Healing & Moving Foward

Hi semua. Aku She. Sekarang berumur 28, single dan menetap di negeri S untuk mencari rezeki.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang penyayang sehinggalah mak aku diagnosed with cancer tahap 4 ketika aku berusia 12 tahun. Kebetulan ayah aku ketika itu dapat kerja jauh di utara.

Masa tu aku ingat lagi ayah aku tiap hujung minggu mesti turun di rumah untuk menguruskan mak aku dan kami adik beradik.

Umur mak aku tak panjang dan meninggal dunia ketika aku 14 tahun. Segalanya berubah selepas itu. Kami berdikari sendiri.

Satu je yang aku kagum dan bersyukur, kakak aku yang sulung sangat bertanggungjawab menggantikan peranan arwah mak aku ketika dia masih usia yang muda. (Moga Allah murahkan rezeki & mudahkan urusan mu Kak M)

Masa itu segalanya sifat manusia aku nampak. Kami pernah diambil kesempatan kemudian dipsiko dan difitnah oleh bekas kawan mak aku dan benda ni memberi kesan kepada diri aku sehingga ke hari ini dimana aku ada trust issues kalau ada orang yang berbuat baik kepada aku.

(Masa ni ayah aku masih lagi di utara terikat dengan tempat kerja & tak dapat tukar berdekatan dengan kami adik beradik)

2 tahun kemudian ayah aku pencen dan alhamdulillah kami duduk bersama kembali. Walaupun ada kekurangan, tapi kami tetap bahagia.

Ayah aku walaupun tak sempurna, tapi dia tetap seorang ayah yang bertanggungjawab dan sangat sayang pada anak2 terutamanya anak perempuan.

Namun, Allah menguji diriku dengan mengambil ayahku pada tahun lepas. Pemergiannya secara tiba2 masih lagi memberi kesan yang mendalam pada diri aku.

Bukan itu sahaja, satu2 ujian yang diberikan kepadaku dimana abang dan kakakku mengalami episode sehingga perlu mendapatkan rawatan psychiatry.

Aku selaku yang paling tua dan masih sihat ketika itu handle satu2 dengan masih dalam keadaan yang bersedih lagi.

Pernah sekali aku mimpi kedua2 orang tua aku dan benda ini baru pertama kali berlaku. Aku mengadu kepada mereka, dan selepas aku bangun aku rasa sangat sedih dan menangis tak henti.

Sekarang ni alhamdulillah, keadaan makin baik, dimana kakak dan abang aku masih follow up dengan dr.

Sebelum ni aku bekerja di negeri tempat tinggalku kerana ketika itu arwah ayah aku agak uzur dan aku decided aku nak berbakti dengan ayah aku selagi dia ada.

Sekarang, aku dah bekerja di tempat baru yang alhamdulillah setakat ni baik untuk aku. (Which i proud of myself since i took brave decision to moved into new place with no friends and put trust to Allah at every step of the way)

Aku dalam tempoh fasa healing & finding my own happiness. Ramai kawan2 usia aku dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Aku berdoa dan berharap dipertemukan jodoh yang baik2 dan keluarga bakal mertua baik2 yang boleh terima diri aku dan keluargaku.

Oh ya aku tak pernah bercouple walaupun ramai tak percaya kalau kenal aku dan aku rasa ini mungkin kerana aku introvert dan kesan trauma yang pernah aku alami.

Aku a bit low self esteem and pernah juga ada orang berhasrat nak kenal dgn aku tapi aku tolak sebab aku tengok keluarganya baik2 dan aku rasa aku tak layak.

Minta readers semua doakan aku sentiasa kuat dan moga2 aku berjaya break the wall which i built dan dipertemukan jodoh yang boleh bersama aku susah dan senang dan membawa aku ke syurga.

Love,

– She (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *