Madu Kawanku Tak Guna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hai warga maya semua.. Aku nak cerita pasal kawan baik aku yang sangat penyabar orang nya, walaupun suami telah disondol tapi tahap sabarnya amat tinggi..

Baiklah, aku ada sorang kawan ni, biarlah aku letak namanya Marya, Marya ni non muslim, sebelum kahwin dia ni ada je ramai boyfriend tapi akhirnya dia kahwin dengan Murad (nama samaran) juga non muslim.

So dipendekkan kisah, antara kitorang aku kahwin dulu dan dapat anak, Marya ni berkahwin 2 tahun kemudian..

Masa lepas kahwin, dia tak banyak bercerita dengan aku, yelah kan biasanya bila dah kawan rapat, mesti cerita keseronokan berkahwin, jadi isteri apa semua, tapi Marya ni akan cerita bila aku tanya..

Husband aku, Sharif pun kira kawan jugak la dengan Marya ni, so dia la bagitau aku untuk tanya Marya ni kalau2 ada masalah yang nak dikongsi,

Memandangkan Marya ni pernah cerita yang dia dan Murad kena kerja kuat terutamanya Murad yang kadang kadang tak balik rumah sebab kerja.

So aku dan Sharif pun cam pelik kenapa struggle sangat sedangkan mereka belom ada anak, kata Marya, Murad kena bayar loan PTPTN dan tanggung keluarga..

So cerita Murad tak balik selalu berlalu begitu sahaja. Aku kemudiannya berpindah jabatan, jauh sikit dari Marya ni, so jarang- jaranglah jumpa..

Lagipun masa aku banyak habiskan untuk anak dan suami aku. Kami ada la jugak wasap dalam grup bawang kami tapi dah jarang berjumpa bersama.

Sehingga lah aku dah ada anak yang ke tiga, ada sesorang yang aku kenal berlegar di media sosial bersama wanita dan anak-anak yang sudah besar.

Pada awalnya aku sangka pelanduk dua serupa, aku pun tunjukkan pada kawan kami yang sorang lagi, Zaryn, alangkah terkejutnya kami, itu adalah Murad suami kepada Marya..

Hari itu penuh tanda tanya mengenai hubungan Marya dan Murad, berceraikah, Marya ni dimadukan kah. Sedangkan Marya baharu sahaja melahirkan anak yang pertama setelah 7 tahun berkahwin..

Ya Allah, macam macam kami fikir, nak pulak Murad juga sudah bertukar agama dalam gambar keluarga tu, lagilah kami suspen.

Jadinya, aku dan Zaryn ambik keputusan untuk tanya Marya ,apa sebenarnya yang terjadi.. namun dengan tenang Marya memberitahu yang dia sudah tahu perkara itu sudah lama..

Kesiannya pada Marya, tapi nak tahu ke korang sebenarnya Marya ni bukan isteri nombor 2 tetapi dia yang dimadukan oleh si Murad.

Marya beritahu bahawa Murad ada meminta izin untuk berkahwin lagi 1 memandangkan mereka sudah pergi jauh, jadi Marya merelakan untuk dimadukan.

Entah lah, bila agaknya perkara tersebut berlaku kami poun tak tahu, padan lah selama ni Marya banyak berdiam mengenai rumah tangga mereka.. sangat kasihan apabila diberi madu dan bertukar agama secara tiba -tiba.

Aku dan Zaryn minta Marya tuntut keadilan buat dirinya, namun Marya tersangat positif dan kasihkan Murad.. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga si Murad dan juga Murad yang tak sedar diuntung tu.

Sakitnya hati aku dengar yang kawan baik aku tu disondol dan ada anak tiri..

Yang bini nombor 2 si Murad pulak sekarang ni yang terlebih meroyan, Rosliza, asyik mengganggu si Marya.

Rosliza beri surat aduan kepada Marya kononnya telah merampas suaminya tapi apabila ditunjukkan bukti bahawa Marya isteri pertamanya yang sah, memang malu la si Rosliza tu..

Tapi dia tak nak kalah tau, dia mula sakitkan hati Marya dengan menggunakan media sosial..

Dia up gambar bersama sama Murad satu keluarga dan buat caption, itu isterinya yang pertama dan terakhir, itu adalah anak Murad sahaja dan tiada anak anak yang lain, tapi Marya sangat tenang dan tak melatah.

Dia biarkan sahaja Rosliza meroyan di media sosial.

Kalau ikutkan Marya bukan lah tak berduit, dia juga bekerja, ada rupa, ada kereta, rumah semua namun dia memilih untuk kekal bersama suaminya walaupun masa dia bersama Murad tidak seperti dulu lagi.

Kerana dia tidak mahu menambahkan masalah Murad yang berkahwin dua tu.

Untungnya Murad memiliki Marya yang tak membalas semula, kalau lah si Murad kahwin dengan aku, mungkin kuali terbang yang dia dapat tu. Bahkan Rosliza juga akan dapat habuan yang sama.

Sabarnya Marya dalam melayari bahtera perkahwinan yang telah disondol namun diterima sehingga sekarang. Membesarkan anak seperti sendirian, mujurlah ada keluarga dan kawan kawan yang memahami..

Wahai Marya, tabahnya kamu menjadi seorang isteri yang dimadukan.. aku doakan kau sentiasa bahagia dengan apa jua jalan yang kau pilih..

Teruskan berjuang untuk diri kau dan anak kau, Gilbert. Aku, Zaryn dan Sharif sentiasa dibelakang kau, sokong setiap apa yang kau buat untuk kebaikan keluarga kecil mu..

With love,

– Leah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *