Hidup kita dah bertukar

Aku seperti org tengah di antara 2 pihak yg melihat sendiri bukti bahawa Allah mampu mengubah rezeki orang dlm sekelip mata, yg susah jd senang, yg senang jd susah.
.
.Awal pertemuan, mak aku izinkan dia ajar aku subjek yang aku lemah & nampak hasilnya yang aku boleh improve banyak dlm subjek yg aku lemah tu. But then, hubungn yg biasa2 tu jadi terlebih biasa. Mak bapak aku terlalu menghina lelaki tu hanya kerana dia bukan orang berada.
.
Mak aku cakap "Dia pandai, sebab dia miskin lah dia x sambung belajar universiti, kerja pun biasa2, apa yang nk diharapkan lelaki macam tu?"
.
Sehingga kini aku & dia masih ada hubungan. Hampir 10 tahun masa berlalu. Allah ubah rezeki masing2. Lelaki tu ada kepakaran dalam banyak kerja, jadi pekerja kesayangan bos dgn gaji yang lumayan. Belah family aku, masalah kewangan & kesihatan dah makin parah nampaknya.
.
Tanpa pengetahuan mak bapak aku, duit yang selalu aku serahkan kat mak bapak aku tu sebenarnya duit lelaki tu. Lelaki tu selalu ajak kahwin & minta aku cakapkan kt family aku yang dia nak masuk meminang.
.
Aku tahu yang dia akan dihalau mentah2 kalau dia trus dtang rumah aku. Tapi aku suruh jg dia datang rumah terus sbb aku takut nak cakap kt mak bapak aku yang aku nak kahwin.
.
Orang kata boleh guna wali hakim kalau ada alasan kukuh. Tp aku sedar yang aku takkan kahwin selagi mak bapak aku tak betul2 merestui dengan ikhlas/hati terbuka. Besarnya keinginan aku nak kahwin, tp lebih besar keinginan aku untuk bernikah berwalikan bapak aku sendiri & biarlah mak aku betul2 redha lelaki tu yang jd suami aku.
.
Jadi, aku x tau sampai bila aku akan berdiam & biar je mak bapak aku guna duit lelaki tu untuk keperluan harian.

– Maya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *