Hidup Berubah Selepas Bernikah

Assalamualaikum semua. Aku insan tak bernama. Aku dulu nya jenis orang yang sentiasa positif, ramah dan banyak kawan. Selalu makan angin di dalam dan luar negeri.

Namun semua itu berubah setelah aku bernikah..

Aku nikah di waktu dah berusia. Sebenarnya aku rasa tak bernikah pun ok. Hidup dah serba cukup. Tapi kerana aku lihat calon suami ku waktu itu bersungguh untuk bernikah. Aku rasa, jika dah sampai waktu siapa kita nak melawan takdir.

Sebelum nikah aku lihat ada beberapa red flag pada suami ku. Contohnya akan tiba-tiba guna perkataan kesat dan tak sensitif pada orang sekeliling.

Bodohnya aku, awal aku pikir aku boleh ubah sikapnya. Dan aku malu untuk membatalkan pernikahan kerana semua orang dah tau. Bodohnya aku, kerana takut malu.

Hidup berumah tangga tak seindah yang aku pikir. Kerana aku datang dari keluarga besar, kami biasa bersikap bertolak ansur dalam semua hal.

Tetapi bukan untuk suami ku. Dia hidup sebatang kara, tiada istilah tolak ansur. Sentiasa defensif kerana tak suka dibuli katanya. Aku di label bodoh kerana selalu bertolak ansur dengan semua orang.

Baru sehari nikah aku dah di maki kerana katanya keluargaku tak suka dia. Katanya keluarga ku tak suka aku bernikah kerana duit ku banyak. Keluarga ku tak suka dia menumpang harta ku.

Dia bergaduh dengan adikku sampai sanggup sabotaj rumah keluarga ku yang kami tumpangi. Alasannya, apa yang dia rosak kan adalah apa yang dia buat untuk ku dulu. Bukan untuk keluarga ku.

Aku menjeruk rasa tapi untuk bercerai pada usia pernikahan beberapa hari sangat memalukan buatku. Dari awal dah wujud konflik antara dia dengan keluarga ku. Dan aku menjeruk rasa kerana aku sayang keluarga ku. Tapi aku kena hormat suami.

2 minggu nikah, dia berhenti kerja atas alasan bos dia buli dia. Padahal bos dia merayu rayu minta dia datang kerja. Bermulalah episod aku bekerja dan dia duduk rumah.

Awal nikah aku jadi pemandu grab. Dia duduk rumah tunggu aku balik masak. Covid belum muncul dan rezeki aku murah.Walau hanya bawa grab aku mampu bayar kereta dan rumah sewa. Kemudian aku dapat kerja tetap.

Beberapa bulan kemudian covid muncul dan PKP pun muncul. Walau dalam musim pkp, kami masih cukup makan berkat syarikat tempat aku bekerja masih beri gaji. Dan dia masih tidak bekerja dengan alasan kerja bidang dia susah di buat sewaktu PKP. Aku bersabar.

Dia jenis panas baran, jika aku masak sesuatu yang dia tak suka. Dia tak malu untuk buang. Aku sedih itu rezeki. Jadi selepas itu aku masak ikut selera dia.

Dah lama aku teringin makan ikan pekasam, ikan masin tapi kerana dia tak suka, aku mengalah. Jika air minum telalu panas, dia curah ke sinki. Padahal tunggu sekejap kan boleh dingin air tu.

Pergaduhan dengan keluarga ku sering terjadi sekiranya aku menegur dia dengan menyebut nama emak atau ayah.

Aku cuba nak bentuk dia jadi suami yang boleh bertimbang rasa dengan mertua. Tapi dia tak akan teragak – agak menyerang emak ku dengan kata-kata kesat. Aku serik.

Keluarga ku selalu ingat aku taat suami sehingga buang keluarga. Tetapi apa yang keluarga ku tak tau adalah aku selalu di pukul jika aku membela keluarga ku.

Keluarga ku benci aku kerana dia. Tapi mereka tak tau apa yang kau lalui demi melindungi keluarga ku. Rumah ku, aku dulu janjikan kepada emak ayah untuk mereka duduk.

Tiap kali apabila kami susah, dia suruh aku jual rumah tu. Aku enggan kerana aku pikirkan ayah yang dah tua. Dia kata bukan tugas anak perempuan untuk bantu keluarga.

Tapi ini keluarga ku, emak ayah yang besarkan ku. Apabila aku mempertahankan prinsip ku, pasti dapat tumbukan di kepala.

Ya kami bergaduh dan aku akan maki- maki dia. Kerana masalah duit terjadi kerana dia yang tak mau kerja. Jika dia berkerja pasti kami hidup senang. Nak harap gaji seorang untuk tanggung segala nya adalah mustahil untuk hidup senang.

Dia.. entah berapa ratus syarikat aku tolong dia mohon kerja. Dipanggil untuk interview, dia suruh aku hantar dia pergi dengan alasan ada isteri lebih semangat.

Ok aku turutkan sampai sanggup minta cuti separuh hari. Sampai di depan pejabat untuk interview, dia tak mau masuk. Ya ini benar. Dengan alasan, dia rasa syarikat ni tak mampu bayar gaji, scammer, penipu atau nak makan tenaga orang.

Awal awal aku iyakan. Lama -lama aku jadi muak. Duit ku habis buat isi minyak. Gaji kena potong tapi tiada hasil. Tau nya ajak aku bersiar – siar tanpa pikir duit semua datang dari mana. Sehingga hari ini masih belum bekerja. Dan aku yang menangung semua.

Duit kereta, duit rumah dan hutang – hutang aku yang lain terpaksa skip skip bayar. Mungkin aku akan hilang rumah dan kereta dalam masa terdekat.

Sejak aidilfitri dia sakit. Sakit yang tak boleh bergerak. Walau sakit masih juga cari gaduh dengan jiran. Sampai kena halau dengan tuan rumah.

Ini bukan kali pertama kena halau. 4 tahun nikah, dah 5 kali aku pindah. Semua kerana dia bergaduh dengan jiran-jiran. Apabila aku tegur sikap dia, dia kata dia bergaduh kerana aku ni bodoh. Terlalu ramah dengan jiran sampai orang ambil kesempatan.

Kesempatan apa?? Dia tak jawab. Pokok nya.. semua perbuatan orang adalah salah di mata dia. Sekarang berkat aku bawa dia ke hospital selalu. Alhamdullilah dah boleh jalan. Tapi masih belum mau bekerja dengan alasan masih sakit sikit.

Kena tumbuk tu dah biasa. Cermin mata pecah dah banyak kali. Rasa sejak nikah dah 8 kali aku ganti cermin mata. Bukan tak pernah report polis.

Yang polis tanya aku. Gaduh-gaduh macam mana aku main? Dia tanya nak tangkap suami aku? Aku jawab ya. Dia beritahu nak buat hal macam ni bukan mudah.

Hujung-hujung suruh aku balik dan berbaik dengan suami. Disuruh batal report dan rujuk ke mahkamah syariah. Jika suami aku normal seperti orang lain ini adalah mudah.

Tapi suami ku tak normal. Ada gilanya. Dia tak malu-malu untuk bergaduh di tempat awam. Waktu pkp dulu kami pun pernah bergaduh sampai aku guna lawyer nak tuntut cerai.

Tapi PKP membunuh semuanya. Mahkamah tutup. Dan kes ku terbiar sepi. Mungkin mereka pikir aku dah berbaik. Kerana aku ingin tuntut cerai lah aku kena pukul. Masa tu di dalam kereta di tempat parking depan mahkamah syariah.

Setelah itu, di maki emak ayah ku. Katanya orang tua ku yang menghasut aku minta cerai. Ditambah lagi katanya Keluarga ku menyihir kami untuk berpisah. Yang dia tak pikir adalah. Sikapnya sendiri yang membuat aku jadi begini.

Setelah reda. Dia minta maaf. Janji tak akan ulang sikap buruk nya. Tapi masih tak berubah lah. Kaki betina. Flirt dengan perempuan sana sini di medsos. Sanggup bayar untuk langan Omi. Mesej lucah kepada perempuan lain. Ada yang layan, ada yang tak mau layan.

Aku menjeruk rasa. Sampai sekarang masih sebut kebaikan bekas tunang dia yang telah meninggal dunia. Aku ni dinikahi cuma untuk tanggung hidup dia.

Kenapa aku masih dengan dia? Kerana aku bodoh. Aku tiada tempat nak di tuju. Keluarga ku benci aku kerana dia. Padahal mereka tak pernah tau apa yang kau lalui.

Mereka sanggup biar orang luar marah dan ugut aku depan mereka. Puas hati mungkin. Ingat ini anak derhaka yang taat suami.

Kenapa aku tak besar besar kan hal ni? Suami aku tak tau. Tiap kali dia marah aku kerana berbual dengan orang tu padahal dia tak tau apa yang aku lalui waktu itu. Kerana aku tau suami aku tak akan malu untuk serang mereka. Aku tak mau ayah yang sakit bertambah sakit.

Cukup lah dulu ayah menangis kerana sikap suami aku hingga aku tak diakui sebagai anak dan diharamkan untuk jejak kan kaki kerumah keluarga ku.

Sekarang aku benar hidup tersepit. Pindah randah membuat kan aku tak cukup duit selalu. Duit deposit rumah sewa tak murah. Pernah kami tidur di dalam kereta di tepi kedai-kedai sementara tunggu gaji keluar untuk dapat sewa bilik.

Selalu selepas di halau oleh tuan rumah, dia akan cakap. Orang dengki kepada kami. Orang jahat. Tak pernah sekalipun dia muhasabah diri.

Apa yang terjadi berpunca dari diri sendiri. Jika aku buka suara cakap punca terjadi perkara begini, aku dapat makian carut marut hingga mak ayah aku pun di maki padahal orang tua aku dah tak campur urusan hidup aku.

Aku dah kena buang oleh keluarga. Dia ja yang tak tau. Kerana jika dia tau. Dia akan suruh aku jual rumah aku tu. Pasti dia akan cakap. Orang dah tak suka kenapa nak di bantu. Selalu dia marah aku. Katanya aku pilih hidup susah padahal aku boleh senang dengan jual rumah aku.

Aku tak suka kerana aku rasa itu harta aku. Jika dia nak hidup senang dia kena tunjuk usaha. Tak kan tiap kali nak aku tanggung hidup dia.

Salah kah aku pikir begini?

Tiap kali bergaduh dia ugut nak ceraikan aku. Aku setuju. Tapi dia tak mau ceraikan aku pun. Siapa nak tanggung hidup dia? Dan aku tak berani nak lari dari dia.

Jujur.. Aku tak tau aku nak melangkah kemana. Semalam hanya kerana telur rebus kulit nya melekat waktu di kupas. Aku kena tumbuk didahi kerana katanya makanan ini layak untuk binatang.

Dia halau aku dari bilik sewa kami. Aku memang pikir aku nak lari. Aku nak ambil baju dia tak bagi.

Lepas 1 jam di wasap suruh aku balik. Aku balik kerana aku tak ada apa. Aku tak tau aku nak pergi mana. Dengan dia yang gila, aku tak mau dia serang kawan – kawan sekerja jika aku betul lari.

Aku buntu. Kawan-kawa pun tak tau kisah ku. Aku simpan rapat dari semua orang.

Masa satu jam tu, aku telusuri contact ku dalam handphone. Aku tak jumpa satu pun yang boleh aku minta tolong.

Keluarga? Cukup lah orang dah benci. Kawan? Aku tak ada kawan. Pernikahan ini membuatkan aku hilang semua. Aku hilang kawan hilang saudara.

Aku pernah pikir nak lari ke negeri lain. Tinggalkan semua. Tapi kadang aku takut dia serang tempat kerja aku. Bos aku baik. Aku tak mau dia dapat susah.

Suami aku gila. Cara dia pikir tak macam orang normal. Aku rasa aku pun dah boleh pikir dengan normal.

Bunuh diri? Selalu hadir dalam pikiran ku. Tapi bila aku pikir macam ni, aku ambil wuduk, aku baca yasin. Aku berdoa banyak dengan tuhan. Tapi masih belum reda ujian ini.Semoga ada hikmah dari semua ini.

Aku buntu, aku tak tau aku nak buat apa. Dengan di kejar-kejar pihak bank kerana hutang keliling pinggang. Kadang pikir mati adalah penyelesaian kepada segalanya. Masalah hidup dah tak tertanggung.

Kadang terbayang – bayang di mataku aku dikafankan. Rasanya apabila aku tutup mata. Hilang semua masalah dunia.

Mohon bantuan dari kawan – kawan dunia maya. Aku bodoh. Tolong tunjuk kan aku jalan yang benar. Aku dah mohon dari Allah. Mungkin cara Allah tunjuk jalan adalah melalui hambanya yang lain. Aku mohon..

– Tak Bernama dan Mungkin Tak Bernisan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *