Kesunyian Hidup Di Bandar

Hi semua pendengar IIUM Confession. Sorry kalau tulisan ni agak berterabur memandangkan ini kali pertama saya menulis disini.

Saya Lavender, berusia awal 20 an dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di bandar. merupakan anak bongsu dari 5 beradik.

Dari zaman belajar, saya seorang yang mudah bergaul tapi susah untuk terpengaruh, suka keramaian maksudnya tidak kisah tempat itu bising atau ramai orang melainkan mereka tidak mengganggu orang lain.

Saya senang untuk berkawan memandangkan saya seorang penghibur, suka melakukan lawak bodoh atau random. Boleh dikatakan masuk air dengan orang yang buat saya selesa tetapi pemalu dengan orang yang tidak selesa.

Pendek kata seorang yang extrovert. Itulah sedikit pengenalan tentang Lavender (gadis kasar luaran sangat manja di dalam).

Cerita saya bermula apabila saya bekerja sebagai kerani di bandar pada November 2023. Pada minggu pertama bekerja, saya sangat burn-out sampai menangis tiap mahal padahal saya seorang yang susah menangis.

Bukan disebabkan kerja yang terlampau banyak atau environment yang toxic tetapi disebabkan persekitaran yang hanya ada 3 staff termasuk saya ditambah dengan beban kerja yang tidak terlalu banyak (Terbalik disini).

Saya bekerja di syarikat construction membuatkan saya susah untuk adapt disini memandangkan ia sangat jauh dengan bidang saya dahulu.

Bayangkan bidang saya memerlukan saya menggunakan fizikal sahaja (student hotel) tetapi disini saya perlu menghadap pc seharian. Adakalanya 2 3 hari saya datang kerja tanpa melakukan sebarang kerja.

Sejujurnya saya seorang yang suka bergerak, melakukan pekerja menggunakan fizikal memandangkan saya agak kasar.

Gaji yang saya terima disini juga cuma gaji basic. Agak susah untuk hidup di bandar dengan gaji basic tetapi saya percaya dengan rezeki Allah walaupun saya terpaksa menahan diri untuk ‘self-reward’ .

Tetapi saya tidak menjadikan gaji sebuah isu kerana saya tahu beban kerja saya setaraf dengan gaji yang saya terima.

Sebulan selepas saya bekerja, kami menerima kemasukan staff baru (A) yang bekerja sebagai pembantu Juruukur Bahan. Memandangkan A masih fresh graduate, dia selalu dimarahi oleh B (Staff Juruukur Bahan).

B sudah lama bekerja tetapi saya dan A tidak suka caranya bekerja + mungkin kurang suka dengan kehadiran kami lagi-lagi si A.

Apabila B memberi tugas, dia tidak pernah memberitahu maklumat dengan jelas dan apabila kami bertanya, dia menyindir seolah kami tidak memahami tentang skop kerja yang diberi.

B juga sejenis manusia yang ‘ sekejap itu , sekejap ini’ ‘ Contohnya, apabila saya melakukan kerja mengikut arahannya, keesokkan hari bila saya melakukan hal yang sama, dia akan mempertanyakan kenapa saya buat begini padahal saya melakukan seperti arahannya sebelumnya.

Saya agak pening yang mana perlu saya lakukan , seperti itu atau seperti ini. B selalu merasakan dia betul tanpa mendengar penjelasan kami. Ada masa dia sentiasa badmood tetapi apabila dia okay, dia banyak bergurau senda dengan saya.

Saya hanya melayan memandangkan tidak mahu terlihat sombong ditambah masih menghormatinya sebagai orang tua dan senior di situ.

Ada suatu hari, saya membeli goreng pisang dan offer kepadanya untuk makan, tetapi dia hanya memalau saya sedangkan dia ada di depan saya. Sejak dari itu rasa hormat saya sedikit sebanyak hilang kepadanya.

Makin lama saya rasa tawar hati dengan kerja saya. Bukan disebabkan B kerana saay tahu diluar sana masih banyak orang yang lebih teruk dari B. Tetapi memang jiwa saya sukar untuk menerima kerja sebegitu. Jiwa saya kosong.

Sebelum tidur dan bangun tidur, saya sentiasa mencari alasan untuk mencintai pekerjaan saya tetapi sampai hari ini saya tidak menemui alasannya.

Mungkin pembaca merasakan saya bodoh kerana kerja office hour, dalam aircond, sangat tidak sibuk tetapi masih tidak bersyukur. Tetapi untuk orang extrovert seperti saya, sangat susah untuk menyesuaikan diri.

Saya tidak tahu cara untuk menceritakan kepada orang kerana mereka tidak faham apa yang saya rasakan malah ada keluarga yang agak kesal kerana ini merupakan pilihan saya untuk keluar dari kampung dan bekerja di bandar.

Mereka juga menyuruh saya resign tetapi disebabkan komitmen saya tahan perasaan saya.

Perasaan kosong saya tidak berakhir disitu. Disini saya menyewa bersama kakak saya. Sebilik bersamanya membuatkan jiwa saya terasa lagi kosong dan sunyi. Dia selalu mendahulukan boyfriend nya sampai saya terasa seperti orang luar.

Di awal saya tiada masalah dengan boyfriendnya, tetapi lama-lama saya merasakan masanya lebih banyak kepada boyfriendnya sahaja. Padahal dia baru sahaja berkenalan dengan lelaki itu sebulan sebelum saya datang kesini.

Sedikit info, kakak saya la yang menyuruh saya bekerja sebagai kerani dan mengajak saya datang ke bandar, kerana saya fikir agak mudah dan senang bila dekat dengan keluarga tetapi lain pula yang jadi apabila dia berkenalan dengan kekasihnya.

Kekasihnya orang yang baik, saya tahu itu kerana sekarang ini mereka dalam proses pertunangan tapi boleh dikatakan anak emak.

Sejak bulan 1 saya makin dipinggirkan oleh kakak saya. Dia juga sering mungkir janji dengan saya tetapi apabila dengan kekasihnya, semua akan menjadi. Saya orang yang tidak suka apabila berjanji tetapi tidak menepati.

Suatu hari, dia berjanji untuk makan tengahari bersama saya berdekatan tempat kerja saya. Tapi dia membatalkan last minute semata-mata untuk makan bersama kekasihnya. Hal itu sangat membuatkan saya terasa hati dengannya.

Kejadian itu menyebabkan saya tidak menegurnya selama sebulan akibat terlalu kecewa. Tambahan pula, keluarga seperti menyalahkan saya kerana hanya saya yang besuara tentang perkara ini.

Kakak saya dan saya sangat berbeza perwatakan. Dia lembut, berstoking, berhandsock berbeza dengan saya. Saya banyak mengeluarkan air mata disebabkan perlakuan terhadap saya. Sehingga sampai menjadi lebih pendiam, suka memendam, terperap dirumah.

Kami sudah mula bercakap seminggu yang lalu tapi saya banyak mendiamkan diri, sudah tidak bergurau dengannya, tiada lagi suara ketawa di bilik, hanya merespon hal yang penting sahaja dan asyik rasa bahang ketika melihatnya.

Bahkan sampai hari ini kelakuannya masih sama melebihkan orang luar dari adik kandung sendiri. Masih keluar malam berjumpa kekasih hatinya dan meninggalkan saya sendirian dirumah.

Saya hanya menginginkan perhatiannya memandangkan saya tiada kawan disini. Malam saya sentiasa ditemani air mata dan tidak pernah dihiraukan olehnya.

Sejak peristiwa itu, saya terkilan dengan kekasihnya kerana tergamak menjauhkan hubungan kami adik-beradik.

Saya tidak ada masalahnya jika mereka ingin keluar bersama kerana saya faham jiwa mereka yang masih hangat dilamun cinta tetapi boleh dikatakan jika seminggu, 1 hari bersama saya dan 6 hari bersama kekasihnya.

Itupun bersama saya agak susah untuk keluar, jika bersama kekasihnya pantang diajak pasti keluar.

Perangainya di bilik juga menyebabkan saya baran dan 20% gila mungkin. Tiada common sense.

Sering campak hanger sana sini, buang sampah kecil (tissue, kertas) sesuka hati padahal bilik kami ada tong sampah kecil, tidak menutup pintu bilik kerana kami juga menyewa dengan orang lain.

Susah untuk menyapu bilik, mencuci bilik air, mengemas katil, melipat baju. Kadang baju hampir 2 minggu tidak dilipat.

Berbuih mulut saya menegurnya tetapi saya dikatakan sering membebel dan membangkitkan isu kecil. Padahal benda kecil sahaja sering menjadi isu kami bergaduh. Hanya saya sahaja yang tahu kelakuannya, orang luar akan tetap menganggapnya sempurna.

Saya fikir dengan bercerita dengan keluarga, terubat kesunyian saya tapi disitu kesalahan saya.

Terima kasih sudi mendengar luahan si bongsu yang merana hidup di bandar tanpa sokongan ahli keluarga. Sejak bila saya mula rasa sunyi sebegini? Sepi …..

Si Bongsu.

– Lavendar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. sebenarnya masalah besar awak ialah kakak awak, kan… awak pindah je la dik.. sewa bilik lain & kalau nak cari keje lain sila kan je.. hati dah tak tenang.. biarlah berjauhan dgn kakak, lama2 nnt hubungan akan jadi lebih baik.. (berdasarkan pengalaman sendiri).. semoga masalah awak cepat2 la selesai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *