Hidup Dalam Mati

Assalamualaikum , aku rasa mesti semua org dah tahu kan kisah 15 tahun gantung diri selepas dapat no 2 dalam trial exam walaupun semua A . Aku nak share kisah aku yang hampir sama , tapi mungkin dalam keadaan berbeza . Aku ada empat org adik beradik dan aku adalah anak lelaki tunggal dalam family . Apabila dapat sahaja result spm aku , aku suara kan keinginan untuk sambung belajar course yang aku minat tapi mendapat tentangan dari keluarga atas alasan tidak sesuai dgn aku . Aku dipaksa untuk menyambung pengajian di salah sebuah ipta dengan course bukan pilihan aku , hendak atau pun tidak aku terpaksa turutkan sahaja . Aku seorang pendiam dan tidak pandai bergaul , apatah lagi duduk berjauhan dengan family . Alhamdullilah , aku lalui sem pertama dgn berjaya walaupun result tidak berapa baik . Kawan-kawan juga banyak membantu dan memberi sokongan kepada aku . Apabila pulang ke kampung , aku sekadar bertanya kepada org tua ku boleh kah aku bertukar kepada course lain walaupun aku tahu jawapan nya .

Hari berlalu pergi tanpa sedar bahawa aku harus pulang untuk meneruskan pengajian lantas aku mencari pelbagai alasan namun semua ditolak mentah-mentah . Akhirnya , aku balik ke ipta dgn hati yang berat . Aku mula mengalami masalah pada sem kedua apabila tidak dapat menumpukan perhatian pada pembelajaran , aku cuba untuk belajar tapi begitu susah untuk difahami . Aku rasa sangat tertekan , tak tahu nak luahkan pada siapa , habis sahaja waktu kuliah aku lebih suka duduk dalam bilik seorang diri sampai kan ramai kawan-kawan mula merasakan aku sudah tidak seperti dulu , ada juga menjauhkan diri kerana merasakan aku sudah sombong .

Hmm , sikap aku yang tidak bercampur dengan student lain telah mendapat perhatian senior aku , dan aku telah dipanggil untuk ke bilik salah seorang senior aku pada suatu malam . Apabila masuk sahaja ke dalam bilik , aku ditanya pelbagai soalan tanpa henti , belum sempat aku menjawab , aku dipukul bergilir-gilir oleh senior aku tanpa rasa kasihan atas alasan tidak bercampur dgn student dan banyak habis masa di dalam bilik . Aku diberi amaran agar tidak mengadu pada sesiapa sebelum dibenarkan balik ke bilik . Aku pulang dalam keadaan marah , geram , sedih , risau dan bermacam-macam lagi .

Aku cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian pada semua subject , habis sahaja kuliah aku terus pulang ke bilik , aku study balik apa yang aku tak faham masa dalam class , ada waktunya aku skip waktu makan sampai malam . Aku nak yang terbaik untuk aku dan jgk keluarga aku . Bila aku dipukul pada malam tuh , aku salahkan keluarga aku sebab mereka tidak faham naluri seorang anak . Aku dapatkan phone untuk memaklum kejadian tersebut pada keluarga aku , aku bernasib baik apabila bapa saudara ku menjemput aku pada awal pagi untuk membuat laporan polis . Aku dibenarkan cuti untuk beberapa hari .

Apabila pulang sahaja dari cuti , aku meneruskan pengajian seperti biasa sementara kes masih dalam siasatan polis , mereka juga diberi amaran untuk tidak menggangu aku lagi . Ada juga kawan yang lahirkan simpati atas apa yang berlaku , tidak kurang pula mengatakan bahawa aku anak manja . Aku lalui hari-hari tersebut dgn doa dan harapan agar diberi kekuatan untuk terus bertahan . Hujung sem kedua , berlaku satu kejadian apabila salah seorang kawan aku telah mencuri perkakas komputer di dalam makmal , dan nasib beliau malang apabila perbuatannya itu dilihat beberapa org rakan sekelas , dek takut ditangkap polis dan dibuang ipta , beliau memohon pertolongan aku , dia pernah ditahan polis atas kesalahan mencuri dan masih di dalam pengawasan , bimbang juga kalau keluarganya tahu .

Aku buntu untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik . Akhirnya , aku mengambil keputusan untuk mengaku salah kerana ingin menyelamatkan beliau . Aku bernasib baik kerana hanya diberi amaran oleh pihak ipta , tetapi disebabkan kes tersebut , teruk aku dimarahi oleh ibu bapaku . Aku cuba menjelaskan perkara sebenar , tetapi tidak diberi peluang . Akhirnya , mereka mengambil keputusan untuk membawa aku pulang ke kampung . Ibu bapa ku mula bersikap dingin terhadap aku . Adik beradik ku juga mula mempersendakan aku .

Untuk pengetahuan pembaca , kakak-kakak dan adik aku semua berjaya dalam bidang masing-masing . Entah kenapa aku sahaja tidak diberi peluang untuk untuk mencapai cita-cita aku . Hampir seminggu di kampung , aku menerima panggilan dari salah sebuah fast food untuk ditemuduga , alhamdullilah , aku diterima berkerja . Hubungan aku dan keluarga dingin sekali . Aku dapat merasakan mereka tidak bersetuju apabila aku memilih untuk kerja di fast food tersebut dgn gaji yang tidak seberapa .

Hari berganti hari , hampir dua tahun aku berkerja di fast food sehingga pada satu hari aku mendapat tawaran dari salah sebuah syarikat swasta . Hubungan aku dan keluarga tetap dingin seperti dulu , aku sampaikan berita tersebut kepada orang tua ku namun mereka seperti tidak mempedulikan aku . Aku memulakan tugas bersama kawan kawan baru , banyak yang aku pelajari di sini , tidak lama selepas itu , aku dinaikkan pangkat sebagai manager dengan gaji sebanyak empat angka . Aku berasa sangat gembira apabila penat lelah aku selama ini dihargai oleh majikan .

Aku banyak habiskan masa dalam bilik apabila berada di rumah , mungkin kerana mereka tidak mempedulikan aku lagi . Aktiviti kami sekeluarga juga sudah tidak seperti dulu . Aku mula merasakan perubahan pada diriku , depression . Yes , aku mula jadi pendiam , sometimes aku bleh jadi happy , and sometimes aku bleh jadi sedih . Aku juga tidak mempunyai ramai kawan , sifat aku yang tidak pandai bergaul membuatkan diriku aku terasing . Hari cuti aku memilih untuk duduk di rumah sahaja .

Aku semakin teruk apabila ada kawan-kawan sekerja melihat aku banyak termenung . Ada diantara mereka memberi cadangan bahawa aku perlu berjumpa doctor pakar . Ada juga diantara mereka mahukan aku cuba mengambil dadah , untuk suka suka . Mana tahu boleh selesaikan masalah . Aku merasakan hidup aku bagaikan lalang , aku ikut sahaja ke mana angin mahu tiup . Aku semakin teruk apabila tiba suatu malam tanpa berfikir panjang , aku minum racun dengan harapan biar lah hidup aku sampai di sini sahaja . Aku pengsan , bila sedar sahaja aku sudah pun berada di hospital . Namun , tidak ada seorang ahli keluarga aku pun yang datang melawat . Hanya majikan dan beberapa org kawan sahaja .

Aku pulang ke rumah dan diberi cuti beberapa hari , majikan aku seolah-olah memahami keadaan aku . Aku sangka kan akan beransur pulih namun sangkaan aku meleset jauh sekali , aku semakin teruk . Aku seperti ingin melarikan diri tetapi tidak tahu kemana , hampir setiap hari aku fikir akan kematian , aku bagaikan tidak waras . Aku pernah cuba memberitahu kakak tentang masalah aku , namun hampa . Kakak ku cuma mengatakan aku terlalu banyak berfikir . Aku malu untuk memberitahu kedua ibu bapaku kerana tidak mahu mereka merasakan aku menjadi beban . Aku tahu , mereka hampa dengan sikap ku , aku tidak seperti anak yang lain , aku tidak pandai seperti adik beradik aku .

Akhirnya , aku mengambil keputusan untuk meletak jawatan dari syarikat tersebut . Aku banyak menghabiskan masa di rumah sahaja , lebih lebih lagi di dalam bilik . Apa yang berlaku membuatkan aku takut untuk melihat dunia luar . Aku memilih untuk berseorangan di dalam bilik . Emosi aku sememang nya tidak stabil . Aku kemurungan , aku lebih banyak termenung , ada kalanya aku menangis sepanjang hari , aku sedih , aku rasa jiwa aku kosong sangat . Aku keliru . Adakah tali cemati itu pilihan terakhir aku ? Apa yang harus aku lakukan ?

Aku bagaikan hidup dalam mati .

– Hamba Allah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *