Perjalanan Hati

Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin kenalkan diri. Nama saya Lulu’ bukan nama sebenar, saya seorang pensyarah yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Umur nak dekat hujung 20 an.

Di sini saya ingin ceritakan kisah perjalanan hati yang saya lalui. Waktu saya menaip ni pun saya sedang mendengar lagu perjalanan hati dari firdaus mukhtar..

Kisah bermula apabila aku bertemu dengan seseorang lelaki yang aku namakan dia Yusuf. Ye namanya Yusuf..

Adakah dia seorang yang kacak seperti nabi Yusuf? Tentu nabi Yusuf lebih kacak. Tapi tidak dinafikan dia seorang yang sangat kacak dan memiliki rupa yang sempurna 100%..

Dia adalah orang asli arab yaman. Bagaimana aku bertemu dengannya? Kami bertemu dari group kursus bahasa arab.

Suatu hari aku mengirimkan doa-doa pilihan yang boleh dibacakan pada harian. Dari situ kami bertemu di saat dia komen bahawa ini adalah doa ayat ammi yaman sapa je yang akan faham melainkan orang yaman.

Selepas beberapa hari aku teringin untuk berkenalan dengan orang yaman ini. Lalu aku memberanikan diri whatsapp dia dan bertanya sebab dia di bumi malaysia.

Lalu dia menceritakan dia berhijrah ke sini meninggal segalanya untuk membina hidup baru disini kerana tiada jalan untuk dia mulakan hidup di negaranya.

Setelah berkenalan dia bertanya adakah sudi untuk aku ajarkan dia bahasa melayu lalu aku bersetuju dengan syarat dia mengajar aku bahasa arab. Lalu kami pun saling berkongsi ilmu sehinggalah dia mengatakan bahawa dia jatuh cinta padaku.

Aku meminta dia kembali kepada tujuan asal kami berkenalan adalah untuk berkongsi ilmu dan tiada tujuan lain setelah beberapa lama aku pula terjatuh cinta kepadanya kerana dia seorang yang baik, jaga solat, faham tentang agama.

Akan tetapi disebabkan aku sedar bahawa cinta ini tidak akan dapat diteruskan kerana beberapa halangan iaitu dia lebih muda beberapa tahun dari aku dan kami bukan bangsa yang sama. Kewarganegaraan juga berbeza..

Dan susah untuk aku mendapat restu ibubapa aku untuk berkahwin dengannya oleh itu aku menafikan sahaja soal hati yang hadir. Akan tetapi akhirnya dia tahu aku menyukainya walaupun aku kata kepadanya aku tidak menyukainya.

Sebenarnya banyak perkara yang aku belajar darinya, antaranya sifat berterus terang, orang arab sangat berterus terang tak de simpan dalam hati. Apa mereka rasa mereka cakap terus.

Dia meminta aku berterus terang kepadanya tentang perasaan aku kepadanya lalu aku mengatakan aku mempunyai perasaan kepada kamu tapi aku tidak mampu meneruskan perasaan ini kerana terdapat halangan yang menyatukan kita.

Dia pun bertanya adakah aku sudi berkahwin dengannya walaupun dia tidak mempunyai apa-apa harta. Sekiranya sudi dia akan mencari jalan untuk berkahwin denganku..

Aku bersetuju untuk berkahwin dengannya. Aku solat istikharah dan berdoa kerana tidak ada jalan untuk kami berkahwin kerana ibuku tidak merestui kami.

Kata yusof adakah aku akan menunggunya sehingga dia mencapai cita-cita dan akan datang untuk berkahwin denganku.

Bagaimana jika waliku bertemu seseorang untuk kahwinkan aku sewaktu dia sedang mengumpulkan duit untuk berkahwin? Perbagai soalan dia tuju kepadaku.

Aku memberikan jawapan bahawa aku tidak yakin sama ada aku mampu menunggunya atau tidak memandangkan pilihan berkahwin bukan semata-mata pilihan aku melainkan terdapat pilihan dan restu kedua ibubapa aku..

Lalu dia pergi dan mengatakan kita tidak lagi mempunyai apa2 hubungan memandangkan dia telah banyak berkorban dalam hidupnya dan tidak ingin berkorban untuk aku.

Lalu dia pergi dengan mengatakan ayat-ayat yang menyalahkan aku. Segala ayatnya menyakitkan hati aku sehingga aku menangis.

Selang beberapa hari dia mengatakan bahawa dia ingin tiada apa-apa denganku kerana dia telah bertemu dengan seseorang perempuan yang akan menunggunya dan yang tulus mencintainya.. Tahu tak berapa aku sakit ketika itu.

Semudah itu dia melupakan aku dan mempunyai perempuan lain dan dia membandingkan diri aku yang tidak sama perempuan itu yang sanggup menerimanya di saat tidak mempunyai apa-apa. Dia melontarkan ayat-ayat yang mengguris hati aku.

Dah lah dia bagi ayat-ayat dalam bahasa arab lagilah sakit hati aku. Haha..

Ya sememangnya kami berkomunikasi dalam bahasa arab. Sehingga aku jadi pandai bahasa arab dan fasih je cakap bahasa arab.. Haha..

Sambung balik.. Sekarang dia bersama dengan perempuan tersebut dan merancang untuk berkahwin. Aku bagaimana?

Hari-hari sedih dan kadang menangis mengenangkan pertemuan yang sungguh menyakitkan.. Semudah itu segalanya berlaku.. Hati ini tiada lagi ruang dan segalanya menjadi saksi bahawa aku cukup sakit.

Mohon doa hati aku yang sakit kembali sembuh..

– Lulu’ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *