Guru Cantik vs Hodoh

Assalamualaikum WBT. Aku seorang guru. Hodoh ke?

Kulit gelap, pipi banyak kawah, kulit kasar dan kulit tidak lembut seperti wanita cantik yang lain, badan pun berisi. Kira hodoh la kan kalau ikut kamus orang Melayu.

Okay straight to the point. Dah bertahun menjadi guru sekolah menengah, aku cuba sehabis baik nak tawan hati pelajar.

Kalau pelajar lemah aku yang akan dekati mereka. Kalau pelajar ponteng sekolah, aku akan cari mereka di rumah untuk ajar.

Banyak sangat benda yang aku buat untuk pelajar. Aku pickup pelajar bermasalah di rumah dan ajak minum untuk dengar masalah mereka.

Lepas tu aku beli macam-macam buku, alat tulis dan hadiah untuk tawan hati mereka agar suka ke sekolah.

Weekend aku pickup di rumah dan ajak gi library pastu aku buat personal tutoring untuk mereka.

Paling penting aku build relationship yang strong dengan pelajar agar mereka selesa dengan aku dan rasa ingin ke sekolah.

Dari segi duit, tak payah cakaplah. Separuh gaji memang banyak habis untuk pelajar. Setiap bulan aku akan belanja pelajar-pelajar makan.

Pelajar yang susah pula selalu minta tolong, jadi aku akan selalu bagi duit kepada pelajar susah untuk mereka buat beli makanan.

Sampai aku tak sedar sebenarnya aku takde saving pun. Sebab duit memang banyak habis kepada pelajar. Jujurnya aku ikhlas. Selama ni pun aku ikhlas.

Sehinggalah tahun ni, keikhlasan mula teruji apabila pelajar tak pernah nak ucap terima kasih atas kebaikan aku.

Aku bukan nak minta disayangi pun, bukan minta untuk dibalas kebaikan aku, tapi aku hanya mahu ucapan terima kasih sahaja. Tapi sikit pun tidak keluar ucapan itu daripada pelajar.

Aku ok je kalau pelajar tak kenang jasa aku. Memang aku buat lillahi Taala.

Tapi mulai tahun ni, aku tak tahu kenapa susah sangat pelajar nak ucap terima kasih. Padahal banyak gila aku buat untuk mereka.

Untuk pelajar miskin, aku selalu bawa dia pergi jalan-jalan hujung minggu, belanja makan dan pakaian, ajar tuisyen personal secara percuma, tapi ending dia langsung takde ucapan terima kasih.

Aku sangka baik. Mungkin dia segan dengan aku. Maybe dia pendam je rasa terima kasih tu. Mungkin dia tak reti nak tunjukkan gesture thank you tu.

Tapi sehinggalah ada seorang guru cantik datang ke sekolah kami. Guru itu muda macam aku, kami sebaya je. Cuma guru itu memang sangatlah cantik dan putih.

Ada suatu hari guru cantik itu belanja air kepada pelajar miskin yang aku selalu bawa keluar jalan-jalan tu.

Pelajar miskin itu siap update story memuji cikgu cantik tu sebab belanja air kat dia. Siap ada gambar dia berdua lagi dengan cikgu cantik tu.

Padahal selama ni aku belanja dia makan setiap hujung minggu, belikan dia macam-macam, tak pernah pulak dia update stories. Sampaikan takde orang tau pun aku selalu belanja dia macam-macam.

Tipulah kalau aku cakap aku tak terasa. Terasa gila weh. Apa kurangnya aku?

Cikgu cantik tu baru belanja air sekali, tapi dipujinya cikgu itu tinggi melangit. Habis tu aku ni takde satu pun kebaikan ke? Sedih hati kecilku.

Ohhh, lupa. Aku ni tak cantik. Sape nak update stories keluar dengan aku. Gambar dengan aku pun tak mahu. Yelah tak cantik kan.

Tapi aku sangka baik jelah. Mungkin sebab cikgu tu cikgu baru. Biasalah cikgu baru ni vibe dia lain sikit kan.

Nak kata aku tak caring, gila tak caring. Aku selalu tanya khabar pelajar aku. Kalau whatsapp stories tak ok, aku akan reply dan cuba bantu.

In simple words, aku ni sangatlah concern dengan pelajar. Aku sendiri tak pernah nak marah pelajar sebab aku sayang mereka.

Sehinggalah majlis graduasi SPM baru-baru ni. Macam biasalah, lepas graduasi tu mestilah pelajar akan bergambar dengan cikgu-cikgu kan.

Aku ni excited pakai cantik-cantik, melambai dekat students, ucap tahniah dan aku je yang beriya nak tangkap gambar dengan pelajar. Tu pun guna kamera aku. Kamera diorang takde pun ambil gambar dengan aku.

End up, tengok story whatsapp pelajar semua penuh dengan gambar bersama cikgu cantik tu. Siap ada bagi hadiah lagi dekat cikgu cantik tu.

Pelajar miskin yang aku selalu bantu tu pun ada bagi hadiah dekat cikgu cantik tu. Padahal aku, satu hadiah pun takde dapat.

Diiikutkan cikgu cantik tu langsung tak rapat dengan pelajar. Dia pun garang suka marah dan cepat emo. Tapi yelah, dia cantik. Dia marah pun tetap gojes. Nak banding dengan aku ibarat langit dan bumi.

Entah mengapa. Hati aku jadi kendur. Entah mengapa, air mataku mengalir dengan sangat deras. Rasa sakit sangat di dada, tak tahu nak cerita bagaimana. Aku rasa sedih yang amat.

Macam-macam aku buat, sehingga aku korbankan keperluan aku sendiri untuk bantu pelajar, tapi lihatlah pengakhirannya. Aku seperti tidak wujud dalam cerita mereka. Menangis aku kesedihan.

Tidak pernah aku berkecil hati begini. Tapi hari ini, hingga ke saat aku menulis luahan ini, mataku masih bergenang mengenangkan balasan mereka terhadapku.

Hanya kerana rupaku tidak seindah guru cantik itu, adakah aku tidak layak untuk dihargai sebagai guru yang banyak membantu kamu?

Sudah banyak duitku habiskan untuk menawan hati pelajarku, tapi mengapa aku seperti tidak pernah berbuat apa pun? Ucapan terima kasih pun tiada.

Namun untuk guru cantik itu, mampu pula pelajar miskin itu belikan hadiah untuknya siap karang ayat panjang-panjang untuk menghargai guru cantik itu. Padahal sepanjang pengajiannya, duit aku yang menjadi sumber kewangannya.

Inilah the real pretty privilege yang aku sedang alami. Aku tidak berdendam dengan guru cantik itu. Tapi aku terasa hati dengan pelajar-pelajar.

Masuk je bilik guru, penuh hadiah di atas meja cikgu cantik itu. Padahal baru berapa bulan je mengajar. Tapi atas meja aku dan meja guru-guru lain, kosong.

Oh, begini rupanya perangai pelajar-pelajarku. Aku ni tak lapar pun dengan hadiah-hadiah tu. Tapi sape je tak terasa kan.

Kalau tahu begini pengakhirannya, aku pun tak kuasa nak tolong mereka dan belanja macam-macam. Berpuluh ribu duit aku habis dengan membantu mereka. Tapi lihatlah, guru hodoh ini dilupakan begitu sahaja.

Untung jadi guru cantik, sentiasa disayangi pelajar.

Lesson learnt. Lepas ni, aku nak jadi selfish. No more kind hearted me. Aku dah penat jadi guru yang baik.

– Didi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

20 Comments

  1. Pretty previlleges do exist esp dgn dunia skrg yg oenuh dengan influencers etc… It’s ok. U dh belajar daripada pengalaman ni, teruskan buat kebaikan kerana allah swt dan yang penting dahulukan diri u… cari positive circle dan matlamat yang tidak bersandarkan manusia semata esp budak-budak yang x matang lagi…

  2. buat baik berpada2..buat jahat jangan sekali..
    kita boleh buat dengan satu dua langkah je..tapi tak perlu langkah yang banyak..kalau student tu boleh update status..tak miskin lagi..

  3. cikgu, begitulah kehidupan. Bukan saja cikgu, wanita lain diluar sana pun nasib yang sama. Masyarakat akan selalu puji sanjung orang cantik walaupun kadang tu perangai tak elok. Contoh situasi : wanita cantik, putih, memilih jenis seafood sebab alahan . Reaksi masyarakat :kesiannya dia..
    Contoh situasi : perempuan wajah biasa, kulit tak berapa cerah ,memilih jenis seafood sebab alahan. Reaksi masyarakat : mengada nya aih. tak padan rupa.. makan ja la

    gitu la cikgu… saya pun nasib sama juga

  4. Saya juga begitu di tempat kerja. Alangkah sedihnya hati bila orang sekeliling buat begitu. Apa pun cikgu, Allah tidak melihat rupa tetapi Allah melihat kebaikan yang cikgu buat. Teruskan ikhlas dalam mengajar untuk anak bangsa kerana itu adalah nilai pahala yang besar di sisi Allah . Terus semangat dalam mengajar ya cikgu.

  5. Semua ini ujian.. setiap perkara yang dilakukan, Allah nak tahu sejauh mana tahap keikhlasan kita.. mungkin kalini rezeki cikgu cantik, Allah itu ada, pasti ada rezeki lebih baik untuk awak… jgn sedih2 cikgu, & bersederhanalah selalu…

  6. You’re beautiful the way you’re cikgu..
    Kita akan sangat sakit bila kita buat sesuatu dgn harapan kita akan mendapat respon yg positif

  7. Tak apa cikgu yg berlalu biarkan berlalu. Cikgu bahagiakan diri cikgu. Biarkan la murid2 tak kenang budi itu. Semoga kebaikan2 cikgu sebelum ini Allah jg membalas .

  8. Cikgu ni people pleaser.. selalu positif.. tapi dlm masa yg sama sensitif juga.. kalau betul lah tekaan sy.. cikgu xperlulah bersusah2 keluar belanja utk anak murid atau utk ambil hati murid2.. dorg x perlukan tu semua.. sesuatu yg dapat dgn begitu mudah xkan dihargai.. balik kpd niat asal mengajar je, cikgu… Ketepian yg lain2.. biar anak murid yg cari cikgu bila ada masalah.. tolong berpatutan je, jgn lebih2.. Be relevant, always positive.. hugs

  9. Berulkan niat cikgu. Memang sedih hakikatnya. Susah berharap pada ank murid hargai kita. Lagipun murid sekarang memang tak sama macam murid dulu. Diorang kurang common sense. Cadangan saya cikgu kurangkan bantu murid. Bantu jika benar-benar rasa diperlukan dan tak harap apa-apa dari mereka. Biar perasaan tak terguris dan niat tu benar-benar ikhlas. Duit yang lebih tu cikgu boleh gunakan bagi cantikkan diri cikgu. Manjakan diri cikgu. Pergi rawatan kulit atau spa atau ke gym. Usah fikir sangat hal murid-murid. Kalau kita tak yakin dengan cantik kita memang tak lah orang lain nak puji. Dan kitapun kena rewatd diri kita sendiri.

  10. betul beauty privlege tp kan cikgu jgn kerana nila setitik habis susu sebelanga. jangan putus asa dr membantu pelajar yg memerlukan. Pasti akan ada pelangi selepas hujan. Boleh nk jd selfish, tp lepas ni tgk pelajar yg betui2 perlukan bantuan cikgu. Budak2 tu pun satu masa nt akan menyesal dgn perbuatan mereka, tak pergi jauh dgn perangai yg memilih ni. fightinggg~~~~

    • Ta payah susah² der…..baik tlg asnaf yg betul² memerlukan di luar sana tue……bdk² sekola ni biarkan ja diaorang terkejar² cikgu² cantik tue…..dasar bdk² mentah pffftt

  11. You did well cikgu. It’s time to focus on yourself cikgu. Kene belajar letak boundary dengan pelajar. Bila di sekolah atau diberi tugasan buat sehabis baik. Balik fokus pada diri. Kalau ada murid perlukan bantuan mereka kene datang dapatkan bantuan dan bantu la semampunya. Beri Joran & bukan suap mereka Makan. Jadi tak perlu Rasa bersalah untuk fokus pada diri cikgu. Cikgu dah buat lebih Dari yang sepatutnya. Enjoy your life cikgu,hidup ni pendek je.

  12. Salam Ramadan cikgu. Sebagai seorang guru y pernah berada di situasi y sama dengan cikgu,saya cukup faham perasaan kecewa cikgu. Tp cikgu, saya tak rasa ini isu berkaitan dengan rupa sahaja sebenarnya. Kalau ikut kajian psychology, memang manusia y kategori mcm cikgu ni,’nice girl’ type memang orang susah nak pandang and hargai. So if you want people to start noticing you, then stop having this ‘nice girl’ vibe. Boleh baca buku ‘Nice girls never get the corner office’ to learn about this issue better. Remember, people will never appreciate and value nice people like you. You gotta have a bit of assertiveness, learn to say NO, kena tegas baru orang akan mula value you. And tolong jangan buang masa n duit on the wrong people. Love and value ur self first. Spend on your family, and people who really care about you. Dont expect anything especially your students. At the end of the day, they will just see us no more than their cikgu. Semoga cikgu dipermudahkan urusan semua.

  13. Cikgu Didi, i feel u…..saya pernah rasa apa yg cikgu rasa. Sekarang sy cuba untuk kurangkan rasa empati tu, sebelum bantu sy selidik dulu btul² latar blkg pelajr tu sbb tak nak berulang. Biasalah studentkn, pantang ada cikgu baru yg cantik, yg lama dilupakan, tapi percayalah, one day dia akn cari cg untuk kemaafan bila mana sudah tiada lagi cg yg care dgn dia.

  14. Assalamualaikum Cikgu Didi.

    Ibu saya seorang guru. Bagi saya ibu cantik, tapi kurang bergaya kerana kekurangan dari segi kewangan namun sering juga habiskan duit sendiri demi alat bantuan pelajar.
    Dia juga bukan guru favorite.
    Ada tahun dimeja penuh hadiah hari guru.
    Ada tahun langsung tiada.
    Saya pernah terbaca tentang, “ikhlas adalah melupakan.”
    Apabila kita memberi, kita lupakan kerana rezeki itu bukan ibarat tepuk tangan, yang saling membalas.
    Rezeki itu ibarat percikan air, perbuatan baik yang berterusan membahagiakan orang sekeliling.
    Mungkin kebaikan hari ini, tak dapat dibalas oleh orang yang kita bantu tetapi dibalas oleh orang asing saat kita perlu bantuan.
    Yang paling penting dibalas dengan syurga oleh Allah.
    Berhentilah membanding-banding ‘beauty privillage’ kerana setiap orang ada bahagian baik dan bahagian ujian masing-masing.
    Cikgu pandang cermin, cikgu sempurna anggota badan kan? Mungkin cikgu perlu turun melawat keadaan pelajar ppki (kurang upaya) untuk lebih mensyukuri nikmat dan paham erti ikhlas dan redha.

  15. pengalaman sendiri, jangan terlalu rajin buat baik, terutamanya apa2 yg kita rasa kalau ikhlas kita teruji, kita akan kecewa… pernah juga menjadi org yg sangat x berkira tapi diuji keikhlasan tu, bukan kerana tidak dapat pujian, tapi dapat kejian sedangkan kerja tu sukarela je, dan sejak tu, menjadi seorang yang sangat berat tulang… lebih berat dari kawan2 yg sebelum ni berkira buat kerja…

  16. Pandangan MC mmg betul. Bila ihklas sepatutnya tiada rasa sedih bila dilupakan. Anggap itu sedekah biar Allah yg membalasnya. Jgn dok hadap pada manusia, lg pula hanya anak2 hingusan yg belum kenal erti hidup. Teruskan berbakti diladang pahala yg luas itu. Jgn larut dlm kesedihan, ni semua mainan syaitan. Tapi biar berpada, tak payah la sampai berhabis duit, cukup hanya bimbingan/tuisyen percuma. Hadiah hanya untuk yg performs jer. Saya doakan cikgu tabah dan Allah sentiasa merahmati Cikgu. Diberi kesihatan yg baik dan dilancarkan segala urusan. Walaupun saya tak kenal Cikgu, saya sangat2 hormat Cikgu dan sesiapa pun yg bergelar cikgu asal berwibawa.

  17. 1. Siapa suruh kau terlebih concern?
    2. Kau ingat budak² kisah kau baik ke apa? Dorang just nak take advantage je sbb yelah kau pulak murahan baiknya kan?
    3. Ikhlas tak ikhlas belakang cerita, ALWAYS SET BOUNDARIES dengan students. Kalau ikhlas kau tak terasa bagai.
    4. Takyah acah jadi ‘mak’, ‘ayah’, ‘abang’, ‘kakak’ bagai. Kau jadi ‘cikgu’ je dah cukup.
    5. Kebahagiaan kau adalah keutamaan. Baik kau spend duit utk diri kau drpd bazir kat orang luar. YES, orang luar. Students are orang luar. Kau keje ajar dorang, bkn belanja dorang.
    6. Takyah save number budak. Kalau save pun, hide stories kau. Takyah view story dorang. Kau nak stalk apa benda? Habis waktu sekolah, that’s the end of your shift. Kau ada OT ke? X de kan. It’s time for you and your family.
    7. Siapa suruh kau buruk? Nasib kau lah. Reda jelah. Dah buruk tu usahalah cantikkan diri. Bukan tak ada duit. Ada, tp kau pi bazir kat budak x kenang budi buat apa?
    8. Perempuan ni semua benda dia nak touching. Buat pening je. Kau hidup mmg nak kena emosi manjang ke? Period sepanjang tahun ke?

  18. stay strong cikgu! teruskan berbakti kepada anak murid. percayalah, dalam ramai-ramai anak murid mesti ada sorang dua yang akan ingat dan hargai jasa cikgu.

  19. Yang berlalu biarlah berlalu. Cikgu biarkan saja pelajar dengan cikgu cantik mereka. Cikgu perlu fokus dengan diri sendiri dan enjoy life. Tak payah lagi bawa mereka jalan², tanya khabar dan bagi duit kecuali mereka betul² perlukan. Cukup dah cikgu mengajar mereka. My suggestion lebih baik cikgu guna duit untuk sedekah kepada rumah anak² yatim dan belanjakan mereka. Mereka lebih memerlukan daripada pelajar cikgu yang tak terkenang budi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *