High Council: Menggamit Memori

Pertama kali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin (kalau la cerita aku ni keluar)..

So aku takda lah nak buat confession sangat pun, sekadar nak berkongsi cerita sahaja pengalaman masa aku sekolah asrama dulu.

Yelah baru-baru ni kan hangat cerita tentang budak sekolah kat astro cerita High Council.. sampai dah bebudak semua memasing tiru ayat ‘nama aku Kahar, aku kapla’ apa-apa la camtu kan..

Masa aku tengok cerita ni, aku macam peh, bagus orang buat cerita ni. Benda camni la kita nak tengok, bukan kisah cintan cintun memanjang je kan.

Punya lah fenomena cerita tu sampai ada kawan2 aku yang berazam memang tak nak tempatkan anak-anak dia pergi asrama sebab takut dibuli dan sebagainya..

Sebagai bekas pelajar yang duduk asrama (btw aku ex sekolah aliran sains berasrama penuh),

Tak ku nafikan kebersamaan cerita tu dengan reality sebenar adalah dalam 85%.. (ini berdasarkan kehidupan yang aku lalui lah, mungkin pelajar asrama tempat lain berbeza2 ye, jangan kecam)..

Masa aku dalam asrama tu, otak aku ni selalu berpikir, kenapa budak pandai, tapi perangai macam haram jadah ek.

Hahaha sebab mindset aku jenis macam orang pandai ni sepatutnya attitude dia kena la selari dengan kepandaian dia. Tapi tidak ye kawan-kawan.

Aku tak pernah kena buli, tapi aku pernah nampak orang kena buli.

Ketua yang membuli tu, bukan calang2, result memang gempak. Tak dinafikan beliau juga antara tokoh sukan sekolah. Kira yang bagi sumbangan la yang mengharumkan nama sekolah.

Itu yang kita nampak kat luar, tapi bila balik asrama, kau lah paling setan. Sepak terajang junior.

Aku tak nak sebut la bab curi2 maggi ke, suruh basuh baju ke, buatkan kerja sekolah ke, tu terlalu mainstream. Biasa sangat tu.

Ni tahap kau pukul member tu, kau pijak member tu, kau banting member tu pakai bakul dobi, otak kat mana pun aku tak tahu lah.

Mungkin korang nak kecam aku kan sebab apasal aku tak pergi report warden ke apa..

Macam kau tengok kat high council tu la.. Kita yang lemah ni memang tak mampu report, sebab kau sendiri nak survive diri kau sampai habis study. Yang kau mampu, berdoa semoga warden dapat detect budak pembuli tu.

Dan macam kes kat sekolah aku, si pembuli dikesan bersama konco-konconya.. tapi hanya si ketua dia pindahkan sekolah, yang digosipkan para student sekolah tu untuk budak2 nakal.

Sekolah tu still dalam rangkaian system sekolah yang sama jugak, cuma lain area je la.

Haha tak tahu la betul ke tak ye, aku pun dengar je la apa orang cerita.

Kesimpulannya, pada aku.. pucuk pangkal mungkin ibu bapa banyak mainkan peranan dalam membentuk anak-anak..

Ye, mungkin orang kata si ibu bapa sudah sehabis baik membentuk anak, tapi anak pulak entah dari mana datang perangai celakanya tak tahu la.

Depan-depan pijak semut tak mati.. Bila di asrama, dia rasa dia paling berkuasa, paling pailang, paling hebat.

Sedangkan yang dibuli, pada aku langsung tak berhak menjadi mangsa (melainkan budak yang dibuli tu memang celaka jugak aku tak tahu la kan)..

Ni konsep aku kalau budak yang dibuli tu memang takda kesalahan apa-apa, apa la dosa dia nak mendapat layanan buli seperti rupa.

Sedangkan semua orang adalah kesayangan mak dan ayah dirumah..

Aku berharap semoga dimasa depan anak-anak kita takdelah terjebak dalam budaya buli macam ni.. Hiduplah aman harmoni belajar mununtut ilmu walau dimana jua mereka berada.

Yang sayangkan anak bangsa,

– Kamal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *