Struggle Seorang W4nita Purple Brain

Hai korang. Terima kasih untuk yang sudi membaca luahan kisah hidupku ini.

Tujuan aku tulis luahan ni adalah sebab aku nak minta pendapat pembaca IIUM Confession untuk masalah yang aku sedang alami. No hate. Tolong jangan kecam aku, aku cuma nak minta pendapat saja.

Seperti yang ku tulis tajuk ni, aku seorang wanita with “purple brain personality”. Sejujurnya, aku juga baru sedar personaliti aku ni masa aku di zaman belajar lagi, malah cara belajar aku juga berbeza sedikit dengan kawan-kawan aku.

Aku juga tak boleh belajar dengan cara study group, ini kerana personaliti aku yang lebih sesuai untuk aku belajar dengan cara dan teknik aku sendiri.

Purple brain ni personaliti lebih kepada informasi yang detail, pendek kata sesiapa yang nak berkomunikasi atau memberi tunjuk ajar kepada golongan seperti aku ni mestilah kena ajar dan explain satu persatu. Dan golongan purple brain ni dia lebih kepada visual, gambaran dan tutorial.

Mungkin juga ada ramai yang tak tahu tentang kewujudan jenis-jenis personaliti ni. Bukan terhad pada purple brain saja, malah ada jenis yellow brain, blue brain dan green brain juga. Masing-masing mempunyai personaliti, kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Sebelum aku tahu tentang personaliti aku ni, aku selalu rasa rendah diri, sedih dan rasa diri ni tak berguna. Selalu salahkan diri sendiri dan marah bila bersikap macam ni,tapi ni adalah personaliti semulajadi yang tak boleh diubah tapi perlu menerima tentang keunikan diri sendiri.

Selama aku hidup, aku bekerja, aku sering diejek lurus, lembab, blur dan slow learner. Aku seolah-olah nampak lemah di mata mereka yang tak tahu menilai.

Pernah sampai satu tahap, aku rasa aku nak bunuh diri, tak layak untuk hidup dekat dunia ni.Disebabkan personaliti aku macam ni, aku diambil kesempatan oleh orang lain semasa bekerja.

Untuk pengetahuan pembaca, aku kini sedang bekerja di sektor industri. Biarpun bidang pekerjaanku memang totally jauh daripada apa yang aku belajar, tapi aku rempuh juga demi mencari sesuap rezeki dan menampung kehidupan yang mencabar di zaman sekarang ni.

Walaupun aku bekerja dah hampir setahun lebih, tapi sejujurnya hati aku rasa aku tak boleh go dengan kerja di situ. Kawan-kawan ok, ada waktu rehat, waktu solat, dan tiada masalah gaji dan kwsp.

Cumanya, entah kenapa sampai sekarang aku masih tak mampu nak menyesuaikan diri aku dalam kerja yang aku buat sekarang ni.

Sejujurnya, sangatlah sukar untuk aku belajar semua perkara baru semasa mula-mula aku masuk kerja sini. Sebelum ni, ada lah beberapa workmate dari section lain bagitahu yang department aku bekerja itu sangat tough.

Aku faham tapi pada masa tu, aku lebih kepada nak cuba lagipun aku masih baru lagi, mungkin rasa susah bila kita tak tahu sesuatu perkara.

Sepanjang latihan kerja disini, aku telah dilabel “slow learner” dek kerana personaliti aku yang sering banyak tanya lebih-lebih lagi apabila aku tak faham dengan senior yang memberi tunjuk ajar pada aku terlalu laju, dan tak detail.

Aku jadi terkapai-kapai sebab otak aku ni macam komputer. Perlu sentiasa pegang pen dan kertas untuk catat semua perkara dalam tu lebih-lebih lagi point penting macam kerja.

Bila belajar tu, kena make clear, kena susun dan kena jelas dalam setiap penerangan. Orang kata sistematik.

Tapi aku faham, aku bekerja dengan orang, jadi siapa saja yang nak faham dengan personaliti orang macam aku ni. Aku berasa tercicir di kalangan kawan-kawan sekerja ku. Setiap hari, aku rasa tak bahagia nak pergi kerja, terpaksa pujuk hati ni untuk pergi juga walaupun tak rela.

Nak kata aku tak bersyukur, aku sangatlah bersyukur, cuma tak tahu kenapa hati dan diri aku masih rasa tak selesa dengan kerjaya yang aku duduk sekarang.

Semakin hari, aku boleh buat kerja bila aku dah tahu dengan lebih jelas tentang semua kerja aku. Walaupun aku sampai sekarang perlu buat “list to do kerja aku” aku faham dan redha sebab memang personaliti aku yang memaksa aku untuk buat cara macam tu.

Alhamdulillah, boleh dikatakan 90 peratus aku dah banyak menambah baik diri aku. Aku gunakan semua kekuatan dalam personaliti aku tu untuk kerja aku buat sekarang ni.

Lama kelamaan, sampai satu tahap aku dibebani dengan tanggungan kerja yang sangat banyak berbanding dengan rakan kerja aku yang lain.

Aku ni dah macam robot, kerja-kerja ofis pun aku kena buat, segala jenis laporan dan macam-macam kerja aku kena hadap, kerja dekat luar pun aku kena hadap. Pening, runsing, dan penat otak dan badan aku je yang tahu.

Semakin lama, aku sedar, kelebihan aku itu yang dianggap kekurangan kepada sesetengah senior dan orang di situ membuatkan aku telah diambil kesempatan oleh mereka.

Aku sedar, aku perasan, orang lain yang kerja macam kerja aku langsung tak buat kerja sebanyak macam kerja yang aku buat. Mereka lebih relaks, lebih santai daripada aku. Pernah aku cuba untuk berkira kerja, sebab aku tak mahu kena pijak dengan orang sekeliling aku.

Aku memang hormat orang tapi aku tak rela diri dipijak. Akhirnya, ada senior a.k.a superior aku, dia pesan dalam kerja ni, kita tak boleh berkira. Aku terdiam sebab aku rasa wajarkah perkataan itu diungkap hanya pada aku, bukan pada kawan lain.

Di saat kawan lain bergelak tawa membuat kerja, aku pula masih fokus menghadap kerja-kerja yang berlambak di dalam pc aku. Itu belum lagi kalau timbul macam-macam masalah berkaitan kerja, semua tolak pada aku, atas bahu aku.

Aku kena fikir. Aku kena cepat. Bak kata senior a.k.a superior aku tu, “kerja dekat sini tak boleh lambat-lambat, bila ada masalah kena cepat bertindak”. Ya memang dia kata aku sebab setiap kali ada apa-apa masalah,pasti aku sangat kelihatan tenang, dan lambat bertindak.

Ini kerana otak aku sedang proses maklumat secara terperinci tentang apa yang aku patut lakukan apabila ada sesuatu masalah. Tapi orang tak faham aku. Orang ingat aku lembab.

Aku bukan jenis orang yang pantas bertindak tanpa berfikir pro n cons sesuatu perkara sebab otak aku proses terlalu banyak maklumat sehingga aku perlu untuk selesaikan dengan cara tenang dan step by step.

Aku juga mudah terganggu fokus dan gangguan bunyi serta suara kuat orang sekeliling.

Satu perkara lagi, bila mana bos department aku ada buat job rotation antara kami.

Sejujurnya aku memang tak kisah dan seronok nak belajar benda baru, cuma aku tak setuju bila mana selepas job rotation dibuat, tugas kerja lama ku tetap aku kena pikul juga dan sekarang ditambah lagi tugas kerja baru.

Aku penat sangat. Orang nampak aku kerja ofis dalam syarikat industri ni macam senang, santai tapi orang tak tahu kepala ni badan ni macam-macam nak kena hadap. Letih. Letih sangat-sangat.

Aku sedar yang aku ni lebih bahagia kalau buat kerja yang penat fizikal. Aku boleh kerja operator 12 jam berdiri sebab aku pernah kerja macam tu. Aku pernah kerja yang melibatkan fizikal dekat tempat lain juga tapi lastnya aku berhenti sebab masalah gaji dan kwsp.

Untuk pengetahuan semua, aku juga ada berhadapan dengan seorang lagi senior yang narsistik tapi aku terima je, hadap je sebab aku tahu dekat mana-mana pun akan ada orang toksik ni.

Cuma aku rasa penat sangat, rasa macam dah tak boleh nak go dah. Aku tak tahu apa punca aku rasa macam ni.

Entahla, aku buntu. Aku tak tahu mana yang terbaik untuk aku. Perlukah aku terus bekerja di situ atau angkat kaki? Mohon kawan-kawan bagi pendapat yang terbaik buat ku.

Terima kasih..

– Zarina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *