He Love Me, but He Never Love Me Enough to Marry Me II

Untuk part I, (https://iiumc.com/he-love-me-but-he-never-love-me-enough-to-marry-me/).

Aku malas nak sambung confession ni sebenarnya. Tapi mungkin kisah aku boleh dijadikan pengajaran dekat perempuan luar sana.

Aku yang pilih untuk tinggalkan dia. Waktu aku tinggalkan dia, aku dah bagitahu aku penat, hubungan tak kemana-mana dan aku nak kahwin. Dengan harapan aku boleh push dia untuk kahwin dengan aku.

Waktu tu, aku percaya hubungan kami strong jadi aku percaya tindakan aku tu betul. I have no plan to leave him. The only thing I want is for him to man up and wife me.

Niat aku cuma nak bagi space dekat dia, mungkin bila aku tinggalkan dia, baru dia serious fikir untuk kahwin dengan aku.

Aku tak stalk pon social media dia berbulan – bulan sebab it’s hurt for me to leave him. Tak ada sehari pon aku tak tunggu dia. Sikit pon tak ada niat untuk sakitkan hati dia. Niat aku cuma la nak push dia untuk commit dengan aku.

Aku berdoa sungguh – sungguh supaya Allah solve kan isu kami berdua.

Lepas aku tulis confession sebelum ni baru lah aku stalk FB dia. Rupanya dia dah ada pengganti sekejap je. Sedangkan sebulan sebelum tu anniversary kami kedua, dan aku masih bagitahu aku nak kahwin dengan dia.

Cepat sungguh dia dah ada pengganti. Silap hb perempuan tu pon dia dah ajak kahwin. Sebab perempuan tu sesuai la dengan imej alim dia.

Betullah macam ada yang komen dekat confession sebelum ni. Laki macam ni bila nak kahwin dia cari yang baik – baik je. Terpulang. Tu pilihan dia.

Aku tak sangka sebenarnya. Sebab dengan aku bertahun – tahun, asyik tak bersedia. Tiba – tiba dah ada orang lain.

Jadi aku ni apa bagi dia? Memang ni ke his plan all along? Just to keep me at his side until dia jumpa orang yang dia nak kahwin?

Pengajaran aku dapat dari kisah aku. Kalau laki tu memang tak nak kau, dia takkan nak kau. Macamana kau layan dia dengan baik pun. Kalau dia tak nak kau, dia takkan nak kau.

Aku harap tak ada lagi orang jadi bodoh macam aku. Aku reject orang lain yang nak kahwin dengan aku bukan sebab aku tak suka orang lain tapi sebab aku taknak aniaya dia.

Aku pernah janji kat dia. Aku takkan curang dekat dia. Bodohnya jadi orang yang setia ni. Pengajaran kedua, jangan setia dekat hubungan yang tak pasti.

Bodoh juga berbulan – bulan aku mengharap dia kembali dekat aku untuk kahwin dengan aku.

Sebenarnya, bodoh gila aku bazir masa aku untuk laki tak serious dengan aku pon selama 2 tahun setengah ni.

Kalau aku stalk fb dia, mungkin lama dah aku tahu dia ada pengganti secepat tu. Tapi Allah tahu aku takkan mampu untuk hadapi kenyataan waktu tu, sebab tu hati aku tertutup dari stalk FB dia.

Sampai hari ni, hati aku masih hancur. Tapi lepas aku dah tahu kebenaran, aku lega sebab Allah protect aku daripada dia, dan juga dari kebodohan aku.

Sekarang ni aku pon dah tak pasti dah sama ada dia pernah cintakan aku selama ni atau dia hanya pergunakan aku.

Aku tak tahu apa yang aku buat sampai aku diperbodohkan dengan laki macamni bukan kejap tapi makan bertahun – tahun.

Mungkin aku tertipu dengan imej alim dia tu. Sebab aku fikir, aku kurang bab – bab agama. Jadi aku nak dia jadi imam yang boleh bimbing aku.

Bila aku baca komen – komen sebelum ni kata dia penunggang agama, aku jadi sakit hati, sebab aku tahu dia baik, tapi mungkin juga aku nampak dia baik sebab aku buta sebab cinta.

Dan finally akhirnya aku sedar, He never love me selama ni…

Aku syukur sangat2 for this closure, and syukur Allah pelihara aku dari dia.

– Fitrah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Dear, Its not your fault that he treat you that way. Jangan salahkan diri okay. Its because that is who he is. Don’t think that he act like that because of you.

    For the years that has wasted on him, please pay it back by learning to love yourself, give more to yourself and discard him fully.

    Dan please educate yourself first. Belajar agama lagi, supaya kita dapat keluar daripada kejahilan dan tak mudah ditipu lagi oleh mereka2 yg menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Ingat semua org wajib untuk belajar agama (fardhu ain) kalau tak belajar berdosa besar. Nak faham agama, kita kena belajar sendiri, jgn harapkan pasangan kita. Jadi, ambil ia sebagai teguran daripada Allah, sebab mungkin ada yg kita masih belum jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.

    Masha Allah, Tabarakallah, semoga dipermudahkan segalanya utk kita semua, selamat berpuasa dan maaf zahir dan batin.

  2. “Lelaki yang ZALIM adalah lelaki yang mempermainkan perempuan di saat dia tahu ada lelaki lain yang tulus ingin menikahi perempuan tersebut”

  3. Firstly, Selamat berpuasa buat semua pembaca.

    Buat cik Fitrah, yakin dan percayalah bahawa ini adalah takdir Allah yang terbaik untuk cik. Mungkin cik fikir, dia lelaki yang baik, tapi bagi Allah dia bukan jodoh terbaik untuk cik.

    Sahabat saya pernah mengalami hal yang sama macam cik. 8 tahun in relationship tapi lelaki tu selalu bagi alasan tengah kumpul duit bila sahabat saya minta dia bertemu parent. Bertahun-bertahun dia setia dari zaman belajar sampai umur hampir 30 tahun. Banyak kali tolak pinangan orang, salam perkenalan dari lelaki lain. Bahkan ketika lelaki tu dah dpt kerja pun, masih beri alasan tengah kumpul duit.

    Last2 sahabat saya give up. Closurenya adalah lelaki tu tak nak gamble kan hidup dia dengan berkahwin dgn sahabat saya. Dia jujur dia dah tak ada perasaan pada sahabat saya. so dia x nak perjudikan hidup dia dengan menikahi perempuan yang dia tak cinta. Kiranya sahabat saya tu hanyalah sekadar dr psikologi yang dengar dan bersama2 dengan dia melawan segala anxiety dan insecure dia. Btw, laki tu sekarang dah selamat bernikah. Sahabat saya pula dah move on dan happy bersama orang tuanya.

    Saya pernah tanya sahabat saya, apa yg buat dia masih kuat dan terima ujian ni. Dia cuma cakap, Allah yang beri masalah ini, dan Allah juga yg akan selesaikan masalah ini. Dia juga mengakui dia bodoh kerana kasihan sangat pada lelaki tu hingga sanggup tolak pinangan orang lain.

    Buat confessor, saya doakan awak diberi ketenangan dan kebahagiaan oleh Allah. Selamat berpuasa.

  4. Lepas ni berhati-hati dengan lelaki. Tak kira la nampak alim atau jahat sekalipun. Sentiasa berhati-hati. Janganlah in relationship sampai bertahun. Cukup beberapa bulan ja. Sebab sikap asli pasangan ni selalunya muncul lepas bernikah. Tapi kalau dah nampak red flag dari awal, jangan teruskn hubungan. Kalau ok, baru proceed untuk bertunang dan bernikah. Kalau si lelaki tak setuju atau main tarik tali, tinggalkan ja. Jangan buang masa. Lelaki ni kalau betul dia sayang dan cinta, dia akan segera menghalalkan hubungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *