Mulanya Disini

Jarang aku bawak kereta ke tempat kerja. Hari ni sebab ada urusan jauh, aku pilih untuk guna kereta.

Dalam radio tiba2 main lagu ‘mulanya disini’. Terus hati terobek terkenang kenangan 20 tahun lepas masa di plkn.

Aku pasti lagu ni banyak tinggal kesan dalam hati ramai orang termasuk aku.

3 bulan dalam kem tu cukup kuat untuk aku kenang segala benda di situ.

Sama2 tinggalkan keluarga, sama2 dengan perasaan janggal. Perasaan nak balik. Semua orang kongsi perasaan yang sama ja masa tu. Ralat..

Al maklum la, zaman aku, baru first2 PLKN diperkenalkan. Risau takut macam2. Kawan2 satu pun tak de muka kenal.

Tapi hari demi hari, hubungan sesama bangsa menjadi utuh bab keluarga.

Memang kat sana kami tak pilih bangsa pun. Dalam satu dom hampir berbelas orang bercampur bangsa.

Kat sini aku belajar bahasa tamil bahasa cina. Dan bahasa inggeris dari kawan2 chinese.

Semua bersatu jaga satu sama lain. Cina india melayu singh, tak de beza. Makan satu dulang suap menyuap. Saling jaga saat sakit. Mandi ramai2, basuh baju sama2.

Malam2 cerita pasal hantu. Cerita pasal kekasih. Cerita pasal haluan masing2 lepas ni. Ye la umur tu adalah penentu kehidupan.

Yang mana kawan2 lemah semangat, senang kena histeria, kawan2 lain pakat2 jaga. Sentiasa follow orang tu jangan biar bersendirian. Sentiasa bercakap dengan dia supaya dia tak diam. Tido pun gilir2.

Time aktiviti paling best. Aku memang enjoy gila kat situ sebab semua tu buat kami ketawa. Tak kira masa dalam kelas atau masa activity. Aku memang sentiasa happy kat sana.

Yang paling terhibur saat company masing2 mengajing company lain melalui lagu. Masing2 pakat berlawan lagu time nak berbaris. Bergaduh,tapi tak bercakaran.

Zaman nokia 3310, zaman SMS. Kirim burger dekat kawan yang pergi kedai atas. Kirim aiskirm.. Ramai jugak yang beratur kt public fon nak call family nak call kekasih.

Naik bas sama2 untuk aktiviti luar, lepas tu ambik kesempatan tido dalam bas. Time dapat elaun, kirim kad bank dekat jurulatih. Lepas tu belanja sakan dekat kedai atas.

Malam2 makan magie cup ramai2. Sambil polish kasut. Tido tak ingat masa. Hanya seronok semata2 walupun ada jugak main air mata sesekali.

Masa zaman aku tu, chinese ramai yang kaya2. Tak pernah hidup susah. Mai situ nampak la struggle banyak benda.

Tapi lama2 semua jadi mudah. Dah boleh terima. Family datang mesti ajak makan ramai2. Tak kira india cina melayu.

Setiap kali ahad kan parents boleh datang dari compani2 tertentu. Memang tak de tengok warna kulit atau apa. Semua akan makan ramai2 dengan family kawn2.

Hari ahad tu dapat la pegang fon sehari.. Pakat2 kirim topap dekat kawan yang pergi kedai atas. Lepas tu yang mana ada kekasih, pakat bermesej termasuklah aku. Hehehe.

Padahal dalam dewan makan yang sama ja pun. Orang tu duduk selang 3 meja.. Lepas tu ada la kawan2 menyakat.

Awal2 dulu yang semua pakat nak balik, bila tiba minggu2 terakhir, masing2 dah tak de mood.

Masing2 dah rasa sayang antara satu sama lain. Tak de hati nak berpisah. Zaman tu tak de facebook.

Tulis bioadata melalui buku plkn dengan macam2 ucapan. Dengan harapan nanti akan berhubung balik.

Ada la 3 4 orang kawan2 kata diaorang akan pergi study luar negara. Ada yang nak jadi doktor. Ada yang nak jadi model. Career yang ditentukan oleh keluarga. Mostly chinese.

Tak lari jugak dari perasaan cinta monyet zaman tu. Tamat latihan tu berbulan jugak aku kemurungan.

Entah la.. Satu perasaan rindu tak dapat ungkap macam mana. Kadang call jugak kawan2. Mesej.

Nak jumpa memang susah. Ramai dari negeri lain2. Daerah jauh2. Tambahan masing2 dah mula setup future.

Ramai dah sambung belajar. Ramai dah kerja. Line telefon zaman tu, lupa topap 3 bulan, number pun good bye ja la.

Akhirnya lost contact dengan semua kawan2.

Dalam hidup ni, kita kumpul harta atau tak belakang cerita, tapi setiap hari kita kumpul kenangan.

Its such a beautiful memory for me. Jurulatih yang tegas tapi penyayang. Cikgu2 yang caring.

Tak tahu la mana insan2 ni pergi. Lama2 dapat la cari balik kawan2 lama seketul dua. Tapi perasaan dah tak sama. Ada ramai jugak yang dah meninggal.

Ramainya memang dah berkeluarga. Aku hanya mampu tersenyum ja la bila terkenang semua tu.

Bila tengok semua dah jadi mak bapak dah, pantas sangat masa berlalu. Macam baru lagi semua tu berlaku.

Banyak suka duka selama 3 bulan tu yang aku kenang sampai sekarang walaupun dah 20 tahun berlalu.

Orang lain tak pasti kenangan pahit atau manis di situ. Sebab ada ja orang tak suka nak pergi PLKN.

Tapi andai diberi peluang, aku nak ja ulang kembali kenangan disitu. Dalam banyak moment aku termasuk moment zaman u, aku paling suka kenangan zaman plkn tu.

Yang pernah alami ja faham perasaan aku. Terima kasih buat insan2 yang pernah hadir dalam hidup aku masa di plkn tu. Semoga kalian dalam lindungan Allah selalu.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *