Have faith on Allah

Episod Dua

Assalamualaikum,,,

Okay,,,ni sambungan kisah aku…tapi sebelum tu…untuk pengetahuan korang aku dah buat perenggan dah..tapi aku tak tahu bila post je semua hilang perenggan…hahahaha…aku tak reti sangat bab IT ni…Mungkin korang tak tahu sebab apa aku confesskan??? Tu yang komen macam membosankan je…mungkin kisah aku tak menarik perhatian…tapi aku nak confess bukan nak tarik perhatian tapi nak bawa korang cari makna dalam kehidupan.Ya, kehidupan,so disebabkan ada orang komen aku macam tak reti tulis karangan,,,hehehehehe..aku dari sekolah memang tak reti tulis karangan.Sebab tu aku tak nak jadi cikgu bahasa…aku bakal cikgu matematik.
InsyaAllah. Memetik kata-kata dari seseorang
"Gagal dalam bahasa perkara biasa bagi student science tapi jangan hilang budi bahasa" sentap??? Jadinya tajuk aku seorang cikgu itu aku tukar ke tajuk baru "HAVE FAITH ON ALLAH",iaitu tujuan aku cerita kisah hidup aku ni.

Baiklah,macam yang diteka memang ada sambungan pun,kahkahakah…okay,bila aku masuk form one aku dimasukkan ke sekolah agama,masa ni dekat Pahang lagi. Dekat sekolah ni aku belajar sesuatu. Allah.Kepercayaan pada Allah.Pergantungan dengan Allah.Dalam banyak-banyak ujian,inilah antara ujian yang berat dalam hidup aku,mak dan family aku, of course. Waktu tu ada beberapa orang lelaki sado datang rumah nak jumpa ayah.Dia tanya,"ayah ada dik?" (lebih kurang).Dah tentulah aku jawab ada,huhuhu..mereka kata nak jumpa ayah.Aku pun masuk bilik cakap "ayah ada orang nak jumpa",ayah aku kata "cakap ayah takde".Aku peliklah sikit sebenarnya sementara tu pulak mak aku dah dekat hadapan bercakap dengan abang-abang sado tu…hehehehehe…mak aku cuba cover ayah tapi takdapat…mereka arahkan ayah aku keluar,ayah aku keluar dan saat tu aku tergamam.Ayah ditangkap.Ya, ditangkap.Diberkas oleh polis.Aku terkejut.Semua berlaku sepantas kilat. Kalau nak tahu, ayah aku baru balik haritu…ayah dah lama tak balik…kami adik berdik rindukan ayah tapi bila ayah balik.Ayah pergi.Pergi bukan dengan kerelaan ayah seperti selalu bukan dengan keizinan kami seperti setiap pagi.Tak sempat aku salam ayah seperti selalu ayah keluar rumah.Tak sempat.

Adik-adik aku semua berlari belakang koridor rumah.
Tengok ayah.Aku?Aku masih dekat ruang tamu.Aku rasa sebab aku ayah kena tangkap.Aku tak menipu untuk ayah.Mak?Mak menangis.Mak buat kuih untuk ayah masatu,,,sebab ayah nak makan tapi ayah tak sempat jamah sedikit pun.Adik-adik aku waktu tu macam faham sesuatu tapi aku tahu mereka tertanya-tanya kenapa benda ni berlaku?Sebab ayah kena tangkap? Aku??? Aku tahu.Hukum dunia ketiga aku belajar "Kawan bukan diri kau untuk kau percaya,sedangkan kau juga pernah menipu diri sendiri".

Masa berlalu, ayah turun naik mahkamah,mak pun sama…mak pergi penjara setiap hari,lawat ayah.Mak pergi dengan bantuan ayah kawan aku atau naik bas.Kalau cuti sekolah,aku dengan adik-beradik pergila…aku malu nak jumpa ayah…sebab akulah ayah masuk penjara.Aku minta maaf dekat ayah.Ayah senyum je,ayah suruh aku belajar rajin-rajin.Macam tu jugak ayah nasihat dekat adik-adik aku.Dalam masa tempoh yang agak lama,aku dan keluarga tanpa kehadiran ayah pindah sekali lagi.Kali ni atuk aku datang.Ayah kepada ayah aku.Dia bawak kami balik.Kami pergi tanpa ayah.Kesian ayah.Ayah tentu sunyi waktu tu.

Aku didaftarkan dekat sekolah agama dekat kampung.Masa aku masuk kelas semua pandang kearah aku pelik.Sebenarnya dia orang pelik sebab tak sangka ada orang macam atuk dengan wan aku ada anak berusia 13 tahun waktu tu..hahahaha…bila ada yang bertanya,kemana ayah..aku hanya mampu jawab.."ayah saya kerja,tak dapat pindah sekali."Takde siapa tahu tentang ayah aku sampai sekarang,kecuali sahabat baik aku…kalau korang nak tahu berbulan jugak ayah aku baru balik kepangkuan kami…tak silap aku dah cuti sekolah dah pun, Mak aku pun dah jadi cikgu kafa masa tu sebabnya masa ayah takda maklah yang cari sumber pendapatan. Itulah, rezeki ditangan Allah.Masa dekat pekan, mak tak kerja tapi sekarang mak kerja.

Ayah balik.Masa tu,memang kami gembira.Terlalu bahagia.Adik-adik aku lagila.Aku??? Aku happy sebab nanti aku dapat tunjukkan ayah dekat kawan-kawan.hehehe…Dan adik-adik akupun gembira sebab diaorang dah ada pelindung mereka.Adik-adik aku kena bahan dekat sekolah,orang ejek ayah aku masuk penjara. Sabar jela…aku dekat budak-budak tu.

Dan waktu tu kami adik beradik,telah ditanamkan satu semangat baru untuk bangkit,bina hidup baru.Ayah dah mula buat kerja kampung tapi ramai yang hina ayah.Tak percaya Ayah.Ayah tetap usaha.Dia orang buat macam tu sebab tak tahu perkara sebenar.Aku dan mak tahu siapa tipu siapa.Dan angkara siapa hidup kami jadi macam tu…aku mebesar dalam dendam,dendam dengan orang sekeliling..kata mereka ayah suap kami dengan duit haram.

Aku dan adik-beradik tekad nak buktikan ayah tak pernah bagi kami duit haram sebab kalau itu yang terjadi aku dan keluarga tak duduk dekat rumah flat setinggan.
Aku tak perlu tidur atas lantai (ada toto..bukan toto narita ye!).Dan takda lah jugak aku dan keluarga makan nasi goreng je tiap2 malam..sebab memang takde duit nak beli lauk.Mak selalu cakap dengan aku,,aku kena percaya Allah ada disisi aku.Aku kena banyak solat,doa.Tapi, aku tak yakin.

Tapi bila aku dah dewasa, aku mula faham setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.Usah ditanya mengapa lewat turunnya nur.Tuhan tidak akan mempersiakan ketabahan seorang insan.Jadi kami adik beradik memang dah pakat-pakat nak buktikan.Tapi kami akan lawan mereka dengan minda kami.Alhamdulilah.Aku dapat 7A2B dalam PMR.Adik kedua aku setahun sebelum tu 5A jugak UPSR.Dia study dekat MRSM,sekarang…lima tahun dah. Alhamdulilah. Waktu tu ada yang kata,bukanlah haram duit
yang selama ni.(yang cakap haram halal ni family aku jugak sebenarnya)

Ayah diuji lagi…ayah kena tipu.Ayah ada buat kebun.Ayah kongsila buat kebun tu…mula-mula dia bayar,lama-lama duit takda..tenaga ayah dan adik-beradik aku yang dikerah.Lupa nak bagi tahu,tanah kebun tu family mak aku punya,tak pernah diusahakan pun,tu ayah aku nak usahakan kebun tu…tapi modal takda..ada sikit,jadi ada orang nak sponsor lebih..ayah setuju,yalah lagipun si pakcik yang nak bantu ayah tu sepupu ayah jugak. Aleh-aleh… hhmmm…masuk angin keluar asap.

Ayah buat kerja lain,ayah jual madu,jual stevia, buat kerja kebun.Ayah tetap teruskan usaha dia sebab waktu tu aku dah pindah sekolah.Yuran agak tinggi daripada sekolah sebelum ni…adik ketiga aku pulak periksa UPSR jugak.Nak taknak,memang kena usaha lebih.Aku kesian tengok ayah.Ayah rasa dia tak jumpa punca duit.Waktu tu,iman aku teruji,setiap masa aku bertanya kenapa Allah uji aku macam ni.Aku rasa terbeban bila setiap kali balik asrama ayah dengan mak akan usaha tungkus lumus nak cari duit bagi belanja. Bukan sebab duit sikit tapi sebab aku rasa sakit lihat dia orang susah.Susah nak hidup.Aku dah pasang cita-cita waktu tu,aku nak jadi peguam, aku nak dakwa semua yang menyakiti ayah dan mak.Aku akan adili hak ayah yang terabai.

Masa berlalu,adik ketiga aku pun dapat 5A.Aku belajar sesuatu, aku selalu doa untuk bahagia,aku doa kami sekeluarga jadi senang,,,aku tak sanggup nak hadapi ujian. Dan Allah sebenarnya dah makbulkan doa aku cuma aku yang tak sedar dan masih tak kembali padaNYA. Bukanlah aku sesat…pergantungan aku dengan Allah..tak kuat seperti AISYAH HUMAIRA saat diuji bila difitnah oleh kaum munafik.Allah sebenarnya uji kami untuk beri ketabahan pada kami,,,beri semangat kepada kami dan menjadikan kami manusia yang ada matlamat dalam hidup kami….

Tahun 2013,aku form 5 adik aku yang second PMR.Siapa sangka dalam tahun ni banyak kenangan kami. Tahun ini munkin tahun Allah nak sedarkan aku.Salah satu kenangan yang aku ingat bila ayah, hantar aku balik sekolah dalam hujan.Mula-mula ayah suruh naik dengan kawan aku,tapi aku taknak waktu tu. Ayah bawak jugaklah anak dia yang gedik sorang ni…hantar balik sekolah.Tetibe hujan, waktu tu dah rasa salah dah..yalah naik motor kot…Ayah punya gigih bawak jugak motor tu…Bila ada tempat tunngu bas kami berteduh,bila reda sikit kami bertolak.

Dalam banyak-banyak manusia dekat situ aku yang dihantar dengan motor.Yang lain semua naik kereta.Masa form 4 dulu aku malu lah jugak, bila ayah hantar guna motor mesti aku nak ayah balik cepat-cepat.Aku malu.Tapi bila form 5 aku dah tak rasa malu sebab masatu aku sedar ayah dah banyak bekorban untuk kami.Ayah dan mak buat pengorbanan besar untuk kami.Ayah dan mak akan tebalkan muka untuk pinjam duit sebab takda duit nak bagi kami belanja.Pengorbanan ayah dan mak.

Kenangan kedua, agak pahit bila aku gaduh dengan ayah sebab duit yuran aku tak berbayar.Aku marah sebab aku nak SPM.Aku tak nak kena gantung sijil.Yalah, aku tension sebab duit asyik tak cukup.Dengan orang sekeliling asyik mengumpat je kerjanya.Waktu ni aku memang melawan gila2…Aku tak pernah lawan ayah..takut jugakla sebenarnya..kena tampar pulak nanti…tapi ayah hanya tengking aku dan lepastu ayah baring sambung tenok tv.Tapi muka ayah memang merah.Aku dah berjurai-jurai menagis sebab rasa macam Allah terlalu uji kami dengan kemiskinan.Aku memang tak sanggup dah nak hidup susah.

Aku masa ni tak guna lagi konsep "aku tak kaya, tapi tak miskin." Aku tahu akulah paling miskin dalam dunia ni.Masa gaduh dengan ayah,mak nangis.Mak pujuk aku dia kata, Aku tak boleh cakap dengan ayah macam tu.Ayah dah usaha.Aku kena berdoa pada Allah.Rezeki kita Allah yang pegang.Kena sabar.Mak aku suruh aku mintak maaf dekat ayah sebab esoknya nak balik asrama dah.Aku balik asrama tanpa salam ayah.Aku balik dengan kawan aku.Bila dekat sekolah lansung aku tak telefon ayah.Tapi air dicincang takkan putus.Aku dengan ayah baik jugak lepastu.Dan mak cakap, ayah aku lain bila lepas gaduh,,,ayah asyik kerja …kerja dengan sangat kuat.Mak kata mungkin ayah rasa bersalah.Tapi, aku jugak yang salah…Andai aku ditempat ayah dan mak…mungkin aku akan faham….Itulah yang selalu aku pinta.

To be continued…
Yang Benar Aisya Humaira,
(bukan nama sebenar)
percayalah kau juga sebutir bintang

– Aisya Humaira

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *