Benarkah Ini Bahagia?

Aku terbaca satu isu yang sedang didebatkan oleh masyarakat di satu media sosial berkenaan isu ramai & penuhnya sebuah stadium disebabkan konsert dari artis kpop terkenal dunia.

Dan konsert itu dibanjirkan oleh anak muda dan juga viral satu video ramainya anak muda baik lelaki & perempuan menari mengikut lagu artis kpop tersebut.

Ya sudah semestinya budak-budak ini semua kena kecam. Lagi-lagi budak lelaki yang melentok melentik kau menari. Tapi ramai juga yang support. Ini isu lain.

“Sukahati dioranglah, tak kacau orang pun. Janji diorang bahagia.”

Membaca satu komen ini membuatkan aku mahu menulis berkaitan ini. Benarkah ini bahagia?

Tidakah kau dan aku rasa anak-anak ini apa yang mereka rasa bahagia itu bukanlah bahagia sebenar?

Anak-anak ini adalah dari generasi daripada kakak/ abang/ kita yang dimana suami isteri bekerja untuk menanggung ekonomi keluarga.

Mak ayah mereka bekerja sibuk dari pagi sampai ke malam, balik juga sibuk pula dgn perkara lain.

Disebabkan ini aku rasa anak-anak ini mencari “kebahagiaan” sendiri sedangkan sepatutnya “kebahagiaan” itu perlu diberi oleh mak ayah mereka.

Hidup ni benar keras. Kita ni boleh je hidup semampu kita (dengan sumber kewangan yang kita ada), hidup selayak dan sepatutnya,

Tapi disebabkan kita rasa “nanti apa orang kata? & sepatutnya hidup aku macam ni” membuatkan kita rasa hidup masih tidak cukup,

Hidup kita masih miskin, kita sepatutnya kaya, hidup dalam terkejar-kejar pada semua hal dan yang paling penting tiap minggu wajib pergi makan ke kedai viral yang ada.

Kenapa kita tidak pernah ada rasa untuk berdamai dengan takdir kita? Kenapa kita sentiasa mencari masalah dan menyusahkan diri sendiri.

Jadi disebabkan kita seperti ini anak-anak kita juga memilih bahagia cara mereka yang entah apa-apa.

Berhentilah membandingkan diri kita dengan orang lain,jangan letakkan kehidupan orang lain sebagai kayu pengukur hidup kita.

Dalam zaman yang semua payah dan mahal dari ekonomi, kewangan, barangan dan cinta ini, kalau diikutkan juga apa yang kita rasa kita patut dapat, tidakah ia mengundang penyakit seperti depresi, tekanan, masalah mental dan sewaktu dengannya.

Bukan hanya kebendaan dan keduniaan sahaja boleh buat bahagia, dengan hidup beragama juga boleh buat kita bahagia sebenarnya.

“Tuhan sudah meletakkan bahagia kepada kita, cuma kefahaman kita tentang bahagia itu seperti apa.”

Jadi, benarkah ini bahagia?

Nota: ada 15 x “bahagia” pada coretan aku. Jadi berbahagialah semua. Kah!

– Happy Man (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *