Peliknya Suami Aku, Menanti Jawapan Istikharah

Assalamualaikum. Semoga semuanya dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah atas kelapangan, hanya ingin berkongsi kisah pendek berkaitan perkahwinanku. Semoga kisah ini tidak memberi kuasa dua bagi yang phobia untuk berkahwin.

Aku berkenalan dengan suami melalui muka buku. Alhamdulillah, setelah 6 bulan berkenalan. Kami mengikat pertunangan selama setahun.

Bila difikirkan kembali, aku adalah orang yang tak pernah fikir untuk berkahwin. Sama seperti yang lain, kisah-kisah dan keadaan sekeliling menakutkan aku untuk berkahwin.

Namun semakin berusia, sahabat sekeliling mula berkahwin. Aku mula merasa sunyi. Namun aku berkahwin bukanla kerana kesunyian, tapi kerana aku cemburu dengan orang yang berkahwin.

Aku lihat betapa banyaknya pahala yang Allah janjikan dalam perkahwinan yang tidak mungkin aku dapat tanpa aku berkahwin. Mudah dan kayanya pahala yang Allah janjikan dalam perkahwinan, terlihat seperti skim cepat kaya.

Namun, aku juga sedar, jika tersalah pasangan juga boleh menjadikan asbab gunungan dosa bagi seorang isteri.

Nak dijadikan cerita. Aku berkahwin setelah setahun lebih berkenalan. Semasa perkenalan, kami hanya berjumpa hal2 penting. Call pun tidak, hanyala melalui whatsapp.

Sehinggalah semakin dekat pernikahan, kami mula berborak sedikit sebanyak melalui call, itu pun atas nasihat sahabat2. Katanya, penting untuk kita berbual dengan bakal kita kerana dari situ kita boleh lihat cara berfikir dan adab nya.

Semuanya terlihat ok, tiada kepelikan pun pada suami ketika itu. Sehingga kami diijabqabul. Selesai hari pernikahan, aku datang bulan. Happy nya aku Allah sahaja yang tau.

Duduk satu bilik dengan lelaki yang kita kenal2 macamtu sahaja, bukanla hal yang mudah. Dan target aku mahu berkenalan dengannya dahulu. Bila Allah takdirkan datang bulan, tenangnya terasa hati.

Namun jangan sangka air tenang tiada buaya. Seminggu aku datang bulan, seminggu itula suamiku resah dan gelisah. Yang aku boleh katakan, kalau aku tidak haid pasti sudah habis.

Berkali kali aku ingatkan suami, yang aku haid. Aku mintanya bersabar. Jujur sebenarnya aku takut, namun lapangkan dada berkata, aku sudah berkahwin.

Selepas seminggu habis haid, suami nampak aku solat. Bermula kisah yang semakin berat. Malam itu beliau berhasrat ke atas aku. Aku relakan dalam berat. Walhal sebenarnya aku belum bersedia. Tapi ini lah tanggungjawab isteri.

Semakin lama aku hidup bersama suami. Semakin banyak hal aneh padanya. Kalau orang baru berkahwin bergaduh hal kewangan.. Berbeza dengan kami. Kami sering kali bertengkar hal atas katil. Suami terlalu kuat, dan aku seakan tak mampu melayaninya.

Yang anehnya, beliau suka meminta hal2 yang pelik apabila bersama. Disitu aku mula tak sedap hati. Benarla orang kata, suara hati isteri ni jangan main2.

Sering kali bertengkar, aku ingatkan suami. Berhenti melihat pornography jika ade, dan aku minta beliau menjaga matanya. Atau akan datang, kepelikan beliau kelak akan merisikokan rumah tangga kami. Beliau hanya diam tidak mengiakan.

Namun seperti biasa, sebulan beberapa kali bertengkar hal katil. Aku terlalu penat melayan permintaannya. Sering orang kata, baru2 kahwin, suami mendatangi isteri itu kerap. Namun makan bulan, semakin jarak.

Jika selalu sehari sekali. Selepas bertukar bulan akan semakin jarak. Berbeza dengan aku, awal perkahwinan suami mendatangan aku pagi dan malam.

Berganti bulan, keadaanya semakin parah. Jika dibiarkan, sehari boleh jadi sehingga 4-5 kali. Aku hairan melihat suami. Tak puas kah. Tak penat kah. Sering aku tanya. Katanya puas. Katanya tak penat.

Yang paling menghairankan aku, pernah sekali lepas subuh selesai. Aku berehat sekejap di katil. Terlena kerana penat.

Dan aku tersedar setelah sejam kemudian, itupun kerana suami aku menarik celana aku lalu mendatangi aku. Terkejut Allah sahaja yang tau. Tanpa izin, tanpa bertanya. Aku tidak melawan kerana takut aku akan sakit.

Berganti bulan, aku makin takut dengan suami. Kadangkala baliknya ok, tenang. Terlihat normal. Kadangkala baliknya resah gelisah. Sehingga aku pun tak tau, tidur kah suami aku. Sebab bila dia gelisah, aku tak tidur. Sebab dia akan ganggu aku tidur.

Sekejap tarik tangan aku, sekejap peluk aku sampai tak bernafas. Sekejap tarik leher aku. Kadang datang gelisah seminggu, seminggu beliau begitu. Tidur atau tak, entahla. Yang aku, jelasnya tak tidur.

Mata tertutup, tapi sebenarnya aku tak tidur pun. Aku cuma takut nak buka mata. Sebab tau, kalau aku buka mata, mesti suami aku nak mendatangi aku.

Aku biarkan aje dia resah gelisah dekat sebelah. Aku sedar. Kadang aku baru terlena, tiba2 dia tarik aje badan aku untuk dia peluk sekuat hati.

Oh suami aku ni ade satu lagi benda pelik..bila tidur, dia suka bersentuhan badan dengan aku. Berbeza aku, aku kalau nak tidur. Tidur dengan tenang tanpa gangguan. Yela seharian kerja penat, tidur adalah benda yang paling aku tunggu. Tapi bila suami ade, kalau seminggu dia resah.

Seminggula aku tak tidur. Tidur2 ayam sahaja. Die akan ganggu aku tidur. Sekejap tarik muka aku mengadap dia. Sekejap tarik kaki aku letak celah peha dia. Ikut suka dia nak buat ape.

Awal kahwin sampai selalu salah urat. Mana taknya, member tenang tidur kena tarik kepala, tarik badan. Dibuat sewenangnya.

Yang lebih pelik, dia kadang minta aku tidur atas badan dia. Aku selalu cakap, tak boleh. Salah urat. Tak boleh, aku tak selesa. Nanti dia peluk aku dengan sekuat hati masa tidur. Aku memang tak suka. Sebab laki aku besar.

Banyak kali aku pesan, janganla tindih badan aku. Sakit, tolong la. Tapi macam sepintas lalu. Kadang satu malam tu setiap 15min aku tepis, aku cakap. Tolong la, sakit. Awak berat. Ketepila sikit. Saye nak tidur. Tapi begitula selalunya.

Itula dia bila gelisah. Jangan cakap seminggu tu aku tak bagi, aku bagi. Paling sikit seminggu 2-3 kali. Tapi dia tetap resah. Kalau ikut nafsunya, macam aku cakap. Die nak pagi malam, atau hari cuti pagi petang siang malam.

Lama2 aku takut dengan suami. Dengar dia nak balik adalah hal yang sangat menyeramkan. Kalaula aku boleh lari rumah. Itu la yang selalu bermain difikiran. Kadang aku mengaji dan solat, bayangan suami aku lalu dah cukup buat aku rse nak menggigil. Aku takut sangat.

Lama2 aku rasa nak cari tahu. Kenapa suami aku macamtu. Mesti ade sebab. Push faktor. Aku rasa suami aku tak normal. Tak taula. Kalau pada aku. Dan aku terjumpa handphone lama dia, no ni dia guna masa berkenalan dengan aku.

Sebelum berkahwin, dia pakai no dan phone lain. Phone yang aku jumpa rosak. Aku hantar dekat kawan aku untuk dibaiki. Dan mulala episode aku mencari. Orang kata handphone kita menceritakan diri kita. Sengaja aku nak kenal suami aku melalui phonenya.

Dan aku jumpa sesuatu yang menyedihkan. Bila aku bukanl insta nya, tak de yang pelik. Namun bila buka bahagian search, keluar segala video based on preference kita.

Aku suka tengok masak2, ceramah ustaz2 dekat insta, dan bila kita buka search tab, akan keluarla segala resepi nenek moyang dan ceramah ustaz ustazah. Sebab insta detect kecenderungan tajuk dan perihal yang kita suka tengok.

Dan apa yang aku nampak, video preference yang keluar dari search tab insta suami aku adalah video dan gambar wanita2 berdada besar dan sexy, selain video dan gambar perempuan pregnant dan baby bumb. Allah sahaja yang tau. Sedihnya hati aku.

Bukan habis disitu. Bila aku buka youtube search phone suami. Aku jumpa banyak video2 berkenaan perempuan pregnant yang berjumpa dengan bidan untuk cek kesihatan baby dan perut.

Dalam video tu, wanita selak perut dan selak sedikit bahagian seluar untuk ukur saiz perut. Bukan 1 video. Berpuluh video ditengoknya. Yang durasi 1 video tu rata2 belasan minit. Beliau tengok sampai habis tau.

Baru aku faham. Kenapa suami aku macamtu. Baru aku dapat jawapan semua kepelikan suami aku.

Belum lagi video2 youtube beliau search berkaitan berhenti onani dan pornography dengan berkahwin. Video hukum mendatangi isteri namun membayangi wanita lain. Allah sahaja tau, sedih kecewa hancurnya hati.

Demi Allah, niat aku berkahwin untuk menyempurnakan agama aku. Aku nak sangat pahala2 Allah janji dengan rumah tangga. Pahala berikan suami air. Pahala solat berjemaah dan mengaji bersama.

Aku seronok sangat bila fikir. Nanti ada kawan yang boleh teman aku pergi kuliah masjid. Tapi ujian yang hadir berbeza.

Aku berlapang dada dan bersyukur. Walaupun hal terjadi berbeza, sekurang kurangnya, aku dah merasa suasana duduk dalam ibadah yang panjang. Merasa pahala sebagai isteri. Allah sahaja tau seronoknya hati impian aku tercapai.

Namun yang menyedihkan aku, bukankah matlamat nikah itu ‘litaskunu ilahi’. Untuk kamu bersenang lenang. Itula matlamat asas pernikahan..ganjilnya, aku tak merasa semua tu. Yang aku rasa ketakutan setiap kali suami aku ada.

Melihat rubahnya pulang dalam keadaan resah gelisah, aku rasa menggeletar. Aku takut sangat. Kadangka aku solat, dan aku berdoa. Ya Allah, tolong yer. Saya takut sangat. Jangan la bagi suami balik.. biarla malam ni hujan dan dia balik rumah maknya.

Oh, tempat kerja suami dekat dengan rumah ibu bapanya. Kalau hujan biasa beliau akan tidur dirumah ibu bapanya. Tapi maha penyayang Allah, suami aku tak balik setiap kali aku berdoa dalam tangisan meminta suamiku tak balik.

Berbalik kepada kisah aku jumpa phone suami. Sekarang aku sangat tawar hati. Aku rasa diri aku tak selamat dengan suami. Aku benar2 nekad nak berpisah. Berbulan bergaduh, namun tiada perubahan suami.

Beliau berubah seminggu kemudian kembali ke rubahnya asal yang menakutkan..aku takut sangat nak melalui hari2 akan datang seperti sebelum ini kalau aku masih beri peluang pada suami.

Bukan aku tak percaya manusia akan berubah. Tapi benar ustaz cakap. Bila seseorang itu nak berubah, bukan lepas kahwin, lepas ada anak. Tapi sekarang. Atau beliau tak kan pernah berubah. Nak berubah itu hanya cakap2 ayam untuk menyedapkan hati kita.

Terbukti, peluang dah berkali diberi. Dan beliau belum berubah. Masih sama, tunduk pada nafsu serakah. Kadangkala aku terasa jijik dengan badan sendiri bila terfikir didatangi suami tanpa izin. Tak de beza aku dengan pelacur.

Aku tekanan, aku sangat stress. Tapi aku lapangkan dada, cuba tenangkan diri terima segalanya. Aku perlu kekal tenang, jatuhnya aku. Jatuhla orang dibawah aku.

Oh lupa, aku ada syarikat kecik. Dalam aku menjadi isteri, aku juga seorang majikan, jadi aku sebaik mungkin jaga amanah yang Allah beri. Aku tak kan biarkan hal personal aku mempengaruhi syarikat aku, aku kena positive.

Itula aku selalu pesan pada diri. Its ok untuk jatuh, tapi jangan terlalu lama. Allah kan ada. Inila penguat semangat. Bila Allah ada, tak de apepun yang kita tak mampu lalui. Dan semua inila yang membuatkan aku terus kuat.

Namun, bukankah isteri itu amanah dari Allah? Aku nak sangat minta sahabat2 tolong doakan suami aku akan lepaskan aku dengan baik.

Aku cuma nak hidup tenang macam dulu. Tenang buat ibadah, tenang pergi dan pulang kerja. Tolong yer kawan2. Doakan la aku. Terima kasih, dan semoga Allah selalu menyayangi kita.

Terakhir nasihat aku pada semua yang bakal menjadi suami atau isteri. Jika ada hobi atau tabiat pelik, tak baik. Dan berniat berkahwin untuk berhenti semua tu. Janganla teruskan. Berubahla dulu, kalau anda teruskan, anda akan menganiaya suami atau isteri anda nanti.

Benar, nak berubah tak mudah. Tapi tak mustahil tau kawan2. Banyakkan berdoa. Banyakkan belajar dan menelaah kisah2 nabi.

Sibukkan diri dengan hal yang berfaedah dan penuhkan sekeliling dengan surrounding yang positive. InshaAllah hari demi hari kita akan nampak perubahan diri yang semakin baik.

Semakin kita menjadi yang bertanggungjawab kepada diri, inshaAllah pasti kita akan jadi yang bertangungjawab pada amanah kita.

Semoga Allah mudahkan dan memberi taufiq hidayah buat kita semua. Terima kasih untuk yang membaca. Maaf jika kisah ini menimbulkan ketidakselesaan pada yang membaca.

– Teh Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Carikan madu kalau dia mampu, kalau awak tak mampu berkongsi awak kena berundur. Nafsu suami terlalu tinggi, tak dilayan berdosa, dilayan awak yg derita. Saya tak bole bayangkan kengerian awak setiap kali suami meminta dilayan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *