Bagaimana Jadi 1steri Bernilai?

Tujuan aku menulis disini adalah untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari kakak² dan abang² yang sudah senior dalam alam perkahwinan.

Penulisan aku mungkin bercelaru seperti otak aku sekarang.

Untuk intro, perkahwinan kami baru setahun jagung dan memiliki seorang cahaya mata.

Aku anak sulung dan dari keluarga broken, menyaksikan ibu berpenat lelah membesarkan kami 6 beradik jarak 2 tahun. Ayah berkerja jauh ketika itu. Tapi ibu meninggal bila aku disekolah menengah.

Jadi memori aku ketika kecil hanyalah menjadi orang kanan ibu @ co-parent kepada ibu ku untuk menjaga adik².

Sesiapa anak sulung co-parent sahaja tahu perasaan dan tanggungjawab tersebut dan walaupun susah untuk mengaku, ye aku kurang kasih sayang dan berazam mengimpikan perkahwinan penuh kasih sayang dan bahagia.

Issue aku disini ialah apabila aku berkahwin dengan suami yang boleh aku katakan kurang kasih sayang juga. Dan berharap aku memenuhi lompong kasih sayang tersebut.

Dia seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Kami sama² berkerja. Rumah sewa dan rumah kami beli bersama dia bayar sepenuhnya.

Hadiah seperti emas dan lain-2 juga turut diberikan. Susu dan pampers anak juga dia sediakan. Aku hanya bayar bill, groceries dan yuran daycare anak kami.

Tapi kami ada masalah komunikasi yang bila kami cuba berbincang issue berbangkit, kami akan bergaduh kerana aku hanya fokus current issue dan dia memandang issue tersebut as a whole.

Dan malam tadi aku terasa hati bila dia kata bahawa aku tiada nilai untuk dia sebab dia tak rasa disayangi dan aku tidak menyumbang apa² dalam perkahwinan ini. Dan dia tak looking forward untuk balik ke rumah kerana baginya tiada presence isteri.

Dia pertikaikan bila aku last masak proper meal untuk dia (aku hanya masak nasi goreng hari jumaat), dia mahu aku didepan pintu tunggu dia balik dan hidangkan dia air untuk dia (katanya kalau bukan setiap hari, tak kan tak boleh 6 hari sebulan).

Aku kerja dan dia kerja. kerja aku menggunakan otak sepenuhnya dan kejar deadline. Dan aku penat untuk berpikir bila balik kerumah.

Bila aku nak masak, aku jugak hilang idea dan bila meminta pendapatnya, “ikutlah”. Aku belum pernah jumpa resepi “ikutlah” di buku resepi dan social media.

Aku boleh makan apa sahaja manakala, dia hanya makan specific ikan dan mesti ada ayam. Jadi untuk match kan menu untuk aku kadang² susah.

Kenapa dia tidak boleh tolong clearkan fikiran aku dari menambahkan beban nak pikir nak masak apa? Aku makan dengan telur goreng nasi panas sahaja sudah memadai.

Sebagai isteri aku nak masak yang terbaik untuk suami tapi kadang² aku juga habis idea.

Malam² lepas kerja, nak pikir menu anak kami ke taska, cuci bekal, basuh baju (kalau sempat) prepare bahan masak, basuh pinggan mangkuk dalam sinki. Otak aku bangun sahaja tido berkerja tanpa henti untuk plan semua sampailah aku tido.

Bangun tido masak kan anak, prepare bekal, prepare baju, basuh botol (kalau husband tak basuh) dan hantar anak ke taska barulah aku ke tempat kerja.

Bila aku cakap otak aku tanpa henti berkerja, dia mengatakan bahawa aku cakap dia tak menyumbang apa².

Sebelum pembaca confius, aku berkerja seminggu dirumah dan seminggu di office. Bila aku berkerja di rumah, aku yang hantar dan ambil anak di taska. bila aku di office, aku hantar dan husband ambil.

Aku tak tau apa yang aku sepatutnya buat sebagai isteri bila suami aku ingin aku “nurture” dia.

Bila aku baca maksud nurture, kebanyakkan mengatakan listening, touch, s3x, emotional support which untuk aku, aku rasa ada provide. Kenapa aku kata aku rasa?

Sebab mungkin tidak/tidak cukup bagi dia. Sebelum ada anak, memang aku prepare bekal untuk dia dan ada masa untuk masak untuk dia.

Aku tanya dia malam tadi apa maksud nurture dia maksudkan, tapi issue kami hanya berkisarkan tunggu depan pintu bila dia balik. Issue kemas rumah juga pernah dia di bangkitkan, tapi kenapa semua itu dibahu aku?

Tak boleh kah dia tolong kemas kalau rumah bersepah? Sepertinya dia mahu aku melaksanakan semua kerana dia sudah provide 80% of the household. Adakah dia lupa aku manusia dan isteri, bukan hamba bukan robot.

Dia compare aku dengan artis yang boleh jaga / layan suami tiptop. Aku tanya “awak kawan dengan suami dia ke?, suami dia cerita dekat awak?” dia diam.

Jadi aku disini confuse apa yang aku harus lakukan sebagai isteri kerana aku tiada role model dan aku juga seorang yang tidak pernah ditunjukkan cara berkasih sayang.

Aku hanya belajar dengan observe orang disekeliling aku. Dan sekarang husband aku demand untuk nurture dia tanpa sebarang “manual”.

Dan perkataan tiada value untuk dia itu sangat memberi impak terhadap aku. Jika tiada value kenapa simpan?

Jadi aku perlukan cadangan dari isteri², suami² bagaimana ingin menjadi isteri bernilai di mata suami.

Isteri yang confused dan tiada nilai,

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *