar aku dah kahwin tinggal berdekatan dengan rumah mertua. Sampai aku stress dengan kerenah keluarga suami.

Sejak awal perkahwinan, mertua dan adik ipar perempuan asyik nak mengekor je bila suami dan aku nak keluar. Mak mertua aku tu aku boleh lagi la nak toleransi sebab tu mak suami aku. Tapi yang adik ipar aku tu.

Aku dan suami nak keluar beli barang rumah kat pekan pun, si adik ipar ni nak ikut. Pergi makan kat kedai pun dia nak ikut, pergi supermarket nak ikut, kalau pergi jalan2 lagi lah nak ikut.

Dia dah berkahwin ada 3 anak tapi macam takde suami. Nak ke mana asyik harapkan suami aku

Dah la anak2 dia buas2 belaka. Hujung minggu je dia hantar anak2 dia datang rumah mertua aku. Last2 aku lah yang jadi bibik anak2 dia. Basuh baju diorang, basuh pinggan diorang, kutip sampah2 diorang, kemas barang2 diorang sepahkan.

Paling aku tak suka perangai anak2 adik ipar aku ni, diorang jenis terlajak manja. Sampai nak makan minum aku atau mertua aku yang kena ambilkan sampai letak depan mulut diorang. Dah bagi jajan, plastik2 keropok, coklat semua buang merata, aku lah kena sapu.

Sampai aku sakit hati sebab adik ipar aku tu macam takde langsung rasa tanggungjawab.

Kalau dia di rumah mertua aku, perangai sama naik dengan anak2. Makan tumpah pun tak boleh nak sapu. Pinggan anak2 dia makan pun tinggal je kat tempat makan. Lepas buat sepah, dah kenyang balik rumah dia

Dan aku tak boleh terima perangai anak2 adik ipar aku tu bila bercakap. Pernah diorang cakap “nenek kenapa malas sangat nak ambilkan adam air? Adam nak minum. Cepat ambil” “ibu, ibu balik rumah sekarang juga ambilkan baju farah, farah nak sekarang juga!”

Bukan nada minta tolong ye, nada mengarah. Baru 6 dan 7 tahun tapi cakap mmg sangat kurangajar. Nenek terlalu manjakan cucu2. Ibu diorang pulak biar je anak2 jadi kurang ajar cakap sesuka hati. Babi lah keluar dari mulut, mengata orang tua2 depan2.

Bila kenduri je kat rumah mertua, aku lah yang teruk. Sbb aku sorang je menantu tinggal dengan mertua. (mertua aku dah la suka buat makan ramai2 sanak saudara keluarga dia) adik ipar aku punya perangai, datang makan kenduri je.

Masak pun taknak tolong. Apa pun taknak tolong walaupun rumah dekat2. Biras aku pun taknak datang menolong sebab tak sukakan mertua aku.

Entah la. Kadang2 sampai menangis sbb terlalu penat sangat buat kerja rumah yang tak pernah habis. Baru kemas tak sampai 5 minit keluarga mertua dah sepahkan balik.

Baju keluarga mertua aku semua aku yang kena basuhkan, sidaikan, lipatkan. Pinggan mangkuk diorang makan pun taknak basuh sendiri. Semuanya nak jadi raja dlm rumah mertua ni.

Bila buat kerja sorang tak nak tolong. Tapi nak bercuti, jalan2 semua sentiasa free. Semua nak ikut.

Entah la. Aku stress sangat2 dengan perangai keluarga suami aku. Dah penat buat kerja aku nak release stress me time dengan suami pun tak boleh. Nak mengikut je.

Sampai aku rasa aku dah jadi bibik kat rumah ni. Dengan selekehnya sebab comot dok buat kerja2 rumah. Rasa macam useless nya hidup aku lepas kawin.

Sekarang ni aku dalam fasa down sangat. Mungkin orang nampak remeh je, tapi aku rasa terkongkong sangat dan sakit hati tahan perangai keluarga mertua. Banyak sangat nak cerita perangai tak semengah diorang, tapi terlalu panjang.

Nak melawan nanti takut suami terlibat sama. Jadi aku turut je semua kata2 keluarga mertua aku. Dan jadilah aku bibik mereka sekeluarga.

Mak mertua aku tu baik. Dia banyak nak jaga hati anak2 dia, menantu2 dia, cucu2 dia sampai dia buat aku jadi lilin yang bakar diri. Aku kena kongsi suami aku untuk anak menantu cucu dia. Dan aku kena korbankan masa dan tenaga aku demi kemalasan keluarga mereka.

Aku isteri suami aku, mana hak masa aku bersama suami? Mana hak aku sebagai manusia biasa untuk buat benda yang aku suka? Mana tanggungjawab anak2 dan menantu2 yang lain?

Please bagi kata semangat untuk aku. Aku down sangat2 dengan kehidupan alam perkahwinan. Aku ingat lepas kawin boleh bahagia, tapi…….

– Joyah Stress (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit