Hilang

Hello semua.. First sekali, aku nak ucapkan terima kasih kat admin sebab sudi approve.

Ok nama aku Joyce. Aku dah berkahwin dengan suami aku ni nak dekat 10 tahun. Kami dikurniakan oleh 2 orang anak perempuan.

Aku kalau boleh tak nak cerita kat sini sebab kat sini, tapi sebab aku percaya readers kat sini semua tinggi IQ dan ada common sense, so aku nak mintak pendapat korang.

Cerita dia bermula macam ni, masa mula2 aku kawen dengan suami aku ni, aku tak bekerja.

Jadi, lepas aku kahwin dengan suami aku, aku memang buat semua untuk dia (basuh baju, kemas rumah, masak, beli barang dapur). Aku tak penat malah aku happy buat semua tu. Masa tu kami belum ada anak lagi.

Tapi masa tu, hubungan aku dan suami ok je macam suami isteri lain. Berborak, layan muvie sampai ke malam, manja manja gitu la kan.

Fast foward lepas 4 tahun berkahwin baru lah kami dikurniakan anak. Aku bersyukur sangat. Allhamdulillah.

Tapi macam biasa masalah mula timbul bila tak cukup duit. Masa tu suami aku sound aku dia cakap carilah kerja, kalau ada dua pendapatan okey la sikit kehidupan kita ni. Walaupun aku sentap, tapi ada betulnya cakap suami aku ni.

Aku ada degree. Lepas habis belajar, sempat la aku kerja dua tahun macam tu lepas kawen aku resign. Sebab masa tu rasa nak cari kerja yang sesuai.

Lepas anak sulong aku usia 6 bulan aku dapat kerja. Gaji lagi banyak dari suami aku.

Duit pengasuh dan kereta aku bayar. Duit dapur, bil serta nafkah aku, suami bagi lumpsum dia cakap sekali semua.

Mula2 aku okey lagi.

Fast foward lepas anak dua, aku mula bosan. Aku penat. Semua aku buat. Suami aku, balik kerja je dia akan buka tudung saji. Kalau tak ada makanan, dia diam je. Dia ok je berlapar. Dia tak tanya aku and anak2 dah makan ke tak.

Lepas mandi, dia tengok phone. Anak anak dia tak peduli. Kalau lapar, dia akan makan roti dan sambung balik tengok phone.

Sedangkan aku? Aku dari pagi ye bangun awal siap kan anak2 nak hantar pengasuh. Walaupun pagi, berkecah ketiak aku pergi kerja sebab nak settle anak2. Dia lepas Subuh tidur balik. (Waktu kerja dia lewat sikit dari aku).

Barang dapur ade ke takde dia tak tanya, tak kisah, hatta ubat gigi habis pun, dia suruh aku pergi beli. Sebab alasan dia, dia bagi semua duit belanja rumah dekat aku. So aku kena manage. Aku kena beli.

Beras? Beras aku beli dan aku masak. Duit dapur kadang aku topup. Makan luar aku bayar. Dia tak pernah bawak balik apa2 makanan untuk aku dan anak anak.

Aku pilih untuk diam. Entahlah. Aku rasa dah tawar hati. Kalau nak seks, baru la dia layan aku elok. Sembang2 sikit. Ramah2 sikit. Tu hint dia kalau nak s3ks.

Kalau tak, aku and anak2 aku macam tunggul kayu kat rumah ni. Tak wujud. Kerja dia tengok phone phone dan phone.

Aku dah lama tak makan semeja dengan dia. Selalu kalau dia balik, dia terus je makan dulu. Tak tanye pun aku dah makan ke tak. Normal ke macam ni korang?

Aku kerja ofis pagi sampai petang. Petang nak amik anak lagi. Rumah sepah dengan toys anak2, dengan tak bersapu, kain tak berlipat menimbun dia tak kisah.

Dia diam je dan tengok phone. Tapi dia tak pernah bising rumah sepah ke ape. Aku settle semua tu weekend. Weekend aku akan berhempas pulas kemas rumah.

So by Monday aku terlampau letih untuk pergi kerja korang. Serius aku heret diri aku ni. Aku fikir anak anak aku je. Haih.

Aku pun tak tahu napa suami aku macam tu. Kami dah lama tidur asing sebab dia biasanya akan tertidur atas sofa depan tv. Anak2 tidur dengan aku.

Aku tengok anak anak sekarang ok je kalau abah diorang takde. Yelah ade ke takde depan mata, sama je.

Aku dengan dia sekarang dah macam strangers. Aku dah mula abaikan tugas masak2 aku, balik kerja kalau aku lapar, aku makan dulu kenyang2 dengan anak anak aku baru balik rumah.

Sampai rumah, kalau suami aku dah balik aku pun tak tanya dia dah makan, dia pun tak tanya aku. Lantak lah situ. Aku penat dah. Weekend pula, kalau aku malas, aku biarkan kain tu tak berlipat kadang tu sampai 3 minggu.

Sampah pun aku buang. Sebab nak tunggu suami aku, memang berulat lah tong sampah tu. Dan rumah bau busuk. Aku tak tahan jadi aku buang.

Basicly, suami aku ni umpama orang bujang yang life dia pergi kerja balik kerja je. Isteri dengan anak anak dia tak peduli.

Aku pernah check phone dia kot2 dia layan porn atau ade perempuan lain tapi takde.

Naluri isteri aku kuat kata dia ni takde perempuan lain.

Aku jugak mengaku aku dah out of shape lepas beranak dua ni. Ke sebab tu ye? Ke sebab dia tak selera tengok aku lagi?

Tapi dia masih je nak on dengan aku lagi. Itu pun seminggu sekali. Macam dah hilang seri. Hilang spark dan aku tak nampak apa lagi tujuan perkahwinan ni. Aku rase aku boleh je survive takde suami aku.

Aku tak luah kat sesiapa pun setakat ni. Aku pendam sorang2.

Cinta tu macam dah takde. Lebih kepada nak bertahan sebab anak2. Ape pandangan korang?

Thanks sudi baca. Dan kalau admin approve cerita ni, komen2 korang semua sangat aku hargai sebab aku buntu ni. Aku nak cerai tapi aku malas nak turun naik mahkamah. Leceh dan renyah proses nya.

– Joyce (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *