Assalamualaikum, sy xtau mna nk start. sy crita dr mula knal suami hingga skrg.
Mula2 sy knal suami sy,dia ada sbuah kdai kcil shja,sy xtau dia ada moto je masa tu. sy pula bekerja di sebuah worldwide Bank (main language English) . Masa tu pkai kereta kecil, kereta Malaysia sahaja.
Selepas 6bln knal, ayah sy suruh kami bertunang, sebelum bertunang, Alhamdulillah si dia dpt buka kedai yg lebih bsar dr sebelum ni.
Sebelum menikah, bakal mertua sy bercerita dgn adik beradik bahawa anaknya akn menikahi seseorang yg bekerja di Bank. Menantu nya semua tidak bekerja.
Selepas 6bln bertunang kami menikah dan beberapa bulan selepas tu sy mengandung. Alahan yang amat teruk, boleh kata seminggu 2-3x kena pergi klinik sbb alahan teruk, kena duduk di klinik lbh krg 4-5jam (masuk ubat 2 botol) lepas tu balik rumah. Sampai 1 tahap sy dimasukkan ke hospital disebabkan alahan terlalu teruk,bkn sy manja tp masuk sahaja bulan ke 3 mengandung alahan bermula & sangat teruk. Keluar dari hospital sy buat keputusan untuk berhenti kerja atas persetujuan dari sy & suami.
MALANGNYA semasa ank masih lagi dlm kandungan, ibu mertua asyik bertanya "tak nak kerja ke lepas bersalin nanti?".. Soalan yg sering ditanya setiap kali balik ke kg suami dr mengandung sehingga sekarang ( ank sy dah 6bln) sampai sy rasa hina sgt bila tak bekerja sekarang ni. Terus terang sy katakan sy meniaga online selepas berhenti kerja dr Bank & Alhamdulillah ada turun naiknya.
Masa dlm pantang pun saya teruskan niaga online sampai dapat jumlah sama dengan gaji masa sy bekerja di bank (Betul org kata rezeki anak Inshaallah ada). Suami mmg x bg htr anak pada pengasuh walau pun berulang kali sy minta disebabkan sy krg masa kerana fokus pada berniaga online. Ibu mertua sy x pakai hp, jadi mungkin dia x faham apa tu NIAGA ONLINE. Setiap kali balik memang soalan yg sama diulang ulang.
" tak nak cari kerja ke"..
"sekarang ni kalau kerja gaji RM3000 ke atas kira elok la"
Buntu saya fikirkan. Tu belum lg masuk bab adik ipar yg suka dok banding-bandingkan barang ank sy & ank dia.
" Botol susu guna jenama apa"..
"Ank minum susu apa"..
" Car seat ini harga brpa,ank sy pnya pun hrga RMxxx.xx"..
"Stroller kalau nak yang elok guna la Mclaren"..
Sy dh cuba bg yg terbaik, suami pula x bagi htr ank pada pengasuh. Bila org nampak kita tak bekerja, barang yang kita beli utk mereka pn mereka kata tu duit suami kita.
Allahhu… Hanya keluarga sy sahaja yg tahu macam mana sy cari duit walaupn dlm berpantang, tambahan pula sy bersalin operation. Sampai 1 tahap sy malas nak ikut suami blk ke kg dia sebab mala nak dengar soalan yg sama. Suami memang memahami & kadang2 x kisah kalau saya x ikut sama pulang ke kampung.
SURIRUMAH di luar sana, TAHNIAH kepada anda. sy baru ada seorang anak, memang penat uruskan rumah, anak, makan, baju keluarga. Tak pernah sehari pun kita cuti kalau kita berada di rumah. Ramai SURIRUMAH yg BERNIAGA ONLINE skrg ni. sy kagum dengan kalian. DOAKAN rezeki sy bertambah seperti kalian & hati sy kuat untuk lalui hari2 mendatang.
ps: raya tahun ni di kampung suami. tak tahu soalan apa pula akan keluar….
– Mrs L
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
jgn lupe bwk bank statement kalo ditanye soalan2 pelik2. ko fotostat byk2 pastu tampal atas dahi derang.
Betul la bernas idea ni
ha3..btl tu..nk tau sgt kn brape saving
hahaahaha winnnn !!! bulan puase weyh baik sikit
Stapler ja
Hahaha. Win.
Kita x mungkin dpt puaskan hati semua org…. bersabarlah dan anggap ni sbg dugaan
Sabar sis..saya kalau boleh nak jadi surirumah nak jaga anak sakit..tapi tak boleh..bakti pada bangsa…usah dengar cakap orang sis..barang baby n ibu ni, pakai laa brand mahal setara mana pun, kalau tak sesuai membazir jugakk
hats off to you lady..dont care what people say..juz move on n live ur life happily..
Len kali cer jwb gini kalo mil tny bile nk kerja?
“Sy sedang bekerja mak. Majikan saya Allah swt. Bukankah anak itu amanah Allah swt yg perlu kita jaga dan didik sebaiknya? Jadi, sy sedang bekerja demi Allah swt.”
Mohd Farhan
Point nya nk suruh terperuk dekat umah ke? Aku dari kecik sampai skrg kat umah kot. Jgn kolot sgt
Sy pun bercita2 nak jd housewife . Hahhaa . Biaq p org nak cakap apa . Tp skang ni tgh pulun dgn bisnes online sy . Dr azizan osman pesan, make sure gaji bisnes online melebihi gaji yg majikan bagi . Dan kita ada saving yg boleh back up kita selama 6 bulan . Mcm tu la lebih kurg .. takpe sis . Redha suami tu penting . Suami taknak sis anto anak ke pengasuh.. tu pun dh dikira rahmat terbesar .
Utk mertua sis tu .. sy ase sis penah buat kot, mcm beli kan brg2 utk mak mrtua sis tu .. beli sekali sekala takpe dah . Hehe . Kot mak mrtua sis suke brg2 masakan ke,baju ke, tudung ke . Beli kannnn aje .. kalu mcm sy penah baca tips sebelum ni, sis bg duit belanja kat mil, suami sis pun bg jugak . So nampak 2 org bg duit . Lama2 mil akan faham yg sis mmg ade duit sndiri.hehe
Org bcakap tu duit suami ? Sis kene branding kan diri sis yg sis buat bisnes .. bg bukak sikit mata ipar duai tu . Takkan dorg xde enpon kan . Hehe . Kalu dorg still bercakap jugak . Haaa bio kan aje la sis . Ada masalah hati mungkin . Sedekahkan al fatihah banyak2 utk dorg setiap kali lepas solat . Minta Allah lembutkan hati dorg . InshaAllah menjadi sis bersabarla ye sis .
Housewife, and still ada duit sndiri . My inspiration
Ckp je kt mil,sy keje kt umah je. Dok clik2 je tetiba masuk duit sebulan 4k. Lg best jadi boss sendiri sambil jaga ank. Ckp la suami x bg anta ank kt org lain sbb byk kes skrg ni. Suruh suami backup sikit. Lau dok senyap je mmg le dia ingat sume duit tu suami awak punyer.
puan, kalau bab material ni saya tak ambik port langsung kalau orang nak banding2kan apa yang mereka ada dengan apa yang saya ada.
Hidup kita mesti berpaksikan akhirat, nanti besarlah jiwa kita.
untung tau dapat ddk rumah.. ingat best ke kerja pastu penat balik nak siapkan makan, rumah, anak2…?
saya ibu bekerja dengan 4 anak kecil, balik keje je sambung keje kat rumah pulak.. kadang rasa mcm nak menjerit.. mintak dgn suami nk berhenti dia tak bagi. alasan ekonomi tak kukuh. haishhh… bertabahlah..
mil mcm tu jenis yg x nk kita susahkn anak lelaki dy n berbangga2 dgn org lain
Ko ckp la ko dah kje bank. Msti mak mertua ko senyap. Haha
Siti Sarah Ahmad Sst
IGNORE. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. They dont pay your bills, buy your food.
Setuju
Kali ni balik cuba jual sgala menda yg puan jual on9 pd Mak mentua..
Jual dekat ipar duai.. jiran² serta sanak saudara sebelah suami..
Pomot habis²an..
Biar mereka tahu puan mniaga walaupun dok umah..
betul2. jual kat derang.
Hahaha..setuju2 br diorg tau cmne kite bz bekerja..???
Kalau diorg xnak beli xpe..
Pastu ajk diorg jd dropship puan..
Smbil² tu cerita la keuntungan yg puan dpt setiap bulan..
Amacam..???
I feel you
Pedulikan tanggapan orang dan soklan2 yang tak penting… Yg penting, awak tahu awak ada generate income sendiri walaupun berniaga online..
Hat ni btoi sgguh..”org xnmpak yg kita kja..so org ingat sume benda apa kita bli guna duit suami..” kdg2 tu geram sgguh..
Noorashidah Ramlee
Saya anak ramai niii….bg la tips ckit cmne nk income lbihhh
diam je sis … tak ya menjawab sgt … Allah kan ade … saba ok …. tp memg btl la … mementang kita suri uma tga dorg smua pk kita beli barang pakai duit laki huhu … sabo je la
tak hina pun….buat x tahu.je…. atau terangkan kat mil…itupun kalo dia phm..lantakla org nk ckp apa… yg penting redha suami..